Dier tu kawan kiter, jumpa pertama kalinya di..{sini} dan {sana}...
Kadang kala dalam pertemuan pertama kita ngan seseorang, kita tak bleh agak, dan tak terjangkau dek akal terbatas tentang hikmahnya Allah pertemukan kita dengan seseorang. Inilah agaknya usul penerimaan universal yang menyatakan bahawa kehidupan di dunia ini penuh dengan misteri dan pancaroba. Pada permulaan terjadinya sesuatu, neuron susah untuk memikirkan apalah hikmah disebalik ianya berlaku? apa lah pula agenda kehidupan seterusnya dengan sebab kejadian ini? Hanya Allah yang Maha Kuasa mengetahui segenap rahsia di alam ini. Dia jua lah yang Maha Bijaksana mengatur kehidupan hamba-Nya. Allah jualah yang Maha Tahu tentang sebab musabab dan kewujudan sesuatu dalam hidup setiap hamba ciptaan-Nya.
Subhanallah, diri bersyukur kerana telah dipertemukan dengan hamba Allah istimewa yang kemahiran bicaranya amatlah terkesan untuk mempengaruhi gaya hidup Cikno. Pada mulanya tak bleh nak perasan, tapi bila lately banyak hal yang jadi, mulalah perasan yang kata2 nasihat hamba2 Allah terdekat ni banyak kebenarannnya. Terkadang tanpa mereka sedari, idea dan buah fikiran mereka telah menyediakan wacana pemikiran berguna untuk diadaptasi dalam merungkai hal kerisauan diri. Banyak kali terjadi yang percakapan hamba Allah terdekat ini semacam speculasi, tapi tanpa disedari, ianya sememangnya punyai agenda tersendiri dan bersesuaian plak bagi mengatasi kebimbangan yang membelenggu. Agaknya hamba-Allah yang menuturkan kata2 tu pun tak perasan yang dier sebenarnya telah membantu selesaikan masalah hidup orang lain. Beruntung pada sesiapa yang sentiasa berpesan2 pada kebenaran. Dapat double pahala, mungkin jugak lebih dari itu, bersebab dari usahanya yang tak pernah jemu dalam memberi impak positif dalam hidup orang disekelilingnya.
Inilah keistimewaan ukhuwah!! Mewangi sentiasa. Dapat mengundang kegembiraan dan menjadi sumber inspirasi bersama. Pada masa yang tertentu, diri menyedari yang ader Kuasa Agung yang sentiasa memerhati dan mengamati setiap gerak-tindakan diri. Subhanallah, dengan Rahmat-Nya diperbetulkan kealpaan diri melalui lontaran idea dan ilham hamba-Nya yang lain yang dekat dalam hidup kita. Hamba Allah ni plak mungkin tak pernah terfikir yang dia adalah agen pemutih yang bertindak secara berkesan sebagai agen motivasi dengan tauliah tidak langsung dengan berkongsian idea yang mungkin boleh mendorong orang lain tersedar dari kealpaan diri. ..
Alhamdulillah, cikno diberkati dengan segerombolan agen pemutihan yang amat terpengaruh dalam menyediakan aura positif dalam hidup cikno. Ilham dan ideanya mendorong cikno berfikir lebih serious tentang makna kehidupan. Didoakan semoga segala idea dan nasihat dari agen2 putih ni diberi ganjaran berganda disisi Allah. Di kira sebagai amalan ibadah syafaat buatnya di dunia wal akhirat. InsyaAllah, Moga Allah permudahkan urusan dunianya, dikurniakan rezeki yang luas untuknya sekeluarga. Moga dirinya sekeluarga diberi kekuatan istiqamah dalam kebaikan dan mendapat Rahmat Allah selamanya demi mencapai kebahagian hidup di dunia jua di akhirat sana. Ameen.
Didoakan buat diri, moga kehadiran agen2 pemutih yang berbeza pengalaman dan pengamatan tersendiri ini tidak disia2kan begitu sahaja. Ku hargai kehadiran mereka! Moga ukhuwah bertaut hingga ke Syurga. InsyaAllah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment