Friday, 25 August 2017

Optimumkan Masa yang Terhad.

Bertindaklah setelah berfikir. Bukannya membuta tuli. Tindakan yang penuh keikhlasan setelah dirancang teliti berdasarkan idea pemikiran yang betul pasti akan memberi hasil kerja yang terbaik. 



Hassan al-Banna pernah berkata: "Kerja kita lebih banyak dari waktu yang kita ada, Setelah selesai suatu ibadah, mulakan ibadah yang seterusnya". Allah berfirman: "Apabila selesai suatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain pula" (Surah As-Sharh 94:7).

Optimumkan ruang waktu yang ada;

#1 Dengar dengan baik and kuasai sepenuhnya. => Bila saja berpeluang mendengar nasihat, atau mempelajari ilmu baru, dengar dengan teliti. Lebih baik sekiranya boleh dicatat isi pentingnya. Kerana dengan memberi tumpuan sepenuhnya akan mengundang keberkatan. Selain berguna untuk membetulkan diri sendiri, ilmu yang didapati akan dapat dikongsikan dengan lebih ramai orang.

#2 Melakukan kerja dengan panduan ilmu yang mantap. => Ilmu adalah asas kepada tindakan. Orang yang berilmu bertindak dengan penuh hikmah. Impaknya besar dan manfaatnya boleh tersebar luas. Menyediakan ruang syafaat kepada pelakunya, yang terkesan dengannya, dan yang mengamalkannya. Dengan ilmu, kesilapan amat minimal dan dengan waktu yang singkat dapat membetulkan kembali kesilapan yang berlaku.

#3 Fokus sepenuhnya. => Ketelitian akan mengundang kepada keberkesanan amalan yang dilakukan. Kerja yang berfokus adalah suatu usaha bagi memastikan kecemerlangan. Tanpa fokus segala kerja jadi tergendala dan terbengkalai disebabkan konflik halatuju telah membantutkan usaha untuk menyempurnakannya. Tanpa fokus, bebanan kerja menjadi besar kerana berlaku ulangan tanpa kemajuan, malah tetap ditakuk yang sama.

#4 Rancangan yang teliti.=> Merancang itu MESTI. Sebarang tindakan tanpa rancangan, risikonya GAGAL. Merancang dapat uruskan masa terhad dengan baik. Masa yang ada dengan mudah dapat disusun mengikut kesesuaian dan keperluan sesuatu tugas yang perlu diselesaikan. Dengan adanya panduan/ rancangan kerja yang teratur dan tersusun akan memastikan urusan diselesaikan secara lebih sistematik dan mudah. Yang paling penting tanpa cela.

#5 Elakkan ganguan. => Gangguan merupakan hal utama yang membuatkan kita terbuai dengan perkara yg menyeronokkan. Lupa pula dengan agenda utama yang perlu segera dilangsaikan. Cemerlang sukar digapai disebabkan gangguan. Ianya membantutkan usaha kecemerlangan. Teknologi sering dikaitkan sebagai ganguan yang  menyekat usaha untuk merealisasikan objektif yang utama. Sebaliknya, teknologi mungkin menjadi pemangkin. Kitalah yang menentukannya, membiarkan teknologi mencuri masa yang ada, atau memberi kesan positif sementara masih ada masa.

#6 Melakukan agihan tugas. => Bagi pelaksanaan tugasan secara berkesan, agihan tugas boleh jadi sebab  untuk mempercepatkan proses. Agihan sangat membantu kerana tugasan menjadi lebih baik apabila ianya dikendalikan oleh seseorang yang cekap dan mahir dalam bidang tersebut. Belajarlah untuk menyerahkan tugas2 tertentu supaya ianya dikendalikan oleh tangan yang lebih berhak. 

#7 Usah bertangguh.=> Bersegera melakukan tugasan yang diamanahkan. Bersegera dalam pelaksanaan akan memastikan lebih ramai dapat menyumbang kepada keberhasilan sesuatu kerja. Bertangguh akan mengurangkan kualiti masa. Ini kerana, kebanyakkan hal menjadi kurang kerana kurangnya sentuhan berhati-hati dalam tugas, sesetengah tenaga kerja tidak dapat dikerah sepenuhnya kerana kesuntukkan masa. Ini adalah antara hal kerugian sekiranya bertangguh dijadikan rutin.

"Manfaatkan Setiap Saat yang Ada, Setiap Hasil dijamin Tinggi Kualitinya"

Wassalam.

Wednesday, 23 August 2017

Perjalanan kita seakan jauh..tp pertolongan-Nya amat dekat.


"Sesekali-kali tidak! Bersamaku ialah Tuhanku, Dia akan membimbingku" (Al-Syu'ara' 26:62).

Doa yang diilhamkan kepada nabi Musa A.S. ketika baginda dan kaumnya sedang menghadapi saat2 cemas lantaran agenda kianat musuh agama. Firaun mengerah bala tenteranya memerangi kaum yang beriman. Laut Merah menjadi saksi mukjizat nabi. Tongkat yang yang sebelum ini pernah bertukar menjadi ular besar kini diberi kuasa membelah lautan luas.

