Mencipta kejayaan bukan kerja mudah. Hanya yang bersabar mampu mengharungi segala liku2 dan cabaran dalam meraih kecemerlangan. Namun mission ni tidak mustahil sama sekali. Besar atau kecik kejayaan yang di capai bergantung pada motivasi individu. Setiap dari kita der keunikan tersendiri. Maka di sebalik kejayaan individu itu, ianya adalah hasil dari ketekunannya dalam mengasah bakat, potensi dan keunikan diri individu itu sendiri.
Setiap yang lahir ke dunia ini telah dilengkapi dengan bakat/ potensi diri yang unik selari dengan program hidupnya. Sedari 4 bulan di kandungan program hidup telahpun diaturkan untuk kita. Tinggal lagi keupayaan kita dalam memupuk dan mendidik diri dengan sabar utk menghalakan segenap energy yang ader utk pembangunan diri ke arah mencapai kecemerlangan dan mencapai bahagia sebenar. Demi meraih kebahagian sebenar, kita sedar yang kita perlu menjalani kehidupan mengikut kemampuan kognitif kita sendiri. Menyedari potensi diri tidak boleh dilakukan oleh orang lain, tapi kesedaran kendiri akan menyerlahkan daya potensi diri sebenar.
Aper yang perlu dilakukan adalah memastikan "dopamine" menguasai sistem pemikiran kita. Hanya pada ketika dopamine menguasai kotak pemikiran kita, kita mampu melihat semua perkara dengan fikiran positif. Dopamine mempunyai 2 fungsi. Ianyanya bukan hanya membuat kita gembira dan bahagia, tapi juga seperti suis utama dalam otak yang mampu meransang segala aktiviti di pusat pembelajaran dalam otak. Hanya pabila "learning center" otak kita bersedia, pemikiran kita mula menunjuk jalan untuk kita melihat dan menyesuaikan diri dengan dunia dengan cara yang lebih kreatif dan innovatif.
Rupanya der cara mudah nak melatih otak supaya sokmo2 positif! Dengan hanya korbankan sedikit dari waktu harian kita, kaedah ini direalisasikan dalam waktu 2-3 minit masa sahaja selama 21-hari berturut2. Ianya cam kita berusaha keras utk meyambung 'wiring' baru dalam otak kita. Per naik umah baru gak ler, wiring bleh jana kuasa letrik utk keseluruhan umah. Ini membolehkan kita pasang segala macam peralatan umah, per TV, mesin basuh, radio, komputer, etc. yang sebelumnya kita tak bleh sbb ke-tiadaan kuasa dalam umah!! Kuasa letrik tu menjana kehidupan lebih baik dalam umah, sejuk sbb leh pasang aircond; kenyang leh masak sedap...etc.
Samalah halnya dengan otak, re-wiring otak akan memastikan aktiviti otak kita bleh dikerah guna pada tahap ianya berfungsi sempurna menggapai takat potensi yang tertinggi kita bleh capai. Ini membuatkan sesorang itu lebih cemerlang dalam hidupnya dan lebih bahagia dengan kebolehan dirinya..Subhanallah..
Rutin nak re-wiring otak dalam masa 21 hari berturut2:
--> Pada setiap hari, rekodkan 3 aktiviti baru yang membahagiakan yang dilakukan pada hari tersebut. Dengan itu, kita telah merekod punca kebahagiaan kita pada hari tersebut, dan otak kita automatik semakin kuat memberi dorongan dan meyakinkan yang kita bleh mengulangi kebahagiaan yang sama pada hari2 yang berikutnya, Bahkan mungkin kebahagiaan berganda sekiranya kita tangani sesuatu hal/ perkara itu secara lebih kreatif atau cara baru. InsyaAllah, berkat kesabaran, kita akan dapati pada penghujung 21 hari, otak mula terasuh untuk scan hari2 yang dilalui pada perkara positif terlebih dahulu, bukannya pada perkara negatif yang meruntun jiwa lara. Fokus otak mula terdidik untuk mengarahkan 'spotlight' nya pada pengalaman dan gambaran positif yang mampu membahagiakan hari2 kehidupan yang dilalui.
--> Pada setiap hari, lakukan audit kehidupan sendiri dengan melusuri pengalaman diri selama 24 jam hidup pada hari tersebut. Response pada pengalaman positif yang kita alami itu dengan menulis journal ringkas tentangnya. Aktiviti ini memberitahu otak bahawa 'event' ini amat penting menyebabkan kita amat bahagia dan gembira pada 24 jam yang lepas.
--> Pada setiap hari, lakukan meditasi secara konsisten untuk meningkatkan daya fokus. Alhamdulillah, solat 5 waktu pada waktu yang ditentu dalam 24 jam kehidupan harian kita adalah kaedah terbaik untuk meningkatkan daya konsentrasi dan fokus otak kita. Solat dapat mengelakkan diri dari gejala ADHD ( stands for Attention deficit/ hyperactivity disorder). Gelaja ini amat membahayakan kerana ADHD membantutkan perkembangan potensi diri dan mencantas kebahagiaan peribadi. Ini kerana ADHD merangkumi dari hal diri menjadi hanyut tah ke mana, terasa dok ber-angan tak sudah ( very dreamy or unable to pay attention) hinggalah pada tahap diri terasa terlampau sibuk (always on the go or hyperactive). InsyaAllah, gejalah ADHD ni dapat kita atasi dengan kelakuan dalam solat kita. Setelah mendapat rehat seketika, otak kembali bertenaga dan dapat meningkatkan fungsinya utk mengendalikan segala macam beban tugasan harian dengan cara yang lebih bersemangat. Rehatnya otak ketika ritual solat seolah re-charge kuasa otak pada tahap maksimum utk bantu kita lebih fokus dalam melakukan satu-satu tugasan yang sedang dilakukan, dan seterusnya tanpa sedar, dipenghujung hari kita telahpun menyiapkan segala tugasan yang perlu kita habiskan pada hari tersebut dalam keadaan kita bahagia dan gembira.
--> Pada setiap kegiatan dalam hari2 yang dilalui, Ikhaskan dan niatkan segala aktiviti dan kegiatan harian hanya kerana Allah. Mulakan dengan kalimah Bismillah... pada setiap permulaan usaha. InsyaAllah keberkatan yang dicari menjadi penyuluh kepada pembangunan keupayaan diri untuk terus mencipta kejayaan lebih cemerlang dan berbahagia menjalani hidup dipayungi Rahmat-Nya sentiasa. Ganjaran terbaik atas segala usaha kita hanya datang dari-Nya. Moga berbahagia selamanya.. Aminnn..
Wassalam.
No comments:
Post a Comment