Nasihat seorang tokoh pendidik, bila ditanya 'camana dia boleh ketepikan semua gangguan "distractions" masa nak memulakan sesuatu tugasan penting?' Jawabnya spontan, 'you have to be in your boat!' maksudnya asal kita dalam boat tu, kita tahu kita akan lakukan perkara yang sepatutnya kita buat... terfikir seketika.. dalam memahami maksud sepatah tips tu..byk hal sebenarnya kena kita kuasai..kena tahu jelas tatacara kemudi boat... , tahu pula baca peta arah tuju boat. Hilang salah satu, fokus boat jadi kacau bilau.. situasinya ada dua: (1) tahu kemudi boat sahaja (tapi tak tahu arah mana nak dituju! memang tak kemana-mana..kalaupun dah sampai pun tak tahu pula itu sebenarnya destinasi yang dituju); (2) tahu baca peta, maksudnya tahu arah tujuan (tapi tanpa kemahiran kemudi, kesannya lambat/ sampai dalam kepayahan sebab kelam kelibut dalam perjalanan menuju destinasi).. nak jadi pelayar boat terunggul, kena perancangan rapi dan tahu arah tuju, bersedia awal urus segala ribut taufan melanda, ubah kemudi ke haluan yang lebih selamat bagi memastikan perjalanan diteruskan..., capai destinasi yang ditetapkan. Tak mudah, tapi boleh diusahakan. Inshaa Allah.
Tuesday, 15 September 2020
Thursday, 10 September 2020
Pilih yang berkat
Kenapa hal utama yang menguntungkan seringkali ketepikan ?
Dalam menuntut ilmu, Islam menitipkan agar kita memberi keutamaan terhadap ilmu yang melahirkan amal. Ilmu yang didapati jadi penyuluh keputusan yang kita ambil. Kebahagiaan hidup ini bergantung pada pilihan amalan yang diusahakan. Idealnya, utamakan amalan yang akan memberi impak kebaikkan yang banyak kepada diri sendiri dan orang ramai disekeliling kita. Bermohonlah.. semoga Allah memudahkan urusan kita utk memilih perkara yang paling utama. Keputusan mengutamakan yang utama, sebenarnya suatu pelaburan yang menguntungkan! Seolahnya, kita sedaya upaya berusaha untuk melabur masa yang ada secara optimum. Mana tidaknya, keupayaan memilih perkara utama mengundang keberkatan yang banyak dalam kehidupan kita! seumpamanya, kita utamakan solat berjemaah dari solat bersendirian... hal yang sama tapi pilihan yang paling utama akan memungkinkan kualiti berbeza yang jauh lebih berbaloi. Oleh itu, berusahalah diri, untuk mengutamakan hal utama- kerana yang utama lebih berkat dan menyediakan peluang pahala berganda untuk bekal kita nanti.
Tuesday, 9 April 2019
Berpenat
Berpenat di dunia untuk melebur dosa, dapat
berlepas diri dari berpenat di akhirat memikul dosa.
💚💦 💚💚💦 💚💦 💚💚💦 💚💦 💚💚💦 💚💦 💚💚💦
Sifir harta,
Makin kita cari, makin ia lari,
Makin kita beri, makin ia mari...
Saturday, 6 April 2019
Dugaan sebenar
" (Wahai manusia), kamu pasti akan diduga (oleh Allah) melalui harta dan diri kamu."
Kena teliti buat keputusan dan beringat selalu. Nilai kesenangan didunia hanyalah sementara, tetapi nilai kebahagiaan akhirat kekal selamanya. Harta dunia tidak mampu membeli bahagia, tetapi bahagia sebenar dapat diraih melalui harta yang benar... pilihlah kebahagiaan yang kekal kerana itu lebih baik dari kesenangan harta yang sementara!
Dengan harta, penentu status diri!
Friday, 5 April 2019
💗💗💗 💗💗💗 💗💗💗 💗💗💗Pada mendapat hal yang dihajati, kita kata kita dikurnia rezeki! Pada mendapat hal yang tidak kita hajati, kita kata kita diuji!Padahal semua kurniaan Allah itu terbaik buat kita. Cuma kita yang kurang bersedia, kerana sedia kita terhad pada hal yang kita doa sahaja! Sedangkan kurnia ALLAH yang Maha Penyayang merangkumi segala apa yang didoa mahupun yang belum didoa! ALLAH Maha Bijaksana sedang mengatur hanya yang terbaik untuk hamba-Nya... Subhanallah.
💗💗💗
Thursday, 4 April 2019
Hati bahagia
Hal main, fizikal dan upaya biar sungguh2 jangan main-main!Hal ibadat, hati kena ikhlas sepenuh hati fokus hanya cinta Allah.
