Monday, 30 January 2017

Rancang kehidupan & kuasai dua-pertiga potensi diri

Alhamdulillah berpeluang pula menjengah bonda dan ayahanda ketika cuti bersempena kaum cina merayakan perayaan mereka. Mereka plop ler sibuk melebihi si anak sbb jemputan kenduri sana sini! Nak diketengahkan disini tentang perbualan bersama si Angah ni.. banyak plak ler buah fikiran dier.. happy kiter sbb melalui pemerhatian kiter, banyak idea dan buah fikir tu menunjukkan dier tu sihat walaufiat! Alhamdulillah, Tabarakalah. Bersyukurku pada Allah dan semoga Allah menambahbaikkan potensi Angah. Menariknya pada perbincangan dengan Angah bleh membawa otak kiter meneropong dalam diri..masih banyak lagi usaha dan mujahadah yang perlu dilakukan bagi pembangunan kendiri...

Tak larat nak merekodkan segala isi bicara, lebih2 lagi berkenaan forum yang tidak formal ini, audience tak tentu hala! sat orang nin.. sat orang sebelah sini/sana nak bercerita.. belum lagi diceriterakan selingan yang secara semulajadinya berlaku pada setiap setengah saat! kalut dan riuh ngan kanak2 dan dewasa yg sibuk mengendalikan hal ehwal minat masing2.

Dipendekkan cerita, ungkapan penting datang forum itu adalah kata2 keramat oleh Saidina Ali Karamallahu wajhah..Sahabat Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Kebenaran tanpa tanzim (penyusunan terancang dan systematik) akan dikalahkan oleh kebatilan yang mempunyai perancangan penuh systematik.

Arabnya berbunyi begini; Al-haqqu biduunin nazham yaghlibuhul baathili binnazham.

اَلْحَقُّ بِدُوْنِ النِّظَام يَغْلِبُهُ اْلبَاطِلِ بِالنِّظَام

Peri pentingnya utk melaksanakan sesuatu berdasarkan perancangan rapi amatlah diperlukan. Atas alasan apa lagi kita nak sangkal keboleh percayaan strategi ini dalam hidup kita?! Manakan tidak dengan kualiti sebegini, sahabat2 nabi mengetuai armada untukmenguasai 2 pertiga dunia! Subhanallah! Amat bangga sbb kita pewarisnya..


Biasanya peri penting utk bertindak secara terancang disebut2 sebagai resepi khas untuk ahli ekonomi dalam memiliki perniagaan dan empayar business yang besar dan berkuasa. Tanpa kita sedari unit terkecil dalam pembentukan sesuatu organisasi adalah diri kita.. setiap dari kita perlu ada rancangan yang rapi bg menempatkan diri dikalangan orang2 yang menyumbang kepada pembangunan pada skala yang lebih besar.. dengan itu diri menjadi asset bernilai untuk pembangunan keluarga, agama dan bangsa kita...

Berbalik pada unit terkecil itu, setiap diri haruslah bertindak secara terancang. Perancangan kehidupan kita bermula sedari diri mula mampu membezakan antara pilihan terbaik di antara pilihan2 yang ada..sebelumnya mungkin ditatang dengan rancangan kasih sayang bonda & ayahanda...ikut sajer kiter nin. Disini disenaraikan 7 sebab utama yang menyebabkan tindakan secara terancang perlu dilakukan dalam pelan kehidupan kita ;

1- Memungkinkan hasil pencapaian yang lebih baik. Tiada yang merancang untuk GAGAL! Bahkan GAGAL sering pula dikaitkan dengan kegagalan untuk merancang! Ini adalah kerana setiap rancangan yang dibangunkan adalah bermotif kan kejayaan. Buat apa nak bersusah diri bagai untuk menempah gagal! karut sangat la! Rentetan itu, pada setiap kerja yang dilakukan berdasarkan perancangan teliti terlebih dahulu akan membuka ruang dan peluang utk kita mencipta lebih banyak kejayaan yang lebih baik dan hasilnya kepuasan hati yang berganda! Setiap impian selayaknya membuka lebih ruang dan peluang kejayaan, maka impian akan mudah termakbul apabila pelaksanaan menuju impian dilakukan dengan penuh teliti dan terancang!


