Friday, 13 February 2015

Usah mengeluh dengan ujian kefakiran dan kesempitan hidup

Alhamdulillah..Muslim dengan kesedaran imannya telah menyandarkan segala kerisauannya kepada Allah, kuasa yang Maha Agung. Rabb yang bersifat dengan Ar-Rahman Ar-Rahim yang melepaskan hamba2Nya dari segala macam bentuk sumber kerisauan, tekanan & kekalutan. Bahkan kerisauan yang dialami Muslim adalah tanda kasih-sayangNya. Maka berbahagialah..

Dengan iktikad iman yang mantap, Muslim tidak risau tentang rezekinya..kerana dia tahu rezekinya telah ditetapkan Allah sedari 4 bulan dalam kandungan ummi tercinta.. aper yang dirisaukan adalah keberkatan dalam rezekinya..

Kiranya diuji dengan rezeki yang agak payah, iman kita tahu bahawa kasih sayang Allah merangkumi hidup kita..seruanNya untuk kita makin hampir padaNya. Tanda kasihnya Allah pada makhluk ciptaanNya, Allah takkan sesekali biarkan kita terumbang ambing dalam kepayahan. Allah lah pencipta bumi, Dia Maha Tahu tentang liku dan cabaran dalam menjalani hidup di bumi ciptaanNya; Allah jua lah yang melantik manusia sebagai khalifah bumi, Dia Maha Tahu segala macam keupayaan, potensi dan kemungkinan hasil dari pentadbiran khalifah yang dilantik. Dengan itu, segala bentuk kesulitan hidup angkara silapnya keputusan yang diambil oleh khalifah bumi, segala macam kerosakkan kerana lemahnya ilmu manusia dalam mentadbir bumi..semuanya tersimpan rapi dalam rekod Allah yang Maha Mengetahui. Maka tiada sandaran dan idea penyelesaian terbaik melainkan saranan dan anjuran penyelesaian Allah yang dititipkan melalui Rasul-Nya yang tercinta khas buat hamba-Nya.

Diriwayatkan daripada Saidina Saad As-Saidi R.A. bahawa beliau pernah mengadu kepada Rasulullah S.A.W. tentang kefakiran dan kesempitan hidup yang dialaminya. Maka sabda Nabi S.A.W bersabda: "Apabila saat melangkah kakimu ke rumahmu, berilah salam kepada ahli rumah yang ada, sekiranya tiada sesiapa dirumah, berilah salam padaku dan bacalah Surah Al-Ikhlas sekali". Alhamdulillah, dengan berkat amalan yang berterusan, Allah berkenan mengurniakan kepada sahabat ini rezeki yang melimpah ruah sehingga dapat dirasai/ dikongsi kepada jiran2 tetangga di sekitar rumahnya.

MasyaAllah...Benarlah janji Allah..dalam kesempitan ader keluasannya..di kala sempit carilah jalan ke arah yang dapat membuka pintu2 Rahmat Allah. Moga keluasan yang kita alami adalah hasil dari usaha yang terpandu dan kita menikmati keluasan selepas kesempitan kerana redhanya Allah kepada kita..bandingkan si Firaun pun diberi keluasan, tapi keluasan yang tidak diredhai. Na'uzubillah.. InsyaAllah kita semua dalam lingkungan Rahmat Allah dan sentiasa diberi hidayah menuju ke pintu keluasan rezeki dan beramal dengan penyelesaian yang diredhai-Nya. Aminn ya Rabbal 'Alaminn.

No comments:

Post a Comment