Keyakinan jitu nabi Musa A.S. dengan pertolongan-NYA, menjadikan nabi optimis dalam setiap liku2 perjuangan agama suci. Sistem pengurusan Allah penuh teliti dan teratur. Dan bantuan-Nya terhadap hamba-Nya yang soleh sesekali tidak pernah menghampakan.

Menyedari hal ini, hati bersemarak dengan semangat juang yang tinggi. Optimis untuk menjangkakan sesuatu yang luarbiasa kerana Pengawal yang Maha berkuasa akan menunjuk jalan bagi mencapai sesuatu yang belum pernah dimiliki sebelum ini.."bersamaku, tuhanku"....,

Imbau kembali & perhatikan sejauh manakah kita telah memulakannya.  Strategi berkesan yang memungkinkan kekuatan dalaman diaktifkan.  Dengan menganalisis ibrah kehidupan yang telah dirasai,  dapat mengenalpasti sudut2 kbaikan yang boleh dieksplotasi bagi  menghasilkn sesuatu yang lebih hebat.  Selayaknya yang tidak baik diketepi untuk mengelak sebarang salah & silap yang padanya kemajuan tertahan dan tertangguh. Dengan itu, rasai kasih sayang Allah pada kita & syukur kita menjadi insan pilihan-NYA. Segala nikmat yang dikecapi akn disalurkan untuk jana lebih banyak cemerlang di masa mendatang.

"Cukuplah Allah bersamaku"

Warkah buat sahabat dimedan juang.

....Perjuangan kita belum selesai sehingga kita didaftarkan ke dalam syurgaNya. Sementara itu berjuanglah terus-terusan sbb bantuan Allah itu dekat. Saat kita kalut dan rasa tak leh nak melangkah dah tu..rasakan sebenarnya Allah yang Maha Mengetahui dan  Maha Melihat sedang memerhatikan dan mengamati kita, solat dan ngadu lah kat dier. Inshaa Allah pasti di makbulkan dan akan terlerai segala kebuntuan yang merantai. Sememangnya susah bagi kita yang serba lemah, tp amatlah mudah bagi Allah yang Maha Perkasa. Oleh itu, serahkan pada-NYA, mohon Allah selesaikan untuk kita. Usah pegang yang susah itu, lepaskan dia...

Dalam perjuangan ini, kalu terasa penat..berehatlah sekejap, tapi jangan layan perasaan dan bisikan negatif yang boleh menyekat kita dari terus mara ke depan!!

Inshaa Allah, segala yg hadir dalam perjalanan ini ader hikmah disebaliknya. Yang pasti kita telah diletakkan di posisi tertentu dalam sistem kawalan-Nya. Dan kita yakin penuh yang Allah akan menjaga kita sepenuh kasih sayang-Nya melebihi kasih ibu pd anaknya. Ujian mendatang pula rahmat-NYA, anggaplah ia sebagai lampu suluh yang dihantar untuk kita meneroka lebih jauh melihat potensi diri dengan lebih jelas dengan matahati kita. Mungkin selama ini, tanpa sedar kita telah membiarkan kelebihan& keistimewaan diri di suatu sudut yang sangat gelap dan jauhhh. Tanpa lampu itu, kita tak mampu menggapai potensi diri itu! Gelap gelita tak nampak aper, potensi diri yang suram tanpa sebarang kerlip makin mereput dan lapuk! Ruginya kiter..disebabkan  kita tak nampak! tidak mampu menggunaknnya apatah lagi nak bangunkan dier pada suatu tahap yang lebih baik! 

Tapi Subhanallah, Allah bekalkan kita dengan kudrat untuk melancarkan operasi khas,  Usaha, Sabar dan Redha (USR- Inspirasi dr idea Dr. Nik Zaharah dalam Majalah Solusi! ;-)) Jazakillahu khair) Ketekunan & keberkesanan operasi ini ler yang akan menentukan sinar pada lampu kita, berterusanlah (istiqamah) menggilapnya! kerana ia mampu bergemerlapan sehingga menyinari keseluruhan ruang yang ada sesuai dengan kesempurnaan yang Maha Pencipta yang mengurniakan ia pd kita. Tiba masa dan tikanya, bersujud syukur kita  mengenangkan kesempurnaan aturan-Nya melingkari kehidupan kita di bumi sementara. Bahkan banyak lagi dalam khazanahNYA yang kita belum teroka. Berapa banyak lagikah kesempatan yang kita ada? Bertangguh hari ini bukanlah strategi yang bijak, kerana tiada jaminan yang esok pun milik kita..

Semalam kita dah merasa, sekarang kita punya, esoknya tah setaro mano kita punyer... Wallahu 'alam.

Astaghfirullahal 'azhim. Ya Rabb, bimbing kami menuju redha-Mu....

Wassalam.