2- Menjadi batu loncatan untuk mara ke depan bukannya membatu pada takuk lama. Sekiranya merancang untuk menuju impian kejayaan yang dicitakan, maka semestinya pelan rancangan yang dihasilkan telahpun mengambil kira tentang segala aspek kemungkinan yang wujud di sepanjang perjalanan menuju kepada impian. Dengan itu, segala keputusan terhadap strategi dan pelan tindakan yang diformulasikan dalam perancangan tersebut dibina berasaskan kepada pilihan terbaik yang didapati. Degan itu, rancangan yang terhasil dipenuhi dengan pilihan2 yang meyakinkan untuk merealisasikan pelan kejayaan yang berkesan dan mencapai impian pada tahap yang optimum. Rancangan untuk bertindak pada tahap maksimum sehabis usaha dan daya bagi memastikan kejayaan lebur di genggaman! Motivasi yang terbentuk akan menyebarkan semangat kegigihan yang melebihi tahap kebiasaan diri. Dengannya, usaha yang kental dan kuat bertahan dengan liku2 kejayaan menjadi rutin diri secara berterusan sehingga dapat menguasai cita-cita yang diimpikan.

3- Mempermudahkan keputusan berkesan dibuat dalam waktu yang singkat.- Apabila rencana perancangan untuk suatu tindakan telah tersedia, pada hakikatnya target utama dan jangkaan tempoh masa untuk menggapainya telahpun dikenalpasti. Oleh itu, pada saat menyiapkan suatu perancangan gerak kerja itu, gambaran kesudahannya telah ada pada pemikiran perekanya. Maka sebarang keputusan yang diambil menuju matlamat itu akan jadi lebih fokus dan tepat pula dengan matlamat yang telah dibina tanpa ada banyak kona2 lagi. Dengan terbinanya pelan perancangan sedari awal, pilihan2 dan tindakan2 yang tidak wajar dan tidak munasabah serta  tidak pula menyumbang untuk mencapai matlamat yang dirancang dengan mudah dpt dikesan dan boleh disisihkan ketika proses pertimbangan lagi. Ini akan memastikan kelancaran tugasan dan kemungkinan untuk risiko kesilapan dan masalah yang menyekat perancangan asal dapat dikurangkan.

4- Flexibility- Fungsi perancangan amat bermakna terutamanya bagi tugasan2 yang baru dan sukar kerana perlaksanaannya memerlukan ketelitian dan segala tindakan yang tidak teratur menjadi sebab kepada berlakunya kemungkinan2 yang tidak pasti. Contohnya perancangan amat berguna utk individu yang kali pertama merancang untuk keluar negara. Hal ini kerana kebanyakkan tugasan pada kali pertama punyai keunikan tersendiri dan dengan itu agak sukar bagi ‘standard procedures’ yang sedia ada boleh terpakai untuknya.  Dengan merancang, pelbagai tindakan alternatif boleh diformulasikan dengan mengambilkira kemungkinan2 yang bakal terjadi. Faktor penghalang dapat dianalisis dan memastikan matlamat yang dihajati tercapai.  

5- Meraih sokongan sejagat utk menuju matlamat- Perancangan yang jitu dapat membawa kepada penyatuan menuju matlamat yang sama. Ini kerana komunikasi terhadap rancangan yang jelas akan mendapat sokongan dan bantuan dari kalangan orang2 disekeliling. Kesungguhan dan konsisten dalam memperjuangkan rancangan untuk mencapai sesuatu itu, akan terwujud dengan sendirinya pasukan2 yang membantu dan ini akan mempercepatkan proses utk menggapai apa jua yg dihajati.


