PENGUMUMAN!! Ada
satu pertubuhan khas telah menawarkan akaun bank percuma, yang mana didalamnya
telah didepositkan dengan wang sejumlah USD86,400. Wang ini boleh digunakan
sebagai modal pelaburan bagi menjana lebih banyak keuntungan. WOWWW!! Hebat
tawarannya!! Mungkinkah ada yang menolak peluang sehebat ini?? Tawaran ini ada
disediakan setiap hari, bermula seawal pagi dan nilai modal akan menyusut
seiring dengan peredaran waktu disepanjang hari tersebut. Semakin awal ianya
dituntut, semakin banyak peluang pelaburan yang boleh diusahakan, dan semakin
besar pula kemungkinan keuntungan yang boleh diraih pada hari tersebut.
Berikutan itu, modal yang diberikan tidak akan diganti sekiranya ada yang gagal
meraih sebarang laba (balik-modal jer) atau lebih parah yang mengalami kerugian
teruk (melabur ditempat yang salah) sehingga tempoh sehari tersebut tamat. Ianya
tidak pula disediakan pendahuluan bagi sesiapa yang benar2 melaburkan modalnya secara
aktif yang menyebabkan mereka kehabisan modal harian maksimum yang ditetapkan
penaja! Dan antara resepi keuntungan berganda untuk suatu pelaburan itu adalah
dengan bergerak secara berkumpulan. Lebih ramai yang menyertai, maka lebih
besar peluang keuntungan! Adapun amalan2 pengurusan modal juga turut disediakan
secara percuma bagi sesiapa yang ingin mengamalkan teknik2 pelaburan yang
berjaya tanpa sebarang kerugian.
Apa tindakan
kita utk peluang seumpama ini ?? Semestinya, ingin memaksimumkan setiap sen
yang ada melabur dalam projek yang menguntungkan! Setiap sen amat berharga! Sen yang
kita ada hari ini merupakan masa selama 86,400 saat = 24 jam. Usahakan segala aktiviti yang bermanfaat & ikhlas
keranaNYA. Waspada dalam tingkahlaku supaya tidak tersalah langkah dan terjebak dalam kerugian.
Strateginya, dengan mencari kelebihan melalui amalan2 utama. Seumpamanya, solat berjemaah, dampingi al-Quran, pelajari ilmu agama, dan berbuat baik sesama saudara Muslim. Hari yang mendatang
itu anugerah, kerana setiap dari kita telah ditetapkan sejumlah deposit maksimum sedari 4 bulan dalam kandungan ummi. Tiada lagi modal yang disumbangkan setelah
akaun telah mencecah deposit maksimum.
Akaun akan ditutup. Close deal. Dan pada suatu waktu yang telah ditetapkan, Penyata Pendapatan
hasil pulangan modal kita akan dibentangkan. Impaknya sangat besar, kerana perusahaan
yang untung dan rugi akan didaftarkan ditempat yang berbeza. Syurga dan neraka
jadi taruhan kita.
“Jadilah pengurus
yang bijak, kerana modal yang hilang takkan diganti”
Setiap detik yang dinikmati ada perinciannya dalam buku rekod amalanmu. Tadabbur surah 82_Al-Infitar: Ayat 10-12. |
Wassalam.
No comments:
Post a Comment