Tuesday, 22 August 2017

Bijak Mengurus Modal

PENGUMUMAN!! Ada satu pertubuhan khas telah menawarkan akaun bank percuma, yang mana didalamnya telah didepositkan dengan wang sejumlah USD86,400. Wang ini boleh digunakan sebagai modal pelaburan bagi menjana lebih banyak keuntungan. WOWWW!! Hebat tawarannya!! Mungkinkah ada yang menolak peluang sehebat ini?? Tawaran ini ada disediakan setiap hari, bermula seawal pagi dan nilai modal akan menyusut seiring dengan peredaran waktu disepanjang hari tersebut. Semakin awal ianya dituntut, semakin banyak peluang pelaburan yang boleh diusahakan, dan semakin besar pula kemungkinan keuntungan yang boleh diraih pada hari tersebut. Berikutan itu, modal yang diberikan tidak akan diganti sekiranya ada yang gagal meraih sebarang laba (balik-modal jer) atau lebih parah yang mengalami kerugian teruk (melabur ditempat yang salah) sehingga tempoh sehari tersebut tamat. Ianya tidak pula disediakan pendahuluan bagi sesiapa yang benar2 melaburkan modalnya secara aktif yang menyebabkan mereka kehabisan modal harian maksimum yang ditetapkan penaja! Dan antara resepi keuntungan berganda untuk suatu pelaburan itu adalah dengan bergerak secara berkumpulan. Lebih ramai yang menyertai, maka lebih besar peluang keuntungan! Adapun amalan2 pengurusan modal juga turut disediakan secara percuma bagi sesiapa yang ingin mengamalkan teknik2 pelaburan yang berjaya tanpa sebarang kerugian.
Apa tindakan kita utk peluang seumpama ini ?? Semestinya, ingin memaksimumkan setiap sen yang ada melabur dalam projek yang menguntungkan! Setiap sen amat berharga! Sen yang kita ada hari ini merupakan masa selama 86,400 saat = 24 jam. Usahakan segala aktiviti yang bermanfaat & ikhlas keranaNYA. Waspada dalam tingkahlaku supaya tidak tersalah langkah dan  terjebak dalam kerugian. Strateginya, dengan mencari kelebihan melalui amalan2 utama. Seumpamanya, solat berjemaah, dampingi al-Quran, pelajari ilmu agama, dan berbuat baik sesama saudara Muslim. Hari yang mendatang itu anugerah, kerana setiap dari kita telah ditetapkan sejumlah deposit maksimum sedari 4 bulan dalam kandungan ummi. Tiada lagi modal yang disumbangkan setelah akaun telah mencecah deposit maksimum.  Akaun akan ditutup. Close deal. Dan pada suatu waktu yang telah ditetapkan, Penyata Pendapatan hasil pulangan modal kita akan dibentangkan. Impaknya sangat besar, kerana perusahaan yang untung dan rugi akan didaftarkan ditempat yang berbeza. Syurga dan neraka jadi taruhan kita.
“Jadilah pengurus yang bijak, kerana modal yang hilang takkan diganti”


Setiap detik yang dinikmati ada perinciannya dalam buku rekod amalanmu.
Tadabbur surah 82_Al-Infitar: Ayat 10-12.

Wassalam.

Thursday, 10 August 2017

Gaya penulisan..semput ker sempat?

Mengejutkan!

  • Takder ler terkejut sangat pun..Hehehe!  Corak penulisan cikno yang ala2 penulisan semput (i.e. long and winding sentence), ni pernah ditegur oleh ramai. Nasihat yang macam2 versi oleh ramai pakar bahasa pun telah diterima. Namun, perubahan gaya penulisan 'semput' kepada gaya 'sempat' perlukan masa untuk digilap.
  • Dikongsikan cara mudah utk kesan gaya penulisan 'semput'. 
    • Anda perlu menarik nafas baru sebelum dapat menghabiskan keseluruhan ayat yang ditulis. 
    • Belumpun habis ayat dibaca, terlupa pula tentang isu yang diutarakan pada permulaannya. Maka, isi & makna keseluruhan ayat tidak sampai kepada pembaca.
  • Elakkan gaya penulisan haru biru ini. Cerakinkan idea satu persatu. [omputih kata, Keep it simple & short (KISS)]
  • Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Inshaa Allah.. ;-))

Wednesday, 9 August 2017

Zalimkah kita...

Kita termasuk dalam suku yang menzalimi diri sekiranya..

1. Apabila berdoa, tidak sama mendoakn orang lain
2. Tidak berusaha meluangkan waktu untuk membaca al-Quran
3. Berpeluang memasuki masjid, tidak pula menunaikn solat sunat tahyatul masjid
4. Melalui kwsn perkuburan, tidak disapa saudara2 kita yang telahpun pergi lebih dulu dari kita dengan salam dan doa. Paling kurang sedekahkan Al-fatihah.
5. Tidak mengambil peluang/ menghadiri majlis ilmu ketika ada orang alim berkunjung
6. Tidak bertanyakan nama seseorang kala bertemu
7. Tidak memenuhi undangan apabila dijemput ke majlis keraian/ kenduri.
8. Tidak berusaha untuk belajar / bekerja ketika usia muda
9. Membiarkn jiran kelaparan sedangkan diri dalam kekenyangan.
10. Meninggalkan solat jumaat ketika berada di sesuatu tempat.

Sayangi diri, Sebarkan Salam.

Potensi berubah untuk semua..

Tapi..hanya yg istiqamah merasai perubahan.