6- Penilaian dan pengurusan kawalselia- Perancangan mewujudkan ‘benchmark’ atau tanda aras untuk memastikan proses perlaksanaannya dilakukan dengan lancar dan berkesan. Sebarang kelainan yang mencapah keluar daripada benchmark itu dapat dikesan dan diawasi secara terkawal pada tahap paling awal ianya boleh dikesan. Semestinya apabila adanya rancangan, wawasan dan pencapaiannya telahpun ditetapkan. Tetapi rancangan yang dibuat perlu diselidiki semula pada bila2 masa utk mengetahui sekiranya perlaksanaannya mengikut jadual rancangan atau sebaliknya. Contohnya, rancangan asal kita hendak mengkhatamkan al-Quran (604 mukasurat) sebulan sekali. Ini bermakna dalam masa 24 jam sehari perlu menghabiskan 1 juzuk Al-Quran (20 mukasurat/sehari) atau membaca 4 mukasurat setelah selesainya setiap solat fardhu pada hari tersebut (4ms X 5solat =20ms=1juzuk). Tetapi katakanlah setelah seharian bermujahadah dengan segala macam tuntutan disiang hari, kita berjaya menghabiskan bacaan 15 ms (3ms X 5solat =15 ms Al-Quran), short of 5ms perlu difikirkan cara untuk mengatasinya! Mungkin boleh dibawa bacaan 5ms itu pada masa sebelum subuh, bangun awal dan menghabiskan 5ms; kerana Al-quran sebelum subuh akan jadi peneman setia dikuburan nanti. Takder ler menakutkan sgt kita bila der teman kala duk diperut bumi.
Pada masa yang sama, sekiranya rancangan asal ini terlalu mudah untuk dicapai dan setelah kemampuan sebenar telah dikenalpasti, sasaran asal boleh dipertimbangkan semula. Mengubahsuai rancangan mengikut kemampuan diri merupakan satu langkah bijak dan menepati saranan kaedah yang betul bagi mencapai sasaran pada tahap yang optimum. Dengan itu, pilihan untuk merealisasikan 45ms pada setiap hari boleh dipertimbangan. Hasilnya, rancangan asal diubahsuaikan dari 4ms pada setiap selepas solat ditingkatkan menjadi 9ms yang konsisten utk membolehkan kita khatam 30 juzuk Al-Quran dalam masa 2 minggu! Sebulan dah 2x khatam! Tak cukup mencabar lagi?! Ada pula strategi yang lebih bersemangat!! bleh khatam Al-Quran setiap minggu! Konsistent baca 90ms sehari ataupun diagihkan mengikut strategi mudah buat diri; pilihan (1) sebanyak 18ms pada setiap sesudah solat fardhu..ataupun pilihan (2) sebanyak 9ms sebelum dan selepas solat fardhu.

7- Memastikan sasaran terlaksana dengan jayanya- Rancangan amatlah penting utk segala manfaat yang telah disebut seperti diatas. Dengan adanya perancangan yang teratur, dapat mencapai sasaran yang dihajati. Perlaksanaan rancangan berdasarkan pilihan2 yang tepat dapat mengelakkan kesilapan dalam tindakan yang mungkin memerlukan lebih masa dan wang untuk membetulkannya kembali. Dengan itu, perancangan rapi dapat menjimatkan masa dan wang ringgit. Oleh itu, perancangan yang betul yang disertai dengan tindakan dan usaha yang optimum dapat merealisasikan pencapaian yang cemerlang.


Alhamdulillah..sempurnalah episod kita kali nin! yeaaayy! Wassalam.

Thursday, 19 January 2017

Theori rerama!


Theori rerama (butterflies). Aturan-Nya mengilhamkan perjuangan pd rerama bagi melepaskan diri dari penjara kepompong (chrysalis) dan mendapatkan gaya yang lebih menarik dengan sayap yang berhias cantik. Berpeluang pula meneroka bebas di dunia serba baru di taman2 bunga mewangi yang tidak mungkin dialami kiranya ia bertahan di kepompong. Suatu peringkat kehidupan penuh bahaya, terdedah dengan serangan pemangsa!

