Apa khabar mak, apa khabar tok ayah..
Hari ni rasa gembira sangat dapat cakap ngan mak..walaupunpun jauh beribu batu, tapi bila telefon mak dan gossip2 ngan mak, terasa mak cam dok sebelah jer.. ;-)..tul kan, mak?!
Pagi tadi, bangun pagi jer terus teringat mak.. sambil bersarapan pagi..makan kurma + susu segar, cikno dial number mak, cakap lah macam2 per tak leh nak brenti kalu dok kecek ngan mak cikno! ralit dok kecek, sapa ko azan asar! bayangkan lah betapa laaamaaanya..bukan lama, tp jaaauuhhh..azan asar tu bukan kat kg cikno, tapi kat kg mak.. tok bilal Wahid azan asar..tapi cikno kak sini bersiap nak gi library..baru nak mulakan hari...
Subhanallah..setianya matahari tu dengan aturan Yang Maha Agung..
Hari ni kali pertama cikno sambut salji jatuh! MasyaAllah...cantik sangat pemandanganya..putih dan bersih suci..cikno doakan semoga hati kita semua seputih dan sesuci salji! tiada hasad, dengki dan jauh dari sifat mazmumah, kaya dengan kualiti mahmudah dan mahabbah..InsyaAllah..
Pandangan luar rumah cikno, der salji nipis |
Depan jalan menuju destinasi, library. |
Ranting bunga diliputi ais |
Background belakang tu, kawasan umah cikno |
Pokok2 jadi peneduh masa cikno nak ke library. |
Ni pun, sama..tempat laluan ke library |
Padang kat belakang library. |
Sampai jer library, bukannyer nak masuk terus, cikno gi round belakang library kejap..sebab nak tengok pokok bersalji! Daraat nguh anak mak nih..
hehhe..kali pertama memang teruja lebih skit..
Boleh dah tu..koho2 sapa hok nak mari sini..belek2 lah tiket online tu..amik flight ke Leeds! bleh kepal2 salji wat snowball..
Tangga menuju ke padang.. |
Cikno turun separuh jer lah..takdok lah sapa nak gi tidur atas rumput sejuk beku tu..hehhe..hati dan minda mula sedar..teruja dah hilang skit, sbb memikirkan kerja sekolah hok cikno galas atas bahu ni..
Kena bertindak sekarang! masuk library..dan set meja utk study, hari ni insyaAllah nak e-mailkan sesuatu utk supervisors cikno..
Doakan kejayaan cikno..
Wassalam...
Ku sentiasa doakan supaya family disana sentiasa ceria dan bahagia dalam lindungan-Nya.
Salam rindu dari cikno.
No comments:
Post a Comment