Terima Kasih banyak Abg Yoo. Cikno suka dengan post2 yang Abg yoo pilih untuk santapan rohani keluarga melalui Whataps! Sangat membina dan semoga dengannya kita sama2 berpesan-pesan kearah pembangunan jati diri yang lebih cemerlang. Moga Abg Yoo sentiasa diberi kekuatan dan bersemangat untuk terus berkongsi tips dan nasihat berguna sebagai peringatan bersama.
Jazakallahu khair..
Izinkan Cikno untuk terbitkan semula inti penting dan kandungan nasihat yang AbgYoo kongsi pada Selasa; bersamaan 12 Jamadil Awal 1436H.
Hal berkaitan 'anaah': Tindakan yang teliti, tenang dalam mengerjakan sesuatu urusan
A'naah adalah suatu ciri kalbu yang mendorong pemiliknya melakukan sesuatu urusan dengan penuh teliti dan tenang, serta penuh berhemah iaitu dengan perancangan dan pertimbangan yang saksama terlebih dahulu. Berpandangan jauh dan melakukan penilaian berdasarkan hasil kaji selidik tentang andaian-andaian dan kemungkinan kebaikan dan risiko serta mempunyai rancangan rapi untuk mengatasi kemungkinan masalah yang mendatang sebelum bertindak. Tindakan yang berpandukan penilaian yang teliti akan membuahkan hasil yang diharapkan.
Imam Al-Ghazali menghuraikan yang sifat 'Anaah itu merangkumi 2 prinsip;
1-Tawaqquf.
2-Ta'anni.
Tawaqquf adalah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sehingga ternyata kebaikan dan kebenarannya sebelum membuat keputusan untuk melakukannya. Manakala Ta'anni pula bermaksud berhati-hati dan teliti dalam perlaksanaanya sedari detik permulaannya dan ketika perlaksanaannya supaya ianya terlaksana dengan lancar dan mencapai matlamat yang diidamkan.
No comments:
Post a Comment