Demikian jua dunia ini, menjadi kepompong kehidupan kita. Kepompong itu akan ditinggalkan dan tiada perlu untuk dicintai kerana kehidupan bersamanya diselaputi dengan segala macam kesempitan yang menyulitkan dan menyusahkan..silap langkah, bimbang makhluk tanah ini tewas dituntun makhluk api pula! Maka, berterusanlah berjuang demi mengejar kehidupan yang lebih baik, kerana setelah kepompong dimusnahkan, tiada lagi nilai utk suatu perjuangan. Pada kehidupan mendatang, asas pembinaannya ada pada apa yang diperjuangkan ketika kehidupan sebelumnya. Beringatlah diri..semoga di kehidupan ini mendapat nilai juang penuh erti utk dicagarkan dengan kehidupan mendatang yang lebih mewah, elegant dan penuh gaya tanpa adanya kesal di kemudian hari...

Taqabalallahu minna waminkum, taqabbal yaa Kariim... Aminnnn.

Sunday, 8 January 2017

Optimist!

Setiap individu berharga, berkebolehan dan bertangungjawab. Tetapi nilaian harga dan potensi diri serta kebolehpercayaan berbeza setiap individu mengikut tahap pencapaiannya. Maka bagi yang membenarkan iman memacu hidupnya, kemuliaan dan kebahagiaan menjadi miliknya; bagi yang memartabatkan akal semata, kekayaan mungkin miliknya; paling teruk..jika membenarkan nafsu memuliakannya..juang hidupnya hanya menuju kehinaan agama dan rendah reputasi diri.


Tuesday, 6 September 2016

Baru semangat! Terokailah kesemuanya tanpa risau

Seorang sufi bermadah “ Adakalanya kesalahan membuatkan seseorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu, boleh mendatangkan sombong diri. Oleh itu, mencuba itu lebih beruntung biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah tidak menentu”.


Ketahui lah diri, bahawasanya Allah itu Maha Pemurah, Maha Pengampun, Maha berkuasa atas segala sesuatu. Janganlah bimbang andai ingin meneroka bidang baru, kerana kesilapan itu pasti, tapi hal keberuntungan hasil usaha tanpa mengenal lelah amatlah berbaloi! Dek kerana ketidakpastian terhadap hasil usaha  menjadikan hati ini ingin sangat bergantung pada Yang MAHA BERKUASA. Hamba yang beriman percaya"mujahadah dan usaha gigih itu dalam tadbirnya, tetapi outcomes dan hasil usaha (takdir) ultimately dalam kawalan-NYA.  

Hati yang celik mengakui yang Allah yang Maha Agung menentukan segala keajaiban di dunia ini. Subhanallah..Indahnya hidup ini sekiranya sunnah-alam dijaga dan keajaiban dan ketetapan Allah diraih dengan mujahadah yang terterusan.. La hawla wala quwatailla billah..

Senyummm.. ;-))
Do not limit your challenge, but challenge your limit!


Friday, 13 March 2015

Pujian & penanda aras kesyukuran.

Mengikut kajian, pujian melalui pengucapan kata-kata yang membina boleh mengeratkan hubungan antara orang yang memuji dan orang yang dipuji. Keakraban dan ukhuwah yang terbina atas asas pujian adalah suatu sikap yang mulia kerana fokus pujian tertumpu pada perkara yang positif. Ini menunjukkan yang orang yang memuji amat berpuas hati dengan pencapaian yang dilakukan oleh seseorang atau juga untuk meluahkan rasa kekagumannya terhadap pencapaian tersebut melalui kata pujian. Adalah amat penting, rasa puas hati dan kagum terdapap pencapaian ini dikembalikan kepada yang Hak, iaitu pada yang Maha Pengurnia dan Maha Pemberi Kekuatan, Allah Azzawajalla.

Maka setiap pujian yang dimulai dengan ucapan "MAA SYA ALLAH": Inilah yang dikehendaki oleh Allah", adalah tanda kesyukuran kita pada-Nya kerana mengizinkan kita penyaksikan sesuatu pencapaian yang takjub itu dilakukan oleh individu dalam kalangan keluarga, kawan dan orang2 yang kita kasihi. Harapan kita, moga hasil dari pencapaian itu mengundang lebih banyak berkat dalam hidup kita dan orang2 yang kita sayangi. Bolehlah jugak kalau nak dipanjangkan sikit, maka pujian dimulakan dengan "MAA SYAA ALLAH, TABAA RAKALLAH" . Disini terdapat ulasan cantik berkenaan maksud "Maa sya Allah": http://muslim.or.id/doa-dan-zikir/apa-arti-masya-allah.html

