Thursday, 7 September 2017

Apa kata pokok?

Resmi pokok, banyak memberi kurang terima..

Andainya pokok boleh berbicara...


Dititipkan kita kata nasihat persis kehidupannya. 
Hidup biarlah berbudi. Lebarkan potensi diri. Mampu mengeluarkan daun yang lebat. Maka merendanglah pokok.  Sebagai tempat melepaskan lelah sang burung yang bermusafir. Juga tempat selesa dan menyejukkan bagi yang ingin berlindung dari bahang sang mentari.

Selagi terdaya, usahakan utk menebarkan kebaikkan. 
Dahan2 yang tumbuh bercabang menjadi tempat reakreasi buat kanak2 aktif. Dahan yang banyak dijadikan tangga menuju ke atas pohon. Dahan yang tumbuh elok dijadikan singgahsana sementara. Pd kedudukan di aras yang lebih tinggi seakan menjana inspirasi utk terapi minda. Hasilnya fikiran jadi lebih kreatif dan produktif.

Akar tunjang yang satu. Manakala akar yang selainnya berselirat mencari punca air bagi membekalkan sumber kehidupan buat pokok. Batangnya yang gah, selain bertindak logistik sumber makanan, memberi keteguhan buat pokok agar gagah merendang dengan daun yang lebat serta menyokong tumbesaran dahan & ranting yang memberi bentuk pada pokok. Perhatikan dahan yang paling bawah. Ianya menjangkau lebih panjang berbanding dahan pokok yang dibahagian atasnya. Ini dapat mencipta keseimbangan.  Pokok tidak mudah tumbang walaupun diusik angin kencang.

Alamat buat kita, bersumberkan wahyu yang satu, pelbagai hal kebaikkan boleh dicambahkan dari sumber yang satu. Pelbagai cabang ilmu pengetahuan pula yang terhasil dari sumber ilmu yang satu ini. Ilmu dan amal saling bergantungan. Protokol utama untuk keseimbangan kehidupan di alam fana. Aplikasi ilmu memungkinkan peluang, ancaman dan bahaya dalam rencah kehidupan dikenalpasti. Aplikasi amal memastikan tenaga kerja boleh digemblingkan. Strategi kehidupan dirangka berdasarkan ilmu yang benar. Dengan itu segala peluang kecemerlangan natijah dari ilmu yang berguna dapat diekplotasikan utk manfaat bersama. Manakala ancaman dan bahaya yang mendatang dpt dikenalpasti.  Ditangani secara bijaksana. Implikasi kerosakkan dan kemusnahan pada tahap minimal. 

Carilah pokok yang berbicara tentang hal ehwal debunga dan buah2annya. Dengar2kan apa yang pokok nak dibicara...amiklah kita mana2 hok bleh guna.. ;-)

Sekian.