Thursday, 26 February 2015

Ilmu dan Amal

Jazakallah Yaa Abg Yoo..

Cikno belajar sesuatu dari mesej Whataps Abg Yoo. Muhasabah terbaik untuk orang2 yang der peluang jadi penuntut ilmu ni. 

Nabi S.A.W riwayat Al-Imam Ibnu 'Asaakir Rahimahullah daripada Sayyidina Anas RA:

"Orang yang paling menyesal pada hari kiamat adalah org yg ada peluang menuntut ilmu di dunia namun dia tidak mengambil kesempatan menuntutnya; dan orang yg mengajar sesuatu ilmu namun yg mengambil manfaat dengan ilmunya itu adalah org lain yg mendengarnya dan bukan dirinya".


Hadis ini menggalakkan Muslim supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu pengetahuan berguna kepada kehidupan keagamaan dan keduniaannya. Dengan bersandarkan ilmu pengetahuan yang betul, segala amalan dan ibadah dilakukan dengan betul. Tanpa sandaran ilmu yang benar, seseorang boleh terjerumus  ke arah melakukan amalan yang bida'ah dan menyebabkan kekeliruan yang merosakkan agamanya. 

Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan kesedaran yang mendalam dan keinsafan yang akan menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak. 

Hadis ini juga menggariskan satu panduan penting bahawa tujuan belajar ialah beramal. Maka nilaian ilmu bagi seseorang pelajar sebagai penuntut ilmu atau seseorang guru sebagai orang yang berilmu adalah didasarkan pada amalnya yang berpandukan tingkat ilmu yang dimiliki. 

Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya memungut  keuntungan -keuntungan yang abadi 

-->CikNo: ILMU bantu kita jadi ahli pemikir atau ahli ilmuan. Katanya omputeh kita mampu buat "deep thinking" atau "contemplation". Proses yang mana otak kita sibuk dok memikir secara mendalam tentang baik buruknya sesuatu hal/ keadaan sebelum kita wat keputusan utk bertindak. KESEMPURNAAN BERTINDAK mengikut akal fikiran yang bersandarkan ilmu pengetahuan yang benar dan haq membawa kita ke arah kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki. Maka tingginya nilai ilmu itu adalah kerana ianya sangat berkait rapat dengan pemikiran dan ideologi hidup seseorang. Ideologi inilah yang membentuk segala keputusan dan strategi perjalanan hidup yang dipilih, dan semestinya menjadi faktor penentu utama dalam mencipta kejayaan dan kebahagiaan kehidupan kita di dunia jua di akhirat.

Didoakan mudah-mudahan kita di kalangan orang2 yang cintakan ilmu dan diberi keupayaan serta kekuatan untuk bersungguh2 tika mendapat peluang menuntut ilmu. InsyaAllah, Kita dikalangan orang2 yang beruntung -dikurniakan daya pemikiran sempurna dalam mencorak kehidupan cemerlang! Aminnnn...

No comments:

Post a Comment