Tuesday, 15 September 2020

Semudah sailboat

Nasihat seorang tokoh pendidik, bila ditanya 'camana dia boleh ketepikan semua gangguan "distractions" masa nak memulakan sesuatu tugasan penting?' Jawabnya spontan, 'you have to be in your boat!' maksudnya asal kita dalam boat tu, kita tahu kita akan lakukan perkara yang sepatutnya kita buat... terfikir seketika.. dalam memahami maksud sepatah tips tu..byk hal sebenarnya kena kita kuasai..kena tahu jelas tatacara kemudi boat... , tahu pula baca peta arah tuju boat. Hilang salah satu, fokus boat jadi kacau bilau.. situasinya ada dua: (1) tahu kemudi boat sahaja (tapi tak tahu arah mana nak dituju! memang tak kemana-mana..kalaupun dah sampai pun tak tahu pula itu sebenarnya destinasi yang dituju); (2) tahu baca peta, maksudnya tahu arah tujuan (tapi tanpa kemahiran kemudi, kesannya lambat/ sampai dalam kepayahan sebab kelam kelibut dalam perjalanan menuju destinasi).. nak jadi pelayar boat terunggul, kena perancangan rapi dan tahu arah tuju, bersedia awal urus segala ribut taufan melanda, ubah kemudi ke haluan yang lebih selamat bagi memastikan perjalanan diteruskan..., capai destinasi yang ditetapkan. Tak mudah, tapi boleh diusahakan. Inshaa Allah.

Thursday, 10 September 2020

Pilih yang berkat

Kenapa hal utama yang menguntungkan seringkali ketepikan ?  

Dalam menuntut ilmu, Islam menitipkan agar kita memberi keutamaan terhadap ilmu yang melahirkan amal. Ilmu yang didapati jadi penyuluh keputusan yang kita ambil. Kebahagiaan hidup ini bergantung pada pilihan amalan yang diusahakan. Idealnya, utamakan amalan yang akan memberi impak kebaikkan yang banyak kepada diri sendiri dan orang ramai disekeliling kita. Bermohonlah..  semoga Allah memudahkan urusan kita utk memilih perkara yang paling utama. Keputusan mengutamakan yang utama, sebenarnya suatu pelaburan yang menguntungkan! Seolahnya, kita sedaya upaya berusaha untuk melabur masa yang ada secara optimum. Mana tidaknya, keupayaan memilih perkara utama mengundang keberkatan yang banyak dalam kehidupan kita! seumpamanya, kita utamakan solat berjemaah dari solat bersendirian... hal yang sama tapi pilihan yang paling utama akan memungkinkan kualiti berbeza yang jauh lebih berbaloi. Oleh itu, berusahalah diri, untuk mengutamakan hal utama- kerana yang utama lebih berkat dan menyediakan peluang pahala berganda untuk bekal kita nanti.