Tuesday 15 September 2020

Semudah sailboat

Nasihat seorang tokoh pendidik, bila ditanya 'camana dia boleh ketepikan semua gangguan "distractions" masa nak memulakan sesuatu tugasan penting?' Jawabnya spontan, 'you have to be in your boat!' maksudnya asal kita dalam boat tu, kita tahu kita akan lakukan perkara yang sepatutnya kita buat... terfikir seketika.. dalam memahami maksud sepatah tips tu..byk hal sebenarnya kena kita kuasai..kena tahu jelas tatacara kemudi boat... , tahu pula baca peta arah tuju boat. Hilang salah satu, fokus boat jadi kacau bilau.. situasinya ada dua: (1) tahu kemudi boat sahaja (tapi tak tahu arah mana nak dituju! memang tak kemana-mana..kalaupun dah sampai pun tak tahu pula itu sebenarnya destinasi yang dituju); (2) tahu baca peta, maksudnya tahu arah tujuan (tapi tanpa kemahiran kemudi, kesannya lambat/ sampai dalam kepayahan sebab kelam kelibut dalam perjalanan menuju destinasi).. nak jadi pelayar boat terunggul, kena perancangan rapi dan tahu arah tuju, bersedia awal urus segala ribut taufan melanda, ubah kemudi ke haluan yang lebih selamat bagi memastikan perjalanan diteruskan..., capai destinasi yang ditetapkan. Tak mudah, tapi boleh diusahakan. Inshaa Allah.

No comments:

Post a Comment