Monday 30 January 2017

Rancang kehidupan & kuasai dua-pertiga potensi diri

Alhamdulillah berpeluang pula menjengah bonda dan ayahanda ketika cuti bersempena kaum cina merayakan perayaan mereka. Mereka plop ler sibuk melebihi si anak sbb jemputan kenduri sana sini! Nak diketengahkan disini tentang perbualan bersama si Angah ni.. banyak plak ler buah fikiran dier.. happy kiter sbb melalui pemerhatian kiter, banyak idea dan buah fikir tu menunjukkan dier tu sihat walaufiat! Alhamdulillah, Tabarakalah. Bersyukurku pada Allah dan semoga Allah menambahbaikkan potensi Angah. Menariknya pada perbincangan dengan Angah bleh membawa otak kiter meneropong dalam diri..masih banyak lagi usaha dan mujahadah yang perlu dilakukan bagi pembangunan kendiri...

Tak larat nak merekodkan segala isi bicara, lebih2 lagi berkenaan forum yang tidak formal ini, audience tak tentu hala! sat orang nin.. sat orang sebelah sini/sana nak bercerita.. belum lagi diceriterakan selingan yang secara semulajadinya berlaku pada setiap setengah saat! kalut dan riuh ngan kanak2 dan dewasa yg sibuk mengendalikan hal ehwal minat masing2.

Dipendekkan cerita, ungkapan penting datang forum itu adalah kata2 keramat oleh Saidina Ali Karamallahu wajhah..Sahabat Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Kebenaran tanpa tanzim (penyusunan terancang dan systematik) akan dikalahkan oleh kebatilan yang mempunyai perancangan penuh systematik.

Arabnya berbunyi begini; Al-haqqu biduunin nazham yaghlibuhul baathili binnazham.

اَلْحَقُّ بِدُوْنِ النِّظَام يَغْلِبُهُ اْلبَاطِلِ بِالنِّظَام

Peri pentingnya utk melaksanakan sesuatu berdasarkan perancangan rapi amatlah diperlukan. Atas alasan apa lagi kita nak sangkal keboleh percayaan strategi ini dalam hidup kita?! Manakan tidak dengan kualiti sebegini, sahabat2 nabi mengetuai armada untukmenguasai 2 pertiga dunia! Subhanallah! Amat bangga sbb kita pewarisnya..


Biasanya peri penting utk bertindak secara terancang disebut2 sebagai resepi khas untuk ahli ekonomi dalam memiliki perniagaan dan empayar business yang besar dan berkuasa. Tanpa kita sedari unit terkecil dalam pembentukan sesuatu organisasi adalah diri kita.. setiap dari kita perlu ada rancangan yang rapi bg menempatkan diri dikalangan orang2 yang menyumbang kepada pembangunan pada skala yang lebih besar.. dengan itu diri menjadi asset bernilai untuk pembangunan keluarga, agama dan bangsa kita...

Berbalik pada unit terkecil itu, setiap diri haruslah bertindak secara terancang. Perancangan kehidupan kita bermula sedari diri mula mampu membezakan antara pilihan terbaik di antara pilihan2 yang ada..sebelumnya mungkin ditatang dengan rancangan kasih sayang bonda & ayahanda...ikut sajer kiter nin. Disini disenaraikan 7 sebab utama yang menyebabkan tindakan secara terancang perlu dilakukan dalam pelan kehidupan kita ;

1- Memungkinkan hasil pencapaian yang lebih baik. Tiada yang merancang untuk GAGAL! Bahkan GAGAL sering pula dikaitkan dengan kegagalan untuk merancang! Ini adalah kerana setiap rancangan yang dibangunkan adalah bermotif kan kejayaan. Buat apa nak bersusah diri bagai untuk menempah gagal! karut sangat la! Rentetan itu, pada setiap kerja yang dilakukan berdasarkan perancangan teliti terlebih dahulu akan membuka ruang dan peluang utk kita mencipta lebih banyak kejayaan yang lebih baik dan hasilnya kepuasan hati yang berganda! Setiap impian selayaknya membuka lebih ruang dan peluang kejayaan, maka impian akan mudah termakbul apabila pelaksanaan menuju impian dilakukan dengan penuh teliti dan terancang!


2- Menjadi batu loncatan untuk mara ke depan bukannya membatu pada takuk lama. Sekiranya merancang untuk menuju impian kejayaan yang dicitakan, maka semestinya pelan rancangan yang dihasilkan telahpun mengambil kira tentang segala aspek kemungkinan yang wujud di sepanjang perjalanan menuju kepada impian. Dengan itu, segala keputusan terhadap strategi dan pelan tindakan yang diformulasikan dalam perancangan tersebut dibina berasaskan kepada pilihan terbaik yang didapati. Degan itu, rancangan yang terhasil dipenuhi dengan pilihan2 yang meyakinkan untuk merealisasikan pelan kejayaan yang berkesan dan mencapai impian pada tahap yang optimum. Rancangan untuk bertindak pada tahap maksimum sehabis usaha dan daya bagi memastikan kejayaan lebur di genggaman! Motivasi yang terbentuk akan menyebarkan semangat kegigihan yang melebihi tahap kebiasaan diri. Dengannya, usaha yang kental dan kuat bertahan dengan liku2 kejayaan menjadi rutin diri secara berterusan sehingga dapat menguasai cita-cita yang diimpikan.

3- Mempermudahkan keputusan berkesan dibuat dalam waktu yang singkat.- Apabila rencana perancangan untuk suatu tindakan telah tersedia, pada hakikatnya target utama dan jangkaan tempoh masa untuk menggapainya telahpun dikenalpasti. Oleh itu, pada saat menyiapkan suatu perancangan gerak kerja itu, gambaran kesudahannya telah ada pada pemikiran perekanya. Maka sebarang keputusan yang diambil menuju matlamat itu akan jadi lebih fokus dan tepat pula dengan matlamat yang telah dibina tanpa ada banyak kona2 lagi. Dengan terbinanya pelan perancangan sedari awal, pilihan2 dan tindakan2 yang tidak wajar dan tidak munasabah serta  tidak pula menyumbang untuk mencapai matlamat yang dirancang dengan mudah dpt dikesan dan boleh disisihkan ketika proses pertimbangan lagi. Ini akan memastikan kelancaran tugasan dan kemungkinan untuk risiko kesilapan dan masalah yang menyekat perancangan asal dapat dikurangkan.

4- Flexibility- Fungsi perancangan amat bermakna terutamanya bagi tugasan2 yang baru dan sukar kerana perlaksanaannya memerlukan ketelitian dan segala tindakan yang tidak teratur menjadi sebab kepada berlakunya kemungkinan2 yang tidak pasti. Contohnya perancangan amat berguna utk individu yang kali pertama merancang untuk keluar negara. Hal ini kerana kebanyakkan tugasan pada kali pertama punyai keunikan tersendiri dan dengan itu agak sukar bagi ‘standard procedures’ yang sedia ada boleh terpakai untuknya.  Dengan merancang, pelbagai tindakan alternatif boleh diformulasikan dengan mengambilkira kemungkinan2 yang bakal terjadi. Faktor penghalang dapat dianalisis dan memastikan matlamat yang dihajati tercapai.  

5- Meraih sokongan sejagat utk menuju matlamat- Perancangan yang jitu dapat membawa kepada penyatuan menuju matlamat yang sama. Ini kerana komunikasi terhadap rancangan yang jelas akan mendapat sokongan dan bantuan dari kalangan orang2 disekeliling. Kesungguhan dan konsisten dalam memperjuangkan rancangan untuk mencapai sesuatu itu, akan terwujud dengan sendirinya pasukan2 yang membantu dan ini akan mempercepatkan proses utk menggapai apa jua yg dihajati.


6- Penilaian dan pengurusan kawalselia- Perancangan mewujudkan ‘benchmark’ atau tanda aras untuk memastikan proses perlaksanaannya dilakukan dengan lancar dan berkesan. Sebarang kelainan yang mencapah keluar daripada benchmark itu dapat dikesan dan diawasi secara terkawal pada tahap paling awal ianya boleh dikesan. Semestinya apabila adanya rancangan, wawasan dan pencapaiannya telahpun ditetapkan. Tetapi rancangan yang dibuat perlu diselidiki semula pada bila2 masa utk mengetahui sekiranya perlaksanaannya mengikut jadual rancangan atau sebaliknya. Contohnya, rancangan asal kita hendak mengkhatamkan al-Quran (604 mukasurat) sebulan sekali. Ini bermakna dalam masa 24 jam sehari perlu menghabiskan 1 juzuk Al-Quran (20 mukasurat/sehari) atau membaca 4 mukasurat setelah selesainya setiap solat fardhu pada hari tersebut (4ms X 5solat =20ms=1juzuk). Tetapi katakanlah setelah seharian bermujahadah dengan segala macam tuntutan disiang hari, kita berjaya menghabiskan bacaan 15 ms (3ms X 5solat =15 ms Al-Quran), short of 5ms perlu difikirkan cara untuk mengatasinya! Mungkin boleh dibawa bacaan 5ms itu pada masa sebelum subuh, bangun awal dan menghabiskan 5ms; kerana Al-quran sebelum subuh akan jadi peneman setia dikuburan nanti. Takder ler menakutkan sgt kita bila der teman kala duk diperut bumi.
Pada masa yang sama, sekiranya rancangan asal ini terlalu mudah untuk dicapai dan setelah kemampuan sebenar telah dikenalpasti, sasaran asal boleh dipertimbangkan semula. Mengubahsuai rancangan mengikut kemampuan diri merupakan satu langkah bijak dan menepati saranan kaedah yang betul bagi mencapai sasaran pada tahap yang optimum. Dengan itu, pilihan untuk merealisasikan 45ms pada setiap hari boleh dipertimbangan. Hasilnya, rancangan asal diubahsuaikan dari 4ms pada setiap selepas solat ditingkatkan menjadi 9ms yang konsisten utk membolehkan kita khatam 30 juzuk Al-Quran dalam masa 2 minggu! Sebulan dah 2x khatam! Tak cukup mencabar lagi?! Ada pula strategi yang lebih bersemangat!! bleh khatam Al-Quran setiap minggu! Konsistent baca 90ms sehari ataupun diagihkan mengikut strategi mudah buat diri; pilihan (1) sebanyak 18ms pada setiap sesudah solat fardhu..ataupun pilihan (2) sebanyak 9ms sebelum dan selepas solat fardhu.

7- Memastikan sasaran terlaksana dengan jayanya- Rancangan amatlah penting utk segala manfaat yang telah disebut seperti diatas. Dengan adanya perancangan yang teratur, dapat mencapai sasaran yang dihajati. Perlaksanaan rancangan berdasarkan pilihan2 yang tepat dapat mengelakkan kesilapan dalam tindakan yang mungkin memerlukan lebih masa dan wang untuk membetulkannya kembali. Dengan itu, perancangan rapi dapat menjimatkan masa dan wang ringgit. Oleh itu, perancangan yang betul yang disertai dengan tindakan dan usaha yang optimum dapat merealisasikan pencapaian yang cemerlang.


Alhamdulillah..sempurnalah episod kita kali nin! yeaaayy! Wassalam.

No comments:

Post a Comment