Kenapa hal utama yang menguntungkan seringkali ketepikan ?
Dalam menuntut ilmu, Islam menitipkan agar kita memberi keutamaan terhadap ilmu yang melahirkan amal. Ilmu yang didapati jadi penyuluh keputusan yang kita ambil. Kebahagiaan hidup ini bergantung pada pilihan amalan yang diusahakan. Idealnya, utamakan amalan yang akan memberi impak kebaikkan yang banyak kepada diri sendiri dan orang ramai disekeliling kita. Bermohonlah.. semoga Allah memudahkan urusan kita utk memilih perkara yang paling utama. Keputusan mengutamakan yang utama, sebenarnya suatu pelaburan yang menguntungkan! Seolahnya, kita sedaya upaya berusaha untuk melabur masa yang ada secara optimum. Mana tidaknya, keupayaan memilih perkara utama mengundang keberkatan yang banyak dalam kehidupan kita! seumpamanya, kita utamakan solat berjemaah dari solat bersendirian... hal yang sama tapi pilihan yang paling utama akan memungkinkan kualiti berbeza yang jauh lebih berbaloi. Oleh itu, berusahalah diri, untuk mengutamakan hal utama- kerana yang utama lebih berkat dan menyediakan peluang pahala berganda untuk bekal kita nanti.
No comments:
Post a Comment