Saturday 15 December 2012

Mak dan Keluarga Kak Ma

Ni video ringkas yang cikno daan ambik masa kat kolam ari tu!
Berselerak itik dan burung merpati ni dok berebut roti.. banyak pahala makchik Pakistan tu bagi itik2 ni makan.. cikno tertanya-tanya gak ler..tak bertelur ker itik2 ni?? Kalu dok bleh proses buat telur masin..mesti sedapp!!
Selamat menjamu selera...


 Analisis tentang kehebatan tukang ambik gambar!
Menurut theory berkat, kita mula dari kanan, Hazim, Mak, dan Abang Hannan
Ni lah orang kata, gambar boleh menggambarkan seribu satu cerita. Cikno tak tahulah sapa yang manis mulut bleh pujuk mak masuk dalam gambar. Biasanya Mak susah sgt nak bergambar! Terima kasih..Hilang rindu cikno tengok Mak bahagia disamping cucu-cucu, Abang Hannan dan Abang Hazim ...

Cikno tahu, gambar ni telah diambik di "work station" Mak! tu sebabnya cikno bleh nampak saji merah mak dan raga merah gantung tu..tapi kenapa raga tu kosong?! Cikno jangkakan raga merah ajaib tu penuh dengan buah-buahan tempatan..rambutan ker..manggis ker..duku ker..ciku ker..cikno dapat laporan dari sumber2 yg boleh dipercayai yang mengatakan segala pokok buah sekeliling rumah Mak + Tok ayah sedang ranum! Cikno tak bleh nak agak, waktu gambar ni diambik, sbb nyer mak tutup rapat pintu jendela tu..


Bawah ni gambar kenang-kenangan masa depa ni melawat Ekpo 100 tahun MAIK. Jom! kita kaji kepakaran juru photo gambar ni...

Keluarga bahagia bersama anak2 solehnya.
Cikno dok tahu per ader dalam minda jurufoto gambar ni. Focus gambarnya cantik, target object terletak tengah2 gambar... yg sepatutnya berlaku utk setiap gambar formal. Tapi disebabkan 'kecelaruan' tentang fokus gambar, jurufoto ni tanpa sengaja amik kerusi kosong yang tak diisi dalam gambar ni..Mungkinkah disebabkan gambar Sultan Muhammad V yang mahu dimasukkan sekali?? Atau, nak masukkan sekali nama penuh sultan yg terpampang di poster tu?! Dua-dua elemen tu ada dalam gambar ni.Per pun Syabas,Kak Ngah.. kerana berjaya menghasilkan gambar keluarga bahagia ni. Kalau Abang Hannan dalam posisi tegak, lagi hensem!!



Keluarga Mithali bersama 3 putera dan puteri tunggalnya.
Focus objek dalam gambar ni pun tengah2. Boleh dikatakan skill yang bagus..Abang sulong memang agak teliti utk memastikan shot yang terbaik utk koleksi gambar family. Kerusi 0 ditepis keluar. Tapi Abg sulong kurang prihatin dengan 'ahli majlis' yang kurang dan belum lagi bersedia utk bergambar! Natijahnya..ader 2 orang budak tak dann nak pandang camera. Abang Hariz masih dok ralit kira burung murai kat siling istana, Abang Hazim plak dok sibuk periksa "crocodile" dier.. agaknya dok tengok size selipar dier, kot2 silap bleh tukar lepas sesi bergambar ni.. ;-))




Gambar ni penutup bicara cikno malam ni..posisi gambar yang cantik..ruang dewan yang mewah dan moden, dengan lampu gantung yang mungkin berharga RM500 satu mentolnya. Pheww! memang nak kena kaya raya dulu baru mampu nak pakai lampu cengini!..
Naughty Kak Ngah dan Abg Hakim

No comments:

Post a Comment