Manakala bagi pihak si penerima pujian hendaklah disambut dengan  ucapan "Alhamdulillah: Segala puji bagi-Mu ya Allah" dan diikuti dengan doa tulus pada-Nya: " Ya Allah jadikan daku lebih baik dari apa mereka perkatakan, Ampunilah daku apa2 yang mereka tidak ketahui dan Janganlah daku disiksa tentang apa yang telah mereka perkatakan, Ya Rabbi". 

**Tip berguna: Dalam Al-Quran, termaktub ucapan ini secara spesifik dalam kisah sahabat yang masing2 memiliki kebun: Surah Al-Kahfi: Ayat 39. " Dan mengapa kamu tidak mengucapkan tatkala kamu memasuki kebunmu, MAA SYAA ALLAH, LAA QUWWATA ILLA BILLAH". Antara amalan ayat 39 dari  Surah Kahfi:...MAA SYAA ALLAH, LAA QUWWATA ILLA BILLAH..
- Dibacakan sebelum memasuki rumah atau kedai, insyaAllah diluaskan rezeki ahli rumah.
- Dibaca sebanyak 45 kali pada binatang ternak, insyaAllah terpelihara dari wabak penyakit.
- Dibacakan sebanyak mungkin ketika menghadapi kesusahan dan berhajatkan sesuatu, maka InsyaAllah apa yang dihajati tercapai.
- Amalan pada setiap kali mendapat apa2 perkara yang kita sukai, insyaAllah akan dikekalkan nikmat tersebut dengan kita. Sama halnya, jika pernyataan ini ditujukan pada orang2 tertentu, seperti terhadap pencapaian anak2, maka insyaAllah dikekalkan rezeki tersebut padanya.

InsyaAllah, semoga Allah sentiasa ilhamkan lisan kita untuk mengingati dan mensyukuri segala nikmat-Nya. Aminn..

Friday, 6 March 2015

Teliti dalam perancangan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Terima Kasih banyak Abg Yoo. Cikno suka dengan post2 yang Abg yoo pilih untuk santapan rohani keluarga melalui Whataps! Sangat membina dan semoga dengannya kita sama2 berpesan-pesan kearah pembangunan jati diri yang lebih cemerlang. Moga Abg Yoo sentiasa diberi kekuatan dan bersemangat untuk terus berkongsi tips dan nasihat berguna sebagai peringatan bersama. 
Jazakallahu khair..

Izinkan Cikno untuk terbitkan semula inti penting dan kandungan nasihat yang AbgYoo kongsi pada Selasa; bersamaan 12 Jamadil Awal 1436H.

Hal berkaitan  'anaah': Tindakan yang teliti, tenang dalam mengerjakan sesuatu urusan

A'naah adalah suatu ciri kalbu yang mendorong pemiliknya melakukan sesuatu urusan dengan penuh teliti dan tenang, serta penuh berhemah iaitu dengan perancangan dan pertimbangan yang saksama terlebih dahulu. Berpandangan jauh dan melakukan penilaian berdasarkan hasil kaji selidik tentang andaian-andaian dan kemungkinan kebaikan dan risiko serta mempunyai rancangan rapi untuk mengatasi kemungkinan masalah yang mendatang sebelum bertindak. Tindakan yang berpandukan penilaian yang teliti akan membuahkan hasil yang diharapkan.

Imam Al-Ghazali menghuraikan yang sifat 'Anaah itu merangkumi 2 prinsip;
1-Tawaqquf.
2-Ta'anni.

Tawaqquf adalah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sehingga ternyata kebaikan dan kebenarannya sebelum membuat keputusan untuk melakukannya. Manakala Ta'anni pula bermaksud berhati-hati dan teliti dalam perlaksanaanya sedari detik permulaannya dan ketika perlaksanaannya supaya ianya terlaksana dengan lancar dan mencapai matlamat yang diidamkan.

