Showing posts with label Berbahagialah dengan limpah kasih Allah.. Show all posts
Showing posts with label Berbahagialah dengan limpah kasih Allah.. Show all posts
Thursday, 30 August 2018
Wednesday, 23 August 2017
Perjalanan kita seakan jauh..tp pertolongan-Nya amat dekat.
"Sesekali-kali tidak! Bersamaku ialah Tuhanku, Dia akan membimbingku" (Al-Syu'ara' 26:62).
Doa yang diilhamkan kepada nabi Musa A.S. ketika baginda dan kaumnya sedang menghadapi saat2 cemas lantaran agenda kianat musuh agama. Firaun mengerah bala tenteranya memerangi kaum yang beriman. Laut Merah menjadi saksi mukjizat nabi. Tongkat yang yang sebelum ini pernah bertukar menjadi ular besar kini diberi kuasa membelah lautan luas.
Keyakinan jitu nabi Musa A.S. dengan pertolongan-NYA, menjadikan nabi optimis dalam setiap liku2 perjuangan agama suci. Sistem pengurusan Allah penuh teliti dan teratur. Dan bantuan-Nya terhadap hamba-Nya yang soleh sesekali tidak pernah menghampakan.
Menyedari hal ini, hati bersemarak dengan semangat juang yang tinggi. Optimis untuk menjangkakan sesuatu yang luarbiasa kerana Pengawal yang Maha berkuasa akan menunjuk jalan bagi mencapai sesuatu yang belum pernah dimiliki sebelum ini.."bersamaku, tuhanku"....,
Imbau kembali & perhatikan sejauh manakah kita telah memulakannya. Strategi berkesan yang memungkinkan kekuatan dalaman diaktifkan. Dengan menganalisis ibrah kehidupan yang telah dirasai, dapat mengenalpasti sudut2 kbaikan yang boleh dieksplotasi bagi menghasilkn sesuatu yang lebih hebat. Selayaknya yang tidak baik diketepi untuk mengelak sebarang salah & silap yang padanya kemajuan tertahan dan tertangguh. Dengan itu, rasai kasih sayang Allah pada kita & syukur kita menjadi insan pilihan-NYA. Segala nikmat yang dikecapi akn disalurkan untuk jana lebih banyak cemerlang di masa mendatang.
"Cukuplah Allah bersamaku"
Sunday, 5 February 2017
Sabar itu indah
Kualiti ini merupakan satu cabang dari ilmu Tasawwuf. Ilmu yang berkaitan hal hati, pembersihan hati; servis hati la bahasa mudahnya, idealnya dilakukan secara berterusan, dan bukannya macam kereta yang servisnya berkala..; tapi hasilnya sama per servis kereta; dapat menghasilkan keadaan yang lebih baik dari yang sebelumnya; makin diservis, makin terserlah kilauan hati yang baik, penyebab utk mudah lekat segala input, ilmu dan hikmah yang baik serta mudah pula jalan menuju ke syurga Allah.
"Allahumma ja'alnaa minhum fil Jannah". Aminnnnnnn... Katanya orang, cabang ilmu tasawwuf senang nak belajar, senang jer kita faham bila disebut perkataan seperti sabar, ikhlas, redha, tawakkal, pemurah...etc...tapi tang aplikasi dan peng-amalan-nya perlu banyak berdoa mohon dikurniakan kualiti2 mahmudah ini..
Bertepatan dengan topik yang diberi, jom baca pasal sabar ari ni. Sabar itu menjadi suatu perkara yang terindah kerana implikasinya terhadap hati kita. Mujahadah diri dalam bersabar mampu melahirkan hati yang tunduk dan mudah menyerap segala kualiti dan moral yang baik.
- Sabar dalam melakukan ibadah; Kalau tidak ada kesabaran kita tidak mampu untuk menyempurnakan ibadah solat 5 waktu sehari semalam. Kita juga mungkin tidak berjaya untuk berpuasa di bulan Ramadhan kerana tidak sabar menahan lapar & dahaga. Berbekalkan sabar, solat dan puasa menjadi mudah utk dilaksanakan, bahkan sabar jua penyebab amalan2 sunat bagi menampung segala kekurangan dalam amalan fardhu. Hati yang sabar menyumbang khusyuk dalam solat, amalan pertama yang akan dihisab. Dan ketika di luar solat pula hati sentiasa berwaspada dan penuh sedar yang Allah Maha Mengamati setiap tindakan yang dilakukan. **Amalan: Sedaya mungkin, pastikan diri sentiasa dalam keadaan berwudhuk kerana semua yang dilakukan ketika diri ada wuduk dikira ibadah.
- Sabar menahan diri dari melakukan maksiat dan perkara yang sia2: Dengan kesabaran kehidupan seharian menjadi semakin proaktif dan lebih bermakna. Segala perbuatan maksiat yang menyumbang dosa dan titik hitam di hati dapat dielakkan. Begitu juga dengan perkara sia2 yang tidak menyumbang apa2 pahala kebaikkan dapat kita sisihkan dari diari harian kita. Hati terdidik untuk menghargai masa yang terhad didunia ini sebaiknya. Seharian yang dilalui ingin saja diisi dengan perkara2 yang boleh menyumbang kepada pahala dan mengundang rahmat-Nya. *** Amalan: Seharian dihabiskan utk melaksanakan rancangan hebat yang telah diprogramkan pada hari sebelumnya. Dan dipenghujung waktu pada hari ini akan diagendakan pula program utk diselesaikan esoknya. Mula gerak kerja dengan lafaz mulia, Bismillahirrahmannirrahiim dan akhiri dengan Alhamdulillahi rabbi 'aalaminn..
