Friday 13 March 2015

Pujian & penanda aras kesyukuran.

Mengikut kajian, pujian melalui pengucapan kata-kata yang membina boleh mengeratkan hubungan antara orang yang memuji dan orang yang dipuji. Keakraban dan ukhuwah yang terbina atas asas pujian adalah suatu sikap yang mulia kerana fokus pujian tertumpu pada perkara yang positif. Ini menunjukkan yang orang yang memuji amat berpuas hati dengan pencapaian yang dilakukan oleh seseorang atau juga untuk meluahkan rasa kekagumannya terhadap pencapaian tersebut melalui kata pujian. Adalah amat penting, rasa puas hati dan kagum terdapap pencapaian ini dikembalikan kepada yang Hak, iaitu pada yang Maha Pengurnia dan Maha Pemberi Kekuatan, Allah Azzawajalla.

Maka setiap pujian yang dimulai dengan ucapan "MAA SYA ALLAH": Inilah yang dikehendaki oleh Allah", adalah tanda kesyukuran kita pada-Nya kerana mengizinkan kita penyaksikan sesuatu pencapaian yang takjub itu dilakukan oleh individu dalam kalangan keluarga, kawan dan orang2 yang kita kasihi. Harapan kita, moga hasil dari pencapaian itu mengundang lebih banyak berkat dalam hidup kita dan orang2 yang kita sayangi. Bolehlah jugak kalau nak dipanjangkan sikit, maka pujian dimulakan dengan "MAA SYAA ALLAH, TABAA RAKALLAH" . Disini terdapat ulasan cantik berkenaan maksud "Maa sya Allah": http://muslim.or.id/doa-dan-zikir/apa-arti-masya-allah.html

Manakala bagi pihak si penerima pujian hendaklah disambut dengan  ucapan "Alhamdulillah: Segala puji bagi-Mu ya Allah" dan diikuti dengan doa tulus pada-Nya: " Ya Allah jadikan daku lebih baik dari apa mereka perkatakan, Ampunilah daku apa2 yang mereka tidak ketahui dan Janganlah daku disiksa tentang apa yang telah mereka perkatakan, Ya Rabbi". 

**Tip berguna: Dalam Al-Quran, termaktub ucapan ini secara spesifik dalam kisah sahabat yang masing2 memiliki kebun: Surah Al-Kahfi: Ayat 39. " Dan mengapa kamu tidak mengucapkan tatkala kamu memasuki kebunmu, MAA SYAA ALLAH, LAA QUWWATA ILLA BILLAH". Antara amalan ayat 39 dari  Surah Kahfi:...MAA SYAA ALLAH, LAA QUWWATA ILLA BILLAH..
- Dibacakan sebelum memasuki rumah atau kedai, insyaAllah diluaskan rezeki ahli rumah.
- Dibaca sebanyak 45 kali pada binatang ternak, insyaAllah terpelihara dari wabak penyakit.
- Dibacakan sebanyak mungkin ketika menghadapi kesusahan dan berhajatkan sesuatu, maka InsyaAllah apa yang dihajati tercapai.
- Amalan pada setiap kali mendapat apa2 perkara yang kita sukai, insyaAllah akan dikekalkan nikmat tersebut dengan kita. Sama halnya, jika pernyataan ini ditujukan pada orang2 tertentu, seperti terhadap pencapaian anak2, maka insyaAllah dikekalkan rezeki tersebut padanya.

InsyaAllah, semoga Allah sentiasa ilhamkan lisan kita untuk mengingati dan mensyukuri segala nikmat-Nya. Aminn..

Friday 6 March 2015

Teliti dalam perancangan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Terima Kasih banyak Abg Yoo. Cikno suka dengan post2 yang Abg yoo pilih untuk santapan rohani keluarga melalui Whataps! Sangat membina dan semoga dengannya kita sama2 berpesan-pesan kearah pembangunan jati diri yang lebih cemerlang. Moga Abg Yoo sentiasa diberi kekuatan dan bersemangat untuk terus berkongsi tips dan nasihat berguna sebagai peringatan bersama. 
Jazakallahu khair..

Izinkan Cikno untuk terbitkan semula inti penting dan kandungan nasihat yang AbgYoo kongsi pada Selasa; bersamaan 12 Jamadil Awal 1436H.

Hal berkaitan  'anaah': Tindakan yang teliti, tenang dalam mengerjakan sesuatu urusan

A'naah adalah suatu ciri kalbu yang mendorong pemiliknya melakukan sesuatu urusan dengan penuh teliti dan tenang, serta penuh berhemah iaitu dengan perancangan dan pertimbangan yang saksama terlebih dahulu. Berpandangan jauh dan melakukan penilaian berdasarkan hasil kaji selidik tentang andaian-andaian dan kemungkinan kebaikan dan risiko serta mempunyai rancangan rapi untuk mengatasi kemungkinan masalah yang mendatang sebelum bertindak. Tindakan yang berpandukan penilaian yang teliti akan membuahkan hasil yang diharapkan.

Imam Al-Ghazali menghuraikan yang sifat 'Anaah itu merangkumi 2 prinsip;
1-Tawaqquf.
2-Ta'anni.

Tawaqquf adalah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sehingga ternyata kebaikan dan kebenarannya sebelum membuat keputusan untuk melakukannya. Manakala Ta'anni pula bermaksud berhati-hati dan teliti dalam perlaksanaanya sedari detik permulaannya dan ketika perlaksanaannya supaya ianya terlaksana dengan lancar dan mencapai matlamat yang diidamkan.