Thursday 30 August 2018

Hargai Peluang. Sementara ianya Masih Ada.

Perjuangan mengejar kebahagiaan hati bukanlah suatu kerja mudah! Apatah lagi untuk istiqamah dalam perjuangan itu! Tetapi itulah harga yang perlu dibayar bagi membeli sekeping hati yang bahagia. Bagi yang berjaya memiliki hati nan bahagia, hidup dan matinya dalam kemuliaan. Allahummaj'alnaa minhum. Aminnnn.. Astaghfirullah, berapa mahal untuk memilikinya...betapa beruntung bagi yang konsisten mengusahakan bayaran untuknya. Modal kita adalah hari SEMALAM yang telah kita corakkan dengan amal dengan takuk ilmu yang SEMALAM. Sudahnya, SEMALAM yang berlalu adalah point penting sebagai KPI untuk merencana program hati makin bahagia pada keesokkan harinya. Itupun kiranya kita masih diberi peluang utk hidup sehari lagi...

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik (> +) dari SEMALAM
rugilah orang yang sama keadaannya (=) hari ini dengan SEMALAM, dan 
celakalah orang yang hari ini lebih teruk (< -) dari SEMALAM" -Saidina Ali.


Mudahnya Meraih Pahala

Masyaa Allah..Ungkapan indah kala menatap pesona kreativiti Allah,
Subhanallahi wabihamdihi (Maha suci Allah dan segala pujian hanya untukNya)

Seluruh amalan kebaikan adalah ibadah kiranya diniatkan kerana Allah. Catitan ini boleh didapati dan banyak lagi entri bermanfaat dlm Majalah Solusi, 2018, issue 117.

Amalan bawa kemuliaan hidup

  1. Selalu Berwuduk. Rasulullah S.A.W bersabda, “Tidaklah seseorang dalam kalangan kamu berwudhuk, lalu menyempurnakan wudhuknya, kemudian berdoa, ‘Asyhadu an la ilaaha illallaah wa anna muhammadan ‘abduhu warasuluh’ kecuali telah dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan dan dia boleh masuk dari mana-mana pintu yang dia suka.” (Riwayat  Muslim).
  2. Berjalan Kaki ke Masjid. Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesiapa yang berwudhuk dirumahnya, kemudian berjalan kaki ke masjid untuk melakukan suatu faridhah (solat 5 waktu), maka setiap 2 langkahnya menghapuskan satu kesalahan dan yang lain mengangkat satu darjat.” (Riwayat  Muslim).
  3. Berselawat keatas Nabi. Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesiapa yang mengucapkan selawat padaku satu kali maka Allah akan berselawat kepadanya 10x, dan digugurkan 10 kesalahannya serta ditinggikan baginya 10 darjat. ” (Riwayat  Ahmad).
  4. Bertasbih 100x sehari. Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesiapa yang mengucapkan Subhanallah wabihamdihi (Maha suci Allah dan segala pujian hanya untukNya) 100x sehari, maka kesalahan2nya akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan. ” (Riwayat  Al-Bukhari dan Muslim).
  5. Menunjukkan kebaikan. Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka dia mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. ” (Riwayat  Al-Bukhari dan Muslim).
  6. Solat Isyak dan Subuh berjemaah. Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesiapa menunaikan solat isyak berjemaah, maka seakan-akan dia melakukan solat malam separuh malam. Sesiapa yang menunaikan solat subuh berjemaah, maka seolah-olah dia melakukan solat malam sepanjang malam. ” (Riwayat  Muslim).
  7. Solat Dhuha. Rasulullah S.A.W bersabda, “Pada setiap pagi daripada sendi kalian semua ada sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap perbuatan mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran itu sedekah dan semuanya itu mampu dicukupi dengan 2 rakaat solat Dhuha. ” (Riwayat  Muslim)
  8. Menyaksikan Jenazah Muslim. Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesiapa yang menyaksikan jenazah hingga disolatkan, maka dia mendapat 1 qirat. Dan siapa yang menyaksikan jenazah hingga dikuburkan, maka dia mendapat 2 qirat. Rasulullah ditanya ‘Apa itu 2 qirat’. Baginda Nabi S.A.W menjawab 2 qirat itu seperti 2 gunung yang besar. ”(Riwayat  Muslim)
  9. Menuntut Ilmu. S.A.W bersabda, “Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga. ”(Riwayat  Muslim)

  1. Menahan Marah. Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesiapa yang menahan marahnya, padahal dia mampu untuk melepaskannya, nescaya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat dihadapan para makhluk sampai Allah memilihkan untuknya bidadari-bidadari yang dia suka.” (Riwayat  At-Tirmidzi).
  2. Melazimi Membaca Ayat Kursi. Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap selesai solat, maka tidak ada yang dapat menghalangnya untuk masuk syurga kecuali mati.” (Riwayat  An-Nasa’i).
  3. Menyisihkan Halangan di Jalanan. Rasulullah S.A.W bersabda, “Sungguh aku telah melihat seorang lelaki mundar mandir didalam syurga hanya kerana sebuah pohon yang dia tebang ditengah jalan yang selalu menganggu orang ramai.” (Riwayat  Muslim).
  4. Membela Maruah Muslim. Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesiapa membela maruah saudaranya, nescaya pada hari kiamat Allah akan memalingkan wajahnya daripada api neraka” (Riwayat At-Tirmidzi).
  5. Meninggalkan Debat walau Benar. Rasulullah S.A.W bersabda, “Aku akan menjamin sebuah rumah di dasar syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia dipihak yang benar. Aku menjamin sebuah rumah ditengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dalam keadaan bergurau. Aku akan menjamin sebuah rumah dibahagian teratas syurga bagi orang yang membaguskan akhlaknya.” (Riwayat Abu Dawud).
  6. Berterusan Mengingatkan Diri yang Redha Allah, Islam dan Rasulullah adalah Agenda Utama dalam Hidup.  Rasulullah S.A.W bersabda, “Tidaklah seorang hamba Muslim ketika memasukki waktu pagi dan memasuki waktu petang lalu  mengucapkan, ‘Radhitu billahi rabba, wa bil Islami diina wabi Muhammadin sallallahu ‘alaihi wa sallam nabiyaa wa rasulaa’, sebanyak 3x, merupakan hak Allah untuk meredhainya pada hari kiamat esok.” (Riwayat Ahmad).