Tuesday, 9 April 2019

Berpenat


Berpenat di dunia untuk melebur dosa, dapat
berlepas diri dari berpenat di akhirat memikul dosa.



                           ðŸ’šðŸ’¦ 💚💚💦   ðŸ’šðŸ’¦ 💚💚💦    💚💦 💚💚💦    💚💦 💚💚💦




Sifir harta,
Makin kita cari, makin ia lari,
Makin kita beri, makin ia mari...


Saturday, 6 April 2019

Dugaan sebenar

Surah ketiga dalam Al Quran (Ali Imran: Ayat 186) - Allah S.W.T berfirman 
" (Wahai manusia), kamu pasti akan diduga (oleh Allah) melalui harta dan diri kamu."

Dalam dua perkara ini, ujian harta yang disebut terlebih dahulu sebelum ujian diri. Natijahnya, berwaspadalah dengan pengurusan harta. Ini kerana pemilikan harta (yang banyak hatta yang sedikit) akan memberi kesan pada diri. Sikap yang betul dalam pengurusan harta berupaya melahirkan insan budiman & pemurah. Ikhlas mengagihkan harta mengikut lunas2 yang ditentukan Islam akan diredhai Allah.. Sebaliknya, pengurusan harta  yang tidak selari dengan saranan Islam, sepertinya boros berbelanja/ kikir, mengumpul harta tidak akan membawa manfaat apa2. Kesannya, lambat pula urusan menanti di akhirat.  Harta- berkat bawa bahagia & hidupkan hati; harta-tanpa berkat bawa mudharat, risiko diri. 

Samalah halnya, sekiranya ditakdirkan punyai harta yang tidak seberapa..maka syukur dan sabar menghadapi kekangan sumber harta yang terhad dipandang mulia disisi-NYA. Terjadi hal yang sebaliknya, kiranya ada kekeliruan dalam merungkai kesulitan disebabkn kekangan sumber kekayaan. Hutang berlebihan pula disangka jalan keluar! 

Kena teliti buat keputusan dan beringat selalu. Nilai kesenangan didunia hanyalah sementara, tetapi nilai kebahagiaan akhirat kekal selamanya. Harta dunia tidak mampu membeli bahagia, tetapi bahagia sebenar dapat diraih melalui harta yang benar... pilihlah kebahagiaan yang kekal kerana itu lebih baik dari kesenangan harta yang sementara! 

Dari mata turun ke hati
Dengan harta,  penentu status diri! 

Friday, 5 April 2019

💗💗💗     ðŸ’—💗💗     ðŸ’—💗💗     ðŸ’—💗💗   
Pada mendapat hal yang dihajati, kita kata kita dikurnia rezeki! Pada mendapat hal yang tidak kita hajati, kita kata kita diuji!Padahal semua kurniaan Allah itu terbaik buat kita. Cuma kita yang kurang bersedia, kerana sedia kita terhad pada hal yang kita doa sahaja! Sedangkan kurnia ALLAH yang Maha Penyayang merangkumi segala apa yang didoa mahupun yang belum didoa! ALLAH Maha Bijaksana sedang mengatur hanya yang terbaik untuk hamba-Nya... Subhanallah. 

💗💗💗   

Thursday, 4 April 2019

Hati bahagia

Hal main, fizikal dan upaya biar sungguh2 jangan main-main!
Hal ibadat, hati  kena ikhlas sepenuh hati fokus hanya cinta Allah.

 Abadikan cinta kita pada yang Maha Kekal & Allah akan kekalkan cinta abadi makhluk-Nya pada kita. Inshaa Allah..yang dicintai bertemu semula di Syurga

Kualiti cinta: Aku mencintaimu kerana aku perlukan mu versus Aku perlukan-Mu kerana cintaku pada-Mu

Beku


"Senyum"

Beku tahap negative! 
Hanya 4 bulan agi nak abis tahun 1440H, baru dapat post enrty!



Lada Benggala, dibuat sup sayur dan bleh geng ngan budu juga. Yummy!











Kebahagiaan tahun 1440H.
Capsicum dipetik dari laman rumah.