Friday, 27 February 2015

Adil dalam agihan, Kisah timun tawar dan anggur manis.



Original: Dari TED talk oleh primatologist, ethologist dan professor of primate behaviour dari Emory University; Frans de Waal. 


Kisahnya 2 ekor monyet dijadikan ekperimen oleh saintis. Analisis ini berkait untuk mengkaji cara fikir makhluk kebiasaannya menjalani hidup secara bermasyarakat dan berkelompok. Sama rata dan keadilan sosial menjadi faktor utama demi kesejahteraan dan keharmonian hidup bermasyarakat.  Kritikal dalam kesefahaman sejagat dan minda makhluk yang bersosial ini adalah kecenderungannya untuk menaakul berdasarkan keadilan sosial. Analisis kebiasaannya dilakukan secara perbandingan antara usaha dan ganjaran menurut pandangan sosialnya dalam hidup bermasyarakat. Ini bermakna kehidupan makhluk bersosial membuka peluang kepada peningkatan kendiri dan keadaan yang lebih baik (continuous improvement)  kerana berdasarkan ilmu dan pengalaman berbeza, seseorang mampu meningkat daya maju dirinya dengan melibatkan diri dan menyibukkan fikirannya untuk mencari jalan penyelesaian terbaik menurut lense keadilan demi kebaikan hidupnya serta orang lain dengan mengambil kira nilai serta kedudukan sosialnya dalam masyarakat. Reaksi negatif mungkin berlaku sekiranya anggapan sosial seseorang tidak dipenuhi secara adil.  

Ekperimen ini menunjukkan makhluk bersosial seperti monyet capuchin koko (Cebus apella, namer saintifiknya) mempunyai satu kesamaan dengan kita, khalifah bumi. Iaitu menjalani hidup berdasarkan kecenderungan dan keupayaan berfikir mengikut nilaian keadilan sejagat. Kualiti dan kecenderungan ini merupakan asas terpenting dalam mencorak kehidupan bermasyarakat yang sejahtera dan harmoni. Nak senang cerita kita buh nama kat wakil2 ujikaji kita dalam sangkar tu. Katakanlah, yang sebelah kiri tu, si Paul dan berjiran dengannya adalah si Mike. Name kebiasaan untuk makhluk tu la..dan kebiasaan jugaklah di sebelah kiri selalu dikaitkan dengan nasib kurang baik. Hal ini jugak lah buat kita selesa utk berpaut kemas pada anjuran Rasulullah S.A. W yang mengajar umatnya supaya sentiasa muliakan dan mulakan sesuatu yang KANAN!! Berbalik kita kat ekperimen kita tadi, sian si Paul dan Mike dok nunggu tu. 

Corak pemikiran si Paul ni sebenarnya memberi pengajaran kepada khalifah pentadbir bumi yang usaha dalam menegakkan keadilan adalah resepi utama dalam pembangunan masyarakat harmoni dan sejahtera. Ini kerana anggota masyarakat adalah makhluk yang berfikir, fitrahnya khalifah bumi berfikir atas dasar adil untuk dirinya, keluarganya, masyarakatnya, dan semuanya lah yang der kaitan dengan hidupnya dan kesejahteraannya. Maka, keruntuhan pada menegakkan sistem yang adil sejagat menjadi punca kepada tindakbalas dan unsur2 negatif yang dimulakan dari individu atau segolongan ahli masyarakat yang dirasakan tertindas. Tindakbalas individu dalam masyarakat menunjukkan yang setiap individu menjalani hidup atau sekurangnya cuba menikmati kehidupan mengikut acuan pemikirannya. Ini semestinya sangat unik kalau nak dibandingkan secara individu. Apa yang amat pasti, definisi keadilan pada setiap individu memberi impak besar dalam membentuk ritual kemasyarakatan setempat. Ketika mana masyarakat boleh bertoleransi dengan kecapaian keadilan dalam hidupnya, masyarakat hidup dalam keadaan harmoni dan bahagia berkongsi ruang dan sumber yang didapati. Tetapi, amat dukacita kiranya elemen adil tidak sepenuhnya dirai dan dibajai dalam kehidupan bermasyarakat.  Ketidakadilan ini akan membangkitkan fikiran negatif pada individu yang tertindas. Dan ini mengundang pada permulaan bibit perpecahan dalam aturan sistem sosial masyarakat yang sempurna. 

Tidak adil dalam pembahagian sumber yang ada akan mengundang reaksi negatif yang boleh memecahbelahkan kesatuan masyarakat. Allah Maha Tahu tentang khalifah lantikan-Nya, maka dianugerah akal fikiran untuk khalifah bumi sebagai makhluk sosial yang mentadbir bumi. Akal fikiran ini memberi kemampuan luarbiasa dalam memikirkan tentang alternatif yang mungkin  dalam menangani kes-kes ketidakadilan dalam masyarakat. Akal juga mampu menaakul tahap toleransi yang sepadan dengan persekitaran dan kehidupan sosial yang dijalani. Makanan akal pula adalah ilmu pengetahuan. Manusia diangkat sebagai khalifah kerana kualiti pemikirannya yang berdasarkan ilmu sebagai panduan sempurna dari Penciptanya yang Haq. 