Abadikan cinta kita pada yang Maha Kekal & Allah akan kekalkan cinta abadi makhluk-Nya pada kita. Inshaa Allah..yang dicintai bertemu semula di Syurga
Kualiti cinta: Aku mencintaimu kerana aku perlukan mu versus Aku perlukan-Mu kerana cintaku pada-Mu
Beku
"Senyum"
Beku tahap negative!
Hanya 4 bulan agi nak abis tahun 1440H, baru dapat post enrty!
![]() |
| Lada Benggala, dibuat sup sayur dan bleh geng ngan budu juga. Yummy! |
Kebahagiaan tahun 1440H.
Capsicum dipetik dari laman rumah.
Wednesday, 12 September 2018
Cipta bahagia setiap hari.
Bahagianya hari ini,
Kiranya perancangan untuk menambah teguh iman didadaku terlaksana,
Bahagianya hari ini...
Kiranya dhuhaku tertunai,
Allah menerimanya sebagai pelengkap solat wajibku,
Sebagai tanda syukur ku atas segala nikmat kurniaan Rabbi,
Juga sebagai amal soleh, sandaran penuh pengharapanku untuk menjemput rezeki yang berkat dari Rabbi,
Aduhai cepatnya masa berlalu...
dan aku ini hamba Allah...kian mendekatilah waktu yang ditetapkan untukku,
kian menyusutlah peruntukkan masa untukku,
detik demi detik,
Alangkah bahagianya hari ini,
Kiranya ada pengampunan terhadap dosa-dosaku,
Dikepung kelalaianku dari melakukan dosa baharu pada hari ini
Malah seutuhnya hati ini dalam penjagaan Rabbi
Upaya kendali hawa nafsu yang sesukanya ingin berseronok dan beramal buruk
Bahagianya hari ini,
Kiranya banyak kebaikkan tercipta di hari ini,
Hari ini lebih baik dari semalam,
Zikir tiada lekang,
Lapang dada dan lapang waktu meraih Ilmu bermanfaat,
Diri berhias akhlak yang baik,
Aduhai masa yang berlalu...
Bahagianya hari ini dapat bertanya khabar kaum kerabat dan keluarga,
Berbakti pada kedua orangtua,
Beramah dan bermanis muka sesama saudara dan jiran tetangga,
Bahagianya hari ini,
Kala diri disibukkan dengan segala peluang teroka,
Menelusuri jalan menuju syurga Rabbi
Di setiap kesempatan,
Ketaatan jadi keutamaan,
Sedekah pembuka jalan,
Istiqamah mentadbir kehidupan,
Semoga redha-Nya hadir dalam setiap tindakan,
Inshaa Allah.
Tuesday, 11 September 2018
Thursday, 30 August 2018
Hargai Peluang. Sementara ianya Masih Ada.
Mudahnya Meraih Pahala
Sunday, 15 October 2017
Terlajak seronok nikmati Buah Naga
![]() |
| 5 bunga sekaligus |
Ahamdulillah..berbaloi dengan jerih perit menanam pokok naga ni. Tengok tu, dengan bangganya abg Alif Hazmi berhasil pujuk pokok naganya berbunga 5 sekaligus..Yg satu yang merah berapi tu dah sedia dituai..Yummy!!! Rezeki sapa plak yg merah tu..?
Ni haa! gini ler rupa bunganya tika dipotretkan masa mengambang penuh.. ;-)) Kembang setaman bunga naga..berbunga2 pula hati si pemilik naga membayangkan hasil tuaian nanti.. "membesarlah dengan sihat wahai si naga merah yang manis". Berkat gi ngaji yea, bang. Alhamdulillah. naga abg Alif galak berbuah. Katanya abg kalu berhajat bertanam naga kena makan telur hari2 !! haaah??!!
Sebabnya, kalsium dari kulit telur memang makanan kegemaran si naga! Maka, menjadi rutin abg (berwakilkan mummy ler) setiap petang, abg akan bajakan pokok naga dengan menyiram air kulit telur yg dihancur2kan tu pada pangkal pokok naga. Tak perlu berbelanja lebih katannya. Malahan berbuah lebih pulak tu. Alhamdulillah.
![]() |
| Bunga dah layu... |
![]() |
| Ramuan: Oat, yogurt, susu segar, kurma, kismis dan buah naga. |
Terima kasih abg Alif!
![]() |
| Amat berkhasiat buah naga ni...Sumber: Internet. |
Terlena..
Waktu berlalu begitu pantas
Thursday, 7 September 2017
Apa kata pokok?
| Resmi pokok, banyak memberi kurang terima.. |
Friday, 25 August 2017
Optimumkan Masa yang Terhad.
#7 Usah bertangguh.=> Bersegera melakukan tugasan yang diamanahkan. Bersegera dalam pelaksanaan akan memastikan lebih ramai dapat menyumbang kepada keberhasilan sesuatu kerja. Bertangguh akan mengurangkan kualiti masa. Ini kerana, kebanyakkan hal menjadi kurang kerana kurangnya sentuhan berhati-hati dalam tugas, sesetengah tenaga kerja tidak dapat dikerah sepenuhnya kerana kesuntukkan masa. Ini adalah antara hal kerugian sekiranya bertangguh dijadikan rutin.
