Theori rerama (butterflies). Aturan-Nya mengilhamkan perjuangan pd rerama bagi melepaskan diri dari penjara kepompong (chrysalis) dan mendapatkan gaya yang lebih menarik dengan sayap yang berhias cantik. Berpeluang pula meneroka bebas di dunia serba baru di taman2 bunga mewangi yang tidak mungkin dialami kiranya ia bertahan di kepompong. Suatu peringkat kehidupan penuh bahaya, terdedah dengan serangan pemangsa!
Demikian jua dunia ini, menjadi kepompong kehidupan kita. Kepompong itu akan ditinggalkan dan tiada perlu untuk dicintai kerana kehidupan bersamanya diselaputi dengan segala macam kesempitan yang menyulitkan dan menyusahkan..silap langkah, bimbang makhluk tanah ini tewas dituntun makhluk api pula! Maka, berterusanlah berjuang demi mengejar kehidupan yang lebih baik, kerana setelah kepompong dimusnahkan, tiada lagi nilai utk suatu perjuangan. Pada kehidupan mendatang, asas pembinaannya ada pada apa yang diperjuangkan ketika kehidupan sebelumnya. Beringatlah diri..semoga di kehidupan ini mendapat nilai juang penuh erti utk dicagarkan dengan kehidupan mendatang yang lebih mewah, elegant dan penuh gaya tanpa adanya kesal di kemudian hari...
Taqabalallahu minna waminkum, taqabbal yaa Kariim... Aminnnn.
No comments:
Post a Comment