Eksperimen ini menunjukkan yang spesis si Paul and si Mike ini dianugerahkan fikiran serupa dengan kualiti seorang khalifah. Spesis ini mampu menganalis persekitarannya dan cuba memaksa sedaya upaya untuk membentuk keadaannya mengikut sangkaan analisisnya. Oleh kerana penaakulannya didasarkan atas nilai keadilan sejagat dan sama rata dalam kehidupan bersosial (i.e. kehidupan bermasyarakat), kenyataan yang diterima si Paul pada mendapat timun setiap kali menggunakan kaedah yang serupa dengan ahli masyarakat yang lain, sama sekali tidak boleh terimanya!! INI SAMA SEKALI TIDAK ADIL! katanya si Paul. Eksperimen ini menunjukkan si Paul yang diuji keupayaan analisisnya telah menunjukkan tindakbalas/ reaksi tidak senang dan mula memikirkan reaksi alternatif bagi membolehkan sangkaan dalam analisisnya berlaku!!  Makin aktif neuron otak memikirkan cara.

Kecenderungan berfikir dan cuba mengubah keadaan supaya memihak mengikut penaakulannya membayangkan keupayaannya dalam melakukan analisis secara sistematik; omputih term kan ini sebagai ability to predict cause and effect: maksudnya penaakulan yang boleh menilai kalu wat gini jadinya cenggini. si Paul dan si Mike tu tahu (tahu=pengetahuan; known=knowledge) yang seketul batu kecik dalam sangkarnya itu adalah barang pertukaran yang dier perlu bagi kat saintis untuk mendapatkan ganjaran. Hidup aman dan harmoni kerana undang2 yang sama telah termaktub pada setiap individu. Maknanya, 2-2 tahu yang sesapa memiliki seketul batu ajaib tu akan mendapat ganjaran sekiranya dier berikan batu ajaib tu kepada saintis diluar sangkar, seseorang yang der kuasa menentukan ganjaran pada si monyet2 dalam sangkar. Analisis berikutnya banyak membaca tentang corak pemikiran si Paul yang aktif dalam menggunakan fikirannya; manakala si Mike sangat pasif malahah mungkin langsung tidak perlu memerah otaknya kerana dia dalam keadaan yang cukup selesa.

Kita tengok per jadi..pada percubaan pertama, si Paul mulakan usaha dan ritual nak dapatkan ganjaran. Kita tengok yang si Paul berpuas hati kerana dapat menukarkan batu ajaibnya dengan timun, padanya ganjaran didapati hasil dari praktik ilmu yang betul. Pada analisis Paul, si Mike jugak akan dapat timun bagi urusan tukar menukar untuk pertama kalinya, itupun sekiranya bilangan  urusniaga menjadi syarat! (hehe..pandai arithmetic gak si Paul nih).. manakala pada pemikiran alternatif, si Paul mungkin bleh terima kiranya si Mike mendapat anggur pada urusniaga pertamanya kerana kedudukan mangkuk terdekat dengan sangkar memasing mungkin menjadi kriteria pertaruhan ganjaran tersebut (Psiko si Paul ni, cuba nak analisis fikiran saintis plak dah).  

Dalam perkiraan si Paul, analisis tentang corak agihan ganjaran yang didapati olehnya dan rakannya adalah berdasarkan kiraan urusniaga dengan saintis (pabila diberi peluang memiliki batu ajaib tu..) dan analisanya tentang kedudukan mangkuk timun dan anggur didepannya (persekitarannya). Kedua-duanya adalah element yang bukan dalam urusan si Paul (non-controllable conditions). Dengan asas dalam analisis pertamanya (didasarkan pada uncontrollable factors), ternyata! si Paul kurang sabar nak menunggu giliran mendapat batu ajaib untuk ritual kali ke-2! terkuit2 tangannya kuar nak dapatkan batu ajaib tu, besarlah harapannya agar urusniaganya kali ini membolehkan dier makan sesuatu yang lebih yummy, dan manis dalam bekas sebelah sana tuu..

Dengan kepercayaan kuat pada kebolehannya mengendalikan persekitarannya.. si Paul percaya pada analisis awalnya yang pada kiraannya urusniaga keduanya memungkinkan dirinya untuk menikmati anggur yang manis! dan bukannya timun tawar tu lagi! Tapi ternyata perkiraannya silap! Aishhh!! Timun lagi???!! betul ker?! raser skit kot der manis per anggur!!. Aiisey!! tak cam per dijangka!! si Paul terus bertindak melangkaui batas sabar, tidak puas hati! Toing!! amik timun tawar nih!! Tindakan itu seolah untuk memaksa untuk membolehkan hasil urusniaganya menjadi seperti mana yang diduga dalam analisis keadilan sosial terhadap persekitaran masyarakat yang dilaluinya. Ekperimen asal menyatakan yang si Paul tunjuk perasaan sebab berlaku ketidakadilan. Serasanyer, si Paul tu bukan kaki dengki dengan rakannya, manalah mungkin kita nak kata hewan tu der sifat mazmumah plak kan..sedangkan manusia jer yang diuji dengan sikap tu..hewan tu kan wujud utk mengajar manusia nilai kehidupan..imbau semula kisah gagak hitam mengajar Qabil tanam mayat adiknya, si Habil. Shreettt..brek sebelum masuk chapter baru!! ..Tukar perenggan lah yer, kita..

Kalu diikutkan naluri bersih si Paul, keadilan dalam agihan ganjaran adalah tauladan untuk kita, bukannya kualiti mazmumah yang takder kena mengena langsung dengan dier. Oleh itu, si Paul yang polos sememang cuba nak tegakkan per yang betul untuk dirinya berdasarkan analisis sosial yang adil dengan mengambilkira persekitaran hidupnya.  Maka, sehabis daya si Paul cuba untuk menegakkan sangkaan analisisnya. Baginya, menurut persangkaan analisis yang bersandarkan undang2 keadilan, sekiranya wujud 2 ganjaran berbeza, usaha yang sama sepatutnya diganjarkan mengikut  sistem penggiliran; pada kiraannya timun-anggur untuk Paul dan anggur-timun untuk Mike!!  Itulah definisi adil pada perkiraannya.

Selepas urusniaga kedua, Paul mula bertindak lebih agressif bagi membuktikan kebenaran sistem menurut perkiraan asas analisisnya. Menariknya, reaksi dimulakan dengan menilai segala kemungkinan dalam kawalannya. si Paul response dengan menilai keupayaan dirinya; faktor dalaman yang boleh diubah untuk memaksa saintis melakukan sesuatu yang sepadan dengan penilaiannya, si Paul akan bertenang sekiranya itu yang terjadi. Maka, buah fikiran baru diperlukan untuk mengubah persepsi saintis supaya selari dengan perkiraan si Paul. Pertamanya, si Paul cuba menguji kalau2 barang pertukaran untuk ganjaran tu ada masalah dan perlu diperbaiki. Kettummp!! dibantainya dinding sangkar. Boleh jadi, monyet tu pikir saintis tu mamai atau termengantuk kot! batu sama  besar, sama nilai, serupa 100% lah jawabnya! cuma lain tangan jer!!  bila nak dicagarkan utk dapatkan buah anggur, dier tersalah dok gagau mangkuk timun selamanya utk si Paul yang berang!! Dengan mengadakan intervensi yang dalam kawalannya, si Paul berharap agar saintis mamai ni tersedar dan hadiahkan dier anggur plak kali ni! ..hey!! saintis mamai!! bangun!! tengok ni!! ni barang sama nilainya untuk ditukarkan dengan anggur yang manis tu!! Memang tidak adil, sbb si Mike pun guna barang yang sama, nilai yang sama bleh plak ditukarkan dengan anggur yang manis!!  Mungkin jugak dihentaknya batu  ke dinding sebab dier takbleh nak hentak kepala saintis yang tak faham2 tentang kehendaknya. Mungkin jugak!..Aish!! kalu gini kesnya, orang lain wat salah yang selainnya plak  jadi mangsa pelepas geram.. 

Kesimpulannya, keruntuhan dalam sistem keadilan dalam masyarakat makhluk yang berkeupayaan berfikir, akan berkemungkinan huru-hara dalam pentadbiran masyarakat. Keupayaan dalam menentukan titik keadilan yang saksama dalam pengagihan sumber dalam masyarakat menjadi tonggak kesejahteraan masyarakat. Kebiasaan kesempurnaan pencapaian keadilan sosial bermula dengan individu berlaku adil dengan diri sendiri, bersosial secara sihat dalam keluarga dan seterusnya melebarkan tradisi keadilan sosial dalam pergaulan masyarakat keseluruhanya. Kalaulah si Paul tahu berfikiran adil, kita khalifah lebih tahu akan toleransi keadilan sosial bukan hanya bergantung kepada persekitran semata tetapi sikap toleransi antara kemahuan dan keperluan sebagai insan kamil. Ini kerana keadilan saksama mungkin tidak didapati di dunia yang pentadbirannya terserah pada khalifah bumi, tapi keadilan sebenar akan terserlah di akhirat sana, kerana tadbirannya diteraju oleh Maaliki yaumiddeen.... Allahu 'allam. 

Terima kasih layan ceritera Paul dan Mike! Mohon maaf sebabnya penulisan tak logikal dan kesinambungan (coherency) tunggang terbalik per kapal pecah, jap2 kisah video, jap2 masuk khutbah dan nasihat, ke depan skit pasal si Paul dan Mike plak.. mode khutbah lagi.. macam2 tak der corak systematik..agak pening..;-)) Isi pentingnya, ilmu dan etika yang bersandar wahyu membawa pada keputusan yang adil demi kemaslahatan hidup kita dalam bermasyarakat. Kerana itulah kualiti yang membezakan kita dengan makhluk Allah yang selainnya. Mereka wujud bersama2 kita kerana Allah mewahyukan pada mereka supaya jadi sumber inspirasi serta tauladan, makanan dan tunggangan bagi manusia. Semuanya utk kita lebih dekat dengan-Nya. Wassalam.






No comments:

Post a Comment