Wednesday, 12 September 2018
Cipta bahagia setiap hari.
Bahagianya hari ini,
Kiranya perancangan untuk menambah teguh iman didadaku terlaksana,
Bahagianya hari ini...
Kiranya dhuhaku tertunai,
Allah menerimanya sebagai pelengkap solat wajibku,
Sebagai tanda syukur ku atas segala nikmat kurniaan Rabbi,
Juga sebagai amal soleh, sandaran penuh pengharapanku untuk menjemput rezeki yang berkat dari Rabbi,
Aduhai cepatnya masa berlalu...
dan aku ini hamba Allah...kian mendekatilah waktu yang ditetapkan untukku,
kian menyusutlah peruntukkan masa untukku,
detik demi detik,
Alangkah bahagianya hari ini,
Kiranya ada pengampunan terhadap dosa-dosaku,
Dikepung kelalaianku dari melakukan dosa baharu pada hari ini
Malah seutuhnya hati ini dalam penjagaan Rabbi
Upaya kendali hawa nafsu yang sesukanya ingin berseronok dan beramal buruk
Bahagianya hari ini,
Kiranya banyak kebaikkan tercipta di hari ini,
Hari ini lebih baik dari semalam,
Zikir tiada lekang,
Lapang dada dan lapang waktu meraih Ilmu bermanfaat,
Diri berhias akhlak yang baik,
Aduhai masa yang berlalu...
Bahagianya hari ini dapat bertanya khabar kaum kerabat dan keluarga,
Berbakti pada kedua orangtua,
Beramah dan bermanis muka sesama saudara dan jiran tetangga,
Bahagianya hari ini,
Kala diri disibukkan dengan segala peluang teroka,
Menelusuri jalan menuju syurga Rabbi
Di setiap kesempatan,
Ketaatan jadi keutamaan,
Sedekah pembuka jalan,
Istiqamah mentadbir kehidupan,
Semoga redha-Nya hadir dalam setiap tindakan,
Inshaa Allah.
Tuesday, 11 September 2018
Thursday, 30 August 2018
Hargai Peluang. Sementara ianya Masih Ada.
Perjuangan mengejar kebahagiaan hati bukanlah suatu kerja mudah! Apatah lagi untuk istiqamah dalam perjuangan itu! Tetapi itulah harga yang perlu dibayar bagi membeli sekeping hati yang bahagia. Bagi yang berjaya memiliki hati nan bahagia, hidup dan matinya dalam kemuliaan. Allahummaj'alnaa minhum. Aminnnn.. Astaghfirullah, berapa mahal untuk memilikinya...betapa beruntung bagi yang konsisten mengusahakan bayaran untuknya. Modal kita adalah hari SEMALAM yang telah kita corakkan dengan amal dengan takuk ilmu yang SEMALAM. Sudahnya, SEMALAM yang berlalu adalah point penting sebagai KPI untuk merencana program hati makin bahagia pada keesokkan harinya. Itupun kiranya kita masih diberi peluang utk hidup sehari lagi...
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik (> +) dari SEMALAM,
rugilah orang yang sama keadaannya (=) hari ini dengan SEMALAM, dan
celakalah orang yang hari ini lebih teruk (< -) dari SEMALAM" -Saidina Ali.
Mudahnya Meraih Pahala
Sunday, 15 October 2017
Terlajak seronok nikmati Buah Naga
![]() |
| 5 bunga sekaligus |
Ahamdulillah..berbaloi dengan jerih perit menanam pokok naga ni. Tengok tu, dengan bangganya abg Alif Hazmi berhasil pujuk pokok naganya berbunga 5 sekaligus..Yg satu yang merah berapi tu dah sedia dituai..Yummy!!! Rezeki sapa plak yg merah tu..?
Ni haa! gini ler rupa bunganya tika dipotretkan masa mengambang penuh.. ;-)) Kembang setaman bunga naga..berbunga2 pula hati si pemilik naga membayangkan hasil tuaian nanti.. "membesarlah dengan sihat wahai si naga merah yang manis". Berkat gi ngaji yea, bang. Alhamdulillah. naga abg Alif galak berbuah. Katanya abg kalu berhajat bertanam naga kena makan telur hari2 !! haaah??!!
Sebabnya, kalsium dari kulit telur memang makanan kegemaran si naga! Maka, menjadi rutin abg (berwakilkan mummy ler) setiap petang, abg akan bajakan pokok naga dengan menyiram air kulit telur yg dihancur2kan tu pada pangkal pokok naga. Tak perlu berbelanja lebih katannya. Malahan berbuah lebih pulak tu. Alhamdulillah.
![]() |
| Bunga dah layu... |
![]() |
| Ramuan: Oat, yogurt, susu segar, kurma, kismis dan buah naga. |
Terima kasih abg Alif!
![]() |
| Amat berkhasiat buah naga ni...Sumber: Internet. |
Terlena..