"Manfaatkan Setiap Saat yang Ada, Setiap Hasil dijamin Tinggi Kualitinya"
Wassalam.
Wednesday, 23 August 2017
Perjalanan kita seakan jauh..tp pertolongan-Nya amat dekat.
"Sesekali-kali tidak! Bersamaku ialah Tuhanku, Dia akan membimbingku" (Al-Syu'ara' 26:62).
Doa yang diilhamkan kepada nabi Musa A.S. ketika baginda dan kaumnya sedang menghadapi saat2 cemas lantaran agenda kianat musuh agama. Firaun mengerah bala tenteranya memerangi kaum yang beriman. Laut Merah menjadi saksi mukjizat nabi. Tongkat yang yang sebelum ini pernah bertukar menjadi ular besar kini diberi kuasa membelah lautan luas.
Keyakinan jitu nabi Musa A.S. dengan pertolongan-NYA, menjadikan nabi optimis dalam setiap liku2 perjuangan agama suci. Sistem pengurusan Allah penuh teliti dan teratur. Dan bantuan-Nya terhadap hamba-Nya yang soleh sesekali tidak pernah menghampakan.
Menyedari hal ini, hati bersemarak dengan semangat juang yang tinggi. Optimis untuk menjangkakan sesuatu yang luarbiasa kerana Pengawal yang Maha berkuasa akan menunjuk jalan bagi mencapai sesuatu yang belum pernah dimiliki sebelum ini.."bersamaku, tuhanku"....,
Imbau kembali & perhatikan sejauh manakah kita telah memulakannya. Strategi berkesan yang memungkinkan kekuatan dalaman diaktifkan. Dengan menganalisis ibrah kehidupan yang telah dirasai, dapat mengenalpasti sudut2 kbaikan yang boleh dieksplotasi bagi menghasilkn sesuatu yang lebih hebat. Selayaknya yang tidak baik diketepi untuk mengelak sebarang salah & silap yang padanya kemajuan tertahan dan tertangguh. Dengan itu, rasai kasih sayang Allah pada kita & syukur kita menjadi insan pilihan-NYA. Segala nikmat yang dikecapi akn disalurkan untuk jana lebih banyak cemerlang di masa mendatang.
"Cukuplah Allah bersamaku"
Warkah buat sahabat dimedan juang.
Tuesday, 22 August 2017
Bijak Mengurus Modal
![]() |
| Setiap detik yang dinikmati ada perinciannya dalam buku rekod amalanmu. Tadabbur surah 82_Al-Infitar: Ayat 10-12. |
Thursday, 10 August 2017
Gaya penulisan..semput ker sempat?
Mengejutkan!
- Takder ler terkejut sangat pun..Hehehe! Corak penulisan cikno yang ala2 penulisan semput (i.e. long and winding sentence), ni pernah ditegur oleh ramai. Nasihat yang macam2 versi oleh ramai pakar bahasa pun telah diterima. Namun, perubahan gaya penulisan 'semput' kepada gaya 'sempat' perlukan masa untuk digilap.
- Dikongsikan cara mudah utk kesan gaya penulisan 'semput'.
- Anda perlu menarik nafas baru sebelum dapat menghabiskan keseluruhan ayat yang ditulis.
- Belumpun habis ayat dibaca, terlupa pula tentang isu yang diutarakan pada permulaannya. Maka, isi & makna keseluruhan ayat tidak sampai kepada pembaca.
- Elakkan gaya penulisan haru biru ini. Cerakinkan idea satu persatu. [omputih kata, Keep it simple & short (KISS)]
- Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Inshaa Allah.. ;-))
Wednesday, 9 August 2017
Zalimkah kita...
1. Apabila berdoa, tidak sama mendoakn orang lain
2. Tidak berusaha meluangkan waktu untuk membaca al-Quran
3. Berpeluang memasuki masjid, tidak pula menunaikn solat sunat tahyatul masjid
4. Melalui kwsn perkuburan, tidak disapa saudara2 kita yang telahpun pergi lebih dulu dari kita dengan salam dan doa. Paling kurang sedekahkan Al-fatihah.
5. Tidak mengambil peluang/ menghadiri majlis ilmu ketika ada orang alim berkunjung
6. Tidak bertanyakan nama seseorang kala bertemu
7. Tidak memenuhi undangan apabila dijemput ke majlis keraian/ kenduri.
8. Tidak berusaha untuk belajar / bekerja ketika usia muda
9. Membiarkn jiran kelaparan sedangkan diri dalam kekenyangan.
10. Meninggalkan solat jumaat ketika berada di sesuatu tempat.
Sayangi diri, Sebarkan Salam.









