Kualiti ini merupakan satu cabang dari ilmu Tasawwuf. Ilmu yang berkaitan hal hati, pembersihan hati; servis hati la bahasa mudahnya, idealnya dilakukan secara berterusan, dan bukannya macam kereta yang servisnya berkala..; tapi hasilnya sama per servis kereta; dapat menghasilkan keadaan yang lebih baik dari yang sebelumnya; makin diservis, makin terserlah kilauan hati yang baik, penyebab utk mudah lekat segala input, ilmu dan hikmah yang baik serta mudah pula jalan menuju ke syurga Allah.
"Allahumma ja'alnaa minhum fil Jannah". Aminnnnnnn... Katanya orang, cabang ilmu tasawwuf senang nak belajar, senang jer kita faham bila disebut perkataan seperti sabar, ikhlas, redha, tawakkal, pemurah...etc...tapi tang aplikasi dan peng-amalan-nya perlu banyak berdoa mohon dikurniakan kualiti2 mahmudah ini..
Bertepatan dengan topik yang diberi, jom baca pasal sabar ari ni. Sabar itu menjadi suatu perkara yang terindah kerana implikasinya terhadap hati kita. Mujahadah diri dalam bersabar mampu melahirkan hati yang tunduk dan mudah menyerap segala kualiti dan moral yang baik.
- Sabar dalam melakukan ibadah; Kalau tidak ada kesabaran kita tidak mampu untuk menyempurnakan ibadah solat 5 waktu sehari semalam. Kita juga mungkin tidak berjaya untuk berpuasa di bulan Ramadhan kerana tidak sabar menahan lapar & dahaga. Berbekalkan sabar, solat dan puasa menjadi mudah utk dilaksanakan, bahkan sabar jua penyebab amalan2 sunat bagi menampung segala kekurangan dalam amalan fardhu. Hati yang sabar menyumbang khusyuk dalam solat, amalan pertama yang akan dihisab. Dan ketika di luar solat pula hati sentiasa berwaspada dan penuh sedar yang Allah Maha Mengamati setiap tindakan yang dilakukan. **Amalan: Sedaya mungkin, pastikan diri sentiasa dalam keadaan berwudhuk kerana semua yang dilakukan ketika diri ada wuduk dikira ibadah.
- Sabar menahan diri dari melakukan maksiat dan perkara yang sia2: Dengan kesabaran kehidupan seharian menjadi semakin proaktif dan lebih bermakna. Segala perbuatan maksiat yang menyumbang dosa dan titik hitam di hati dapat dielakkan. Begitu juga dengan perkara sia2 yang tidak menyumbang apa2 pahala kebaikkan dapat kita sisihkan dari diari harian kita. Hati terdidik untuk menghargai masa yang terhad didunia ini sebaiknya. Seharian yang dilalui ingin saja diisi dengan perkara2 yang boleh menyumbang kepada pahala dan mengundang rahmat-Nya. *** Amalan: Seharian dihabiskan utk melaksanakan rancangan hebat yang telah diprogramkan pada hari sebelumnya. Dan dipenghujung waktu pada hari ini akan diagendakan pula program utk diselesaikan esoknya. Mula gerak kerja dengan lafaz mulia, Bismillahirrahmannirrahiim dan akhiri dengan Alhamdulillahi rabbi 'aalaminn..
- Sabar ketika diri diuji dengan kesakitan, kekurangan dan kehilangan: Segala perkara yang kita tidak inginkan atau jangkakan sememangnya akan menguji ketahanan jiwa. Berbaik sangka pada Allah terhadap segala apa jua yang terjadi dalam hidup. Hati orang2 yang beriman mengakui, Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana dalam keputusan-NYA mengatur segala hal ehwal hidup kita; hal keadaan hamba-Nya yang diuji dalam pengetahuan-NYA. Hal ini membuahkan hati yang redha pada menjangkakan kesudahan yang baik jua diakhir cerita. **** Amalan: Allah amat dekat di saat diri diuji. Terkadang, perlu meluangkan masa menziarah orang2 yang diuji. Apabila kebanyakkan pintu2 telah tertutup, tangan menadah penuh harap pada pertolongan dari Allah yang Maha Mengasihani. Tiada sebaik-baik penolong/ sandaran kecuali Allah; yang tidak sesekali akan mengecewakan hamba-NYA yang berdoa. Waallahu 'aalam.