- Sabar ketika diri diuji dengan kesakitan, kekurangan dan kehilangan: Segala perkara yang kita tidak inginkan atau jangkakan sememangnya akan menguji ketahanan jiwa. Berbaik sangka pada Allah terhadap segala apa jua yang terjadi dalam hidup. Hati orang2 yang beriman mengakui, Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana dalam keputusan-NYA mengatur segala hal ehwal hidup kita; hal keadaan hamba-Nya yang diuji dalam pengetahuan-NYA. Hal ini membuahkan hati yang redha pada menjangkakan kesudahan yang baik jua diakhir cerita. **** Amalan: Allah amat dekat di saat diri diuji. Terkadang, perlu meluangkan masa menziarah orang2 yang diuji. Apabila kebanyakkan pintu2 telah tertutup, tangan menadah penuh harap pada pertolongan dari Allah yang Maha Mengasihani. Tiada sebaik-baik penolong/ sandaran kecuali Allah; yang tidak sesekali akan mengecewakan hamba-NYA yang berdoa. Waallahu 'aalam.
Sunday, 8 January 2017
Optimist!
Setiap individu berharga, berkebolehan dan bertangungjawab. Tetapi nilaian harga dan potensi diri serta kebolehpercayaan berbeza setiap individu mengikut tahap pencapaiannya. Maka bagi yang membenarkan iman memacu hidupnya, kemuliaan dan kebahagiaan menjadi miliknya; bagi yang memartabatkan akal semata, kekayaan mungkin miliknya; paling teruk..jika membenarkan nafsu memuliakannya..juang hidupnya hanya menuju kehinaan agama dan rendah reputasi diri.
Friday, 13 February 2015
Usah mengeluh dengan ujian kefakiran dan kesempitan hidup
Alhamdulillah..Muslim dengan kesedaran imannya telah menyandarkan segala kerisauannya kepada Allah, kuasa yang Maha Agung. Rabb yang bersifat dengan Ar-Rahman Ar-Rahim yang melepaskan hamba2Nya dari segala macam bentuk sumber kerisauan, tekanan & kekalutan. Bahkan kerisauan yang dialami Muslim adalah tanda kasih-sayangNya. Maka berbahagialah..
Dengan iktikad iman yang mantap, Muslim tidak risau tentang rezekinya..kerana dia tahu rezekinya telah ditetapkan Allah sedari 4 bulan dalam kandungan ummi tercinta.. aper yang dirisaukan adalah keberkatan dalam rezekinya..
Kiranya diuji dengan rezeki yang agak payah, iman kita tahu bahawa kasih sayang Allah merangkumi hidup kita..seruanNya untuk kita makin hampir padaNya. Tanda kasihnya Allah pada makhluk ciptaanNya, Allah takkan sesekali biarkan kita terumbang ambing dalam kepayahan. Allah lah pencipta bumi, Dia Maha Tahu tentang liku dan cabaran dalam menjalani hidup di bumi ciptaanNya; Allah jua lah yang melantik manusia sebagai khalifah bumi, Dia Maha Tahu segala macam keupayaan, potensi dan kemungkinan hasil dari pentadbiran khalifah yang dilantik. Dengan itu, segala bentuk kesulitan hidup angkara silapnya keputusan yang diambil oleh khalifah bumi, segala macam kerosakkan kerana lemahnya ilmu manusia dalam mentadbir bumi..semuanya tersimpan rapi dalam rekod Allah yang Maha Mengetahui. Maka tiada sandaran dan idea penyelesaian terbaik melainkan saranan dan anjuran penyelesaian Allah yang dititipkan melalui Rasul-Nya yang tercinta khas buat hamba-Nya.
Diriwayatkan daripada Saidina Saad As-Saidi R.A. bahawa beliau pernah mengadu kepada Rasulullah S.A.W. tentang kefakiran dan kesempitan hidup yang dialaminya. Maka sabda Nabi S.A.W bersabda: "Apabila saat melangkah kakimu ke rumahmu, berilah salam kepada ahli rumah yang ada, sekiranya tiada sesiapa dirumah, berilah salam padaku dan bacalah Surah Al-Ikhlas sekali". Alhamdulillah, dengan berkat amalan yang berterusan, Allah berkenan mengurniakan kepada sahabat ini rezeki yang melimpah ruah sehingga dapat dirasai/ dikongsi kepada jiran2 tetangga di sekitar rumahnya.
MasyaAllah...Benarlah janji Allah..dalam kesempitan ader keluasannya..di kala sempit carilah jalan ke arah yang dapat membuka pintu2 Rahmat Allah. Moga keluasan yang kita alami adalah hasil dari usaha yang terpandu dan kita menikmati keluasan selepas kesempitan kerana redhanya Allah kepada kita..bandingkan si Firaun pun diberi keluasan, tapi keluasan yang tidak diredhai. Na'uzubillah.. InsyaAllah kita semua dalam lingkungan Rahmat Allah dan sentiasa diberi hidayah menuju ke pintu keluasan rezeki dan beramal dengan penyelesaian yang diredhai-Nya. Aminn ya Rabbal 'Alaminn.
Subscribe to:
Posts (Atom)
