Saturday, 15 December 2012

Mak dan Keluarga Kak Ma

Ni video ringkas yang cikno daan ambik masa kat kolam ari tu!
Berselerak itik dan burung merpati ni dok berebut roti.. banyak pahala makchik Pakistan tu bagi itik2 ni makan.. cikno tertanya-tanya gak ler..tak bertelur ker itik2 ni?? Kalu dok bleh proses buat telur masin..mesti sedapp!!
Selamat menjamu selera...

Thursday, 13 December 2012

Salji sipi-sipi

Assalamualaikum..semua..

Apa khabar mak, apa khabar tok ayah..
Hari ni rasa gembira sangat dapat cakap ngan mak..walaupunpun jauh beribu batu, tapi bila telefon mak dan gossip2 ngan mak, terasa mak cam dok sebelah jer.. ;-)..tul kan, mak?!

Pagi tadi, bangun pagi jer terus teringat mak.. sambil bersarapan pagi..makan kurma + susu segar, cikno dial number mak, cakap lah macam2 per tak leh nak brenti kalu dok kecek ngan mak cikno! ralit dok kecek, sapa ko azan asar! bayangkan lah betapa laaamaaanya..bukan lama, tp jaaauuhhh..azan asar tu bukan kat kg cikno, tapi kat kg mak.. tok bilal Wahid azan asar..tapi cikno kak sini bersiap nak gi library..baru nak mulakan hari...

Subhanallah..setianya matahari tu dengan aturan Yang Maha Agung..
Hari ni kali pertama cikno sambut salji jatuh! MasyaAllah...cantik sangat pemandanganya..putih dan bersih suci..cikno doakan semoga hati kita semua seputih dan sesuci salji! tiada hasad, dengki dan jauh dari sifat mazmumah, kaya dengan kualiti mahmudah dan mahabbah..InsyaAllah..

Pandangan luar rumah cikno, der salji nipis

Depan jalan menuju destinasi, library.


Ranting bunga diliputi ais

Background belakang tu, kawasan umah cikno


Pokok2 jadi peneduh masa cikno nak ke library. 
Ni pun, sama..tempat laluan ke library

Padang kat belakang library.
Ini ajelah gambar yg cikno bleh kongsi..

Sampai jer library, bukannyer nak masuk terus, cikno gi round belakang library kejap..sebab nak tengok pokok bersalji! Daraat nguh anak mak nih..
hehhe..kali pertama memang teruja lebih skit..

Boleh dah tu..koho2 sapa hok nak mari sini..belek2 lah tiket online tu..amik flight ke Leeds! bleh kepal2 salji wat snowball..
Tangga menuju ke padang..









Cikno turun separuh jer lah..takdok lah sapa nak gi tidur atas rumput sejuk beku tu..hehhe..hati dan minda mula sedar..teruja dah hilang skit, sbb memikirkan kerja sekolah hok cikno galas atas bahu ni..
Kena bertindak sekarang! masuk library..dan set meja utk study, hari ni insyaAllah nak e-mailkan sesuatu utk supervisors cikno..
Doakan kejayaan cikno..

Wassalam...
Ku sentiasa doakan supaya family disana sentiasa ceria dan bahagia dalam lindungan-Nya.
Salam rindu dari cikno.

Tuesday, 11 December 2012

Ku rindu semuanya

Abang Hannan dengan Motornya..
Assalamualaikum..

Study tak abis lagi ni..ari Isnin ni nak ngadap sifu lagi.. dengan gigihnya cikno masih di library.. time ngantuk gak, ni lah kerja cikno..

Cikno suka tengok abang Hannan ngan motornya ni..best jer!! Senyum memanjang takdok masalah langsung..Oppss! cikno bimbang gak ler, kalu anak2 sedara baca blog ni, bahasa Melayu mereka berterabur la..sbb cikNo menulis ni, langgar segala tatabahasa!!
Amaran: Jangan ikut style ni kalu nak mengarang secara berhemah yea..

Ni, kenal tak saper?! Kecik tuikk lagi budak ni..masih dikira baby.. tengok muka dier! Ala2 terkejut pun ader! Sejarahnya, pd masa ni..cikNo dan Alif bersiap nak gi umah AyahLong..sambil tunggu mak yang masih dok make-up..cikNo posing dulu ngan Alif..mummy dier plak , time ni masih dok pilih selipar dier..maklum ajer lah koleksi selipar jepun nyer banyak! hahha! Gurau jer Teh..

Cikno and Alif Hazmi..
CikNo rindu kan saat bersama dengan family...best, seronok, gembira, tenang, enjoy, happy, dan macam2 lagi! semuanya buat cikNo senyum dan senang hati!! 

Terbayangkan rambutan bulu kuning belakang rumah tu, sedapnyer kalu bleh makan bawah pokok tu! Ciku kat tepi Gok ayam Letrik tu.. Nyiour Mudo hok ayahsu kait..buah cermai tepi apartment Boboi dan Yaya..Duku hok dok larat sapu daun tu..Limau manis tok ayah, bunga-bunga mak yg sentiasa berseri dalam pasunyer..banyak lah..semuanyer best!!