Sajak Nukilan Hamka.
TERLENA.....
Waktu berlalu begitu pantas
Waktu berlalu begitu pantas
Menipu kita yg terlena
Belum sempat berzikir diwaktu pagi.. hari sudah menjelang siang..
Belum sempat bersedekah pagi.. matahari sudah meninggi..
Niat pukul 9 pagi hendak solat Dhuha.. tiba2 azan zuhr sudah terdengar
Teringin membaca setiap pagi 1 juzuk al Quran.. menambah hafalan satu hari satu ayat… itu pun tidak dilakukan
Rancangan utk tidak akan melewatkan malam, melalui mlm kecuali dengan solat tahajjud dan witir walaupun hanya 3 rakaat …. semua tinggal angan2
Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur?
Sekadar berseronok dengan usia
Lalu tiba2..menjelmalah usia di angka 30
Sebentar kemudian 40
Tidak lama terasa menjadi 50
Dan kemudian.. orang mula memanggil kita dengan panggilan tokwan, nek, opah..menandakan kita sudah tua
Lalu sambil menunggu sakaratul maut tiba
Diperlihatkan catatan amal yg kita pernah buat
Astaghfirullah...
Ternyata sedekahku tidak seberapa dan infaqku cuma sekadarnya shj
Mengajarkan ilmu tidak pernah ada
Silaturrahim tidak pernah dibuat
justeru
Apakah roh ini tidak akan melolong meraung menjerit menahan kesakitan disaat berpisah daripada tubuh ketika sakaratul maut
Tambahkan usiaku ya Allah... aku memerlukan waktu lagi dan lagi dan lagi
utk beramal sebelum engkau akhiri ajalku
Belum cukupkan kita menyia-yiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 thn
Perlu berapa rahun lagikah utk mengulang siang, mengulang pagi, mengulang petang dan mlm?.
Perlu berapa minggu, berapa bulan, berapa tahun lagi agar kita benar2 bersedia utk mati
Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala
Maka seribu tahun tidak akan pernah cukup bagi orang2 yg terlena.
Thursday, 7 September 2017
Apa kata pokok?
| Resmi pokok, banyak memberi kurang terima.. |
Andainya pokok boleh berbicara...
Dititipkan kita kata nasihat persis kehidupannya.
Hidup biarlah berbudi. Lebarkan potensi diri. Mampu mengeluarkan daun yang lebat. Maka merendanglah pokok. Sebagai tempat melepaskan lelah sang burung yang bermusafir. Juga tempat selesa dan menyejukkan bagi yang ingin berlindung dari bahang sang mentari.
Selagi terdaya, usahakan utk menebarkan kebaikkan.
Dahan2 yang tumbuh bercabang menjadi tempat reakreasi buat kanak2 aktif. Dahan yang banyak dijadikan tangga menuju ke atas pohon. Dahan yang tumbuh elok dijadikan singgahsana sementara. Pd kedudukan di aras yang lebih tinggi seakan menjana inspirasi utk terapi minda. Hasilnya fikiran jadi lebih kreatif dan produktif.
Akar tunjang yang satu. Manakala akar yang selainnya berselirat mencari punca air bagi membekalkan sumber kehidupan buat pokok. Batangnya yang gah, selain bertindak logistik sumber makanan, memberi keteguhan buat pokok agar gagah merendang dengan daun yang lebat serta menyokong tumbesaran dahan & ranting yang memberi bentuk pada pokok. Perhatikan dahan yang paling bawah. Ianya menjangkau lebih panjang berbanding dahan pokok yang dibahagian atasnya. Ini dapat mencipta keseimbangan. Pokok tidak mudah tumbang walaupun diusik angin kencang.
Alamat buat kita, bersumberkan wahyu yang satu, pelbagai hal kebaikkan boleh dicambahkan dari sumber yang satu. Pelbagai cabang ilmu pengetahuan pula yang terhasil dari sumber ilmu yang satu ini. Ilmu dan amal saling bergantungan. Protokol utama untuk keseimbangan kehidupan di alam fana. Aplikasi ilmu memungkinkan peluang, ancaman dan bahaya dalam rencah kehidupan dikenalpasti. Aplikasi amal memastikan tenaga kerja boleh digemblingkan. Strategi kehidupan dirangka berdasarkan ilmu yang benar. Dengan itu segala peluang kecemerlangan natijah dari ilmu yang berguna dapat diekplotasikan utk manfaat bersama. Manakala ancaman dan bahaya yang mendatang dpt dikenalpasti. Ditangani secara bijaksana. Implikasi kerosakkan dan kemusnahan pada tahap minimal.
Carilah pokok yang berbicara tentang hal ehwal debunga dan buah2annya. Dengar2kan apa yang pokok nak dibicara...amiklah kita mana2 hok bleh guna.. ;-)
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)





