....Perjuangan kita belum selesai sehingga kita didaftarkan ke dalam syurgaNya. Sementara itu berjuanglah terus-terusan sbb bantuan Allah itu dekat. Saat kita kalut dan rasa tak leh nak melangkah dah tu..rasakan sebenarnya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat sedang memerhatikan dan mengamati kita, solat dan ngadu lah kat dier. Inshaa Allah pasti di makbulkan dan akan terlerai segala kebuntuan yang merantai. Sememangnya susah bagi kita yang serba lemah, tp amatlah mudah bagi Allah yang Maha Perkasa. Oleh itu, serahkan pada-NYA, mohon Allah selesaikan untuk kita. Usah pegang yang susah itu, lepaskan dia...
Dalam perjuangan ini, kalu terasa penat..berehatlah sekejap, tapi jangan layan perasaan dan bisikan negatif yang boleh menyekat kita dari terus mara ke depan!!
Inshaa Allah, segala yg hadir dalam perjalanan ini ader hikmah disebaliknya. Yang pasti kita telah diletakkan di posisi tertentu dalam sistem kawalan-Nya. Dan kita yakin penuh yang Allah akan menjaga kita sepenuh kasih sayang-Nya melebihi kasih ibu pd anaknya. Ujian mendatang pula rahmat-NYA, anggaplah ia sebagai lampu suluh yang dihantar untuk kita meneroka lebih jauh melihat potensi diri dengan lebih jelas dengan matahati kita. Mungkin selama ini, tanpa sedar kita telah membiarkan kelebihan& keistimewaan diri di suatu sudut yang sangat gelap dan jauhhh. Tanpa lampu itu, kita tak mampu menggapai potensi diri itu! Gelap gelita tak nampak aper, potensi diri yang suram tanpa sebarang kerlip makin mereput dan lapuk! Ruginya kiter..disebabkan kita tak nampak! tidak mampu menggunaknnya apatah lagi nak bangunkan dier pada suatu tahap yang lebih baik!
Tapi Subhanallah, Allah bekalkan kita dengan kudrat untuk melancarkan operasi khas, Usaha, Sabar dan Redha (USR- Inspirasi dr idea Dr. Nik Zaharah dalam Majalah Solusi! ;-)) Jazakillahu khair) Ketekunan & keberkesanan operasi ini ler yang akan menentukan sinar pada lampu kita, berterusanlah (istiqamah) menggilapnya! kerana ia mampu bergemerlapan sehingga menyinari keseluruhan ruang yang ada sesuai dengan kesempurnaan yang Maha Pencipta yang mengurniakan ia pd kita. Tiba masa dan tikanya, bersujud syukur kita mengenangkan kesempurnaan aturan-Nya melingkari kehidupan kita di bumi sementara. Bahkan banyak lagi dalam khazanahNYA yang kita belum teroka. Berapa banyak lagikah kesempatan yang kita ada? Bertangguh hari ini bukanlah strategi yang bijak, kerana tiada jaminan yang esok pun milik kita..
Semalam kita dah merasa, sekarang kita punya, esoknya tah setaro mano kita punyer... Wallahu 'alam.
Astaghfirullahal 'azhim. Ya Rabb, bimbing kami menuju redha-Mu....
Wassalam.
No comments:
Post a Comment