Abang Hannan dan Hazim kata dier nak datang main salji Krismas tahun ni..cikNo tunggu sini yea!

Wassalam. Semoga seluruh keluarga di sana sihat sejahtera dan dalam lindungan-Nya setiap detik. InsyaAllah..

Monday, 10 December 2012

Mentelaah dalam gedung buku

Library University of Bradford
 Assalamualaikum..

Ni sajer nak hilang ngantuk..cikno dah seharian dok bertapa dalam library ni. Mata dah tak larat nak angkat..pahtu, kena lah cari mainan baru utk hilangkan rasa ngantuk yg amat ni..

Magic sungguh mata ni, asal mengadap buku ilmiah jer, cikno ngantuk..asal ngantuk jer memang mata dok menatap buku hok cikno takleh nak hadam lah tu..Pahtu, mulalah mata melilau..dengan harapan rasa ngantuk ni hilang! Untuk pengetahuan yg ingin tahu, cikno ader 3 assignments kena hantar awal bulan depan, seronok benarlah kalu ader sesapa volunteer nak membantu!!
Pandangan rak buku dari tempat duduk cikno. 


Cu tengok gambar sebelah kanan tu.. tengok lah rak buku dia, tinggi dan penuh sarat! Nasib baik lah kebanyakkan koleksi buku utk cikno ada kat paras 2/3 jah..kalu dok memang kena bawak "sigai" nak "ghabatt" hok tinggi menjulang tu..

Yea! dah hilang ngantuk dah ni..kena wat kerja sekolah dah ni..Doakan cikno disini yea..
Luv all of you!!

Wassalam....

Sunday, 2 December 2012

Soalan Esei BMQ1_001/2013

Number Rujukan: Soalan Esei BMQ1_001/2013
Tarikh Akhir : 31 March 2013
Pengumuman Nukilan Terbaik: 10 May 2013
Kategori A.
Soalan: Setiap orang yang berjiwa besar pasti mempunyai suatu impian yang ingin dicapai. Tulis karangan menceritakan tentang impian dan cita-cita anda pada masa depan. 
Kategori B.
Soalan: Anda bercita-cita untuk menceburi sesuatu bidang kerjaya yang mencabar dan berisiko. Oleh itu, persediaan awal amat penting sebelum anda menlangkah ke alam pekerjaan impian tersebut. Bincangkan persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan bagi menghadapi segala kemungkinan yang bakal dihadapi.

Pesanan Penganjur;
Untuk tugasan pertama ni anda diberi bonus masa. Pada pandangan peribadi penganjur ini adalah amat penting untuk acara 'panas enjin' bagi para penulis menghasilkan suatu bentuk penulisan yang terbaik. Cabarannya sentiasa ada pada setiap langkah yang kita ambil. Relax dan fikirkan sebaiknya setiap tindakan yang akan dilakukan. 

Tidak lupa, imbau kembali setiap kesalahan yang telah dilakukan supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama utk kali keduanya. InsyaAllah, anak-anak dan cucu-cucu Tok Ayah sentiasa dalam barakah dan lindungan-Nya sentiasa. Doaku sentiasa bersama kalian.
Opps! sebelum terlupa, kalau terasa sakit kepala sangat nak buat esei tu, jangan sekali-kali berputus asa..cuba lagi, dan lagi, dan lagi! Gantikan 'vocabulary' putus asa tu dengan semangat juang dalam segala hal! Allah akan sentiasa membantu orang2 yg berusaha..gandakan usaha, tetapkan  iman..insyaAllah berjaya!!

Asalnya nak oyat! berusaha lah sehabis baik..check web ni untuk bantuan menulis esei yang berkualiti..

Semoga berjaya!

Sunday, 25 November 2012

cubaan

Assalamualaikum.. 
Selamat pagi Ahad.....
Ni cuma gambar utk testing jer..Masa ni cikno datang menuntut ilmu dengan kak Baini.. dier ni memang dah terbukti blogger yg berjaya..datang lah kita terkedik2 utk cari ilmu dengan blogger terkenal ni..
sesampai jer..di jamu dengan budu cecah timun!! tak pernah nak di buat orang tu! Patutnyer budu dan rakannyer daun putat, baru terangkat pinggan nasi tu..hehhe..

Terima kasih kak Baini,
Dapat belajar blog dan makan sakan di rumah kak Baini.. tu pun sbb kak nik nak kelik klate..mungkin ader rase dengki skit lah tu sbb tak dapat ikut balik..mulalah dier reka suasana klate hidang budu sedap dier..k baini baik hati,  bagi kat cikno satu budu bekal satu sachet! sampai sekarang tak guna pun lagi..sayang nak guna kot abis stok!! hahhaha!

Sekian...