Saturday, 28 February 2015

Istimewa ukhuwah

Dier tu kawan kiter, jumpa pertama kalinya di..{sini} dan {sana}...

Kadang kala dalam pertemuan pertama kita ngan seseorang, kita tak bleh agak, dan tak terjangkau dek akal terbatas tentang hikmahnya Allah pertemukan kita dengan seseorang. Inilah agaknya usul penerimaan universal yang menyatakan bahawa kehidupan di dunia ini penuh dengan misteri dan pancaroba. Pada permulaan terjadinya sesuatu, neuron susah untuk memikirkan apalah hikmah disebalik ianya berlaku? apa lah pula agenda kehidupan seterusnya dengan sebab kejadian ini?  Hanya Allah yang Maha Kuasa mengetahui segenap rahsia di alam ini. Dia jua lah yang Maha Bijaksana mengatur kehidupan hamba-Nya. Allah jualah yang Maha Tahu tentang sebab musabab dan kewujudan sesuatu dalam hidup setiap hamba ciptaan-Nya.

Subhanallah, diri bersyukur kerana telah dipertemukan dengan hamba Allah istimewa yang kemahiran bicaranya amatlah terkesan untuk mempengaruhi gaya hidup Cikno. Pada mulanya tak bleh nak perasan, tapi bila lately banyak hal yang jadi, mulalah perasan yang kata2 nasihat hamba2 Allah terdekat ni banyak kebenarannnya. Terkadang tanpa mereka sedari, idea dan buah fikiran mereka telah menyediakan wacana pemikiran berguna untuk diadaptasi dalam merungkai hal kerisauan diri. Banyak kali terjadi yang percakapan hamba Allah terdekat ini semacam speculasi, tapi tanpa disedari, ianya sememangnya punyai agenda tersendiri dan bersesuaian plak bagi mengatasi kebimbangan yang membelenggu. Agaknya hamba-Allah yang menuturkan kata2 tu pun tak perasan yang dier sebenarnya telah membantu selesaikan masalah hidup orang lain. Beruntung pada sesiapa yang sentiasa berpesan2 pada kebenaran. Dapat double pahala, mungkin jugak lebih dari itu, bersebab dari usahanya yang tak pernah jemu dalam memberi impak positif dalam hidup orang disekelilingnya.

Inilah keistimewaan ukhuwah!! Mewangi sentiasa. Dapat mengundang kegembiraan dan menjadi sumber inspirasi bersama. Pada masa yang tertentu, diri menyedari yang ader Kuasa Agung yang sentiasa memerhati dan mengamati setiap gerak-tindakan diri. Subhanallah, dengan Rahmat-Nya  diperbetulkan kealpaan diri melalui lontaran idea dan ilham hamba-Nya yang lain yang dekat dalam hidup kita. Hamba Allah ni plak mungkin tak pernah terfikir yang dia adalah agen pemutih yang bertindak secara berkesan sebagai agen motivasi dengan tauliah tidak langsung dengan berkongsian idea yang mungkin boleh mendorong orang lain tersedar dari kealpaan diri. .. 

Alhamdulillah, cikno diberkati dengan segerombolan agen pemutihan yang amat terpengaruh dalam menyediakan aura  positif dalam hidup cikno. Ilham dan ideanya mendorong cikno berfikir lebih serious tentang makna kehidupan. Didoakan semoga segala idea dan nasihat dari agen2 putih ni diberi ganjaran berganda disisi Allah. Di kira sebagai amalan ibadah syafaat buatnya di dunia wal akhirat. InsyaAllah, Moga Allah permudahkan urusan dunianya, dikurniakan rezeki yang luas untuknya sekeluarga. Moga dirinya sekeluarga diberi kekuatan istiqamah dalam kebaikan dan mendapat Rahmat Allah selamanya demi mencapai kebahagian hidup di dunia jua di akhirat sana. Ameen.

Didoakan buat diri, moga kehadiran agen2 pemutih yang berbeza pengalaman dan pengamatan tersendiri ini tidak disia2kan begitu sahaja. Ku hargai kehadiran mereka! Moga ukhuwah bertaut hingga ke Syurga. InsyaAllah. 

Wassalam.