Sunday, 15 October 2017

Terlajak seronok nikmati Buah Naga

5 bunga sekaligus
Alkisahnya der sejenis tumbuhan yang dinamakan Naga.. ader gop yang panggilnya kaktus madu. Macam2 nama ler disandarkan untuknya. Saje nak wat topik entry pinjam pokok naga abg Alif! Red dragon!! Dari kulitnya sampai isi merah menyala!!






Ahamdulillah..berbaloi dengan jerih perit menanam pokok naga ni.  Tengok tu, dengan bangganya abg Alif Hazmi berhasil pujuk pokok naganya berbunga 5 sekaligus..Yg satu yang merah berapi tu dah sedia dituai..Yummy!!! Rezeki sapa plak yg merah tu..?



Ni haa! gini ler rupa bunganya tika dipotretkan masa mengambang penuh.. ;-)) Kembang setaman bunga naga..berbunga2 pula hati si pemilik naga membayangkan hasil tuaian nanti.. "membesarlah dengan sihat wahai si naga merah yang manis". Berkat gi ngaji yea, bang. Alhamdulillah. naga abg Alif galak berbuah. Katanya abg kalu berhajat bertanam naga kena makan telur hari2 !! haaah??!!

Sebabnya, kalsium dari kulit telur memang makanan kegemaran si naga! Maka, menjadi rutin abg (berwakilkan mummy ler) setiap petang, abg akan bajakan pokok naga dengan menyiram air kulit telur yg dihancur2kan tu pada pangkal pokok naga. Tak perlu berbelanja lebih katannya. Malahan berbuah lebih pulak tu. Alhamdulillah.


Bunga dah layu...

Ramuan: Oat, yogurt, susu segar, kurma, kismis dan buah naga.
Dari kebun ke meja hidangan. Dapatler kami merasa oat bernaga! Berapi-api sarapan pagi kami. Kenyangnya menjengah tengahari.. ;-))

Terima kasih abg Alif!

Amat berkhasiat buah naga ni...Sumber: Internet.

Terlena..


Sajak Nukilan Hamka.  


Terlena dari melakukan taubat nasuha di dunia seumpama membiarkan dosa kita dilebur dengan api neraka di akhirat.  Pilihan ada pada kita...Kiasan Melayu menyebut, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

TERLENA.....
Waktu berlalu begitu pantas
Menipu kita yg terlena
Belum sempat berzikir diwaktu pagi.. hari sudah menjelang siang..
Belum sempat bersedekah pagi.. matahari sudah meninggi..
Niat pukul 9 pagi hendak solat Dhuha.. tiba2 azan zuhr sudah terdengar
Teringin membaca setiap pagi 1 juzuk al Quran.. menambah hafalan satu hari satu ayat… itu pun tidak dilakukan
Rancangan utk tidak akan melewatkan malam, melalui mlm kecuali dengan solat tahajjud dan witir walaupun hanya 3 rakaat …. semua tinggal angan2

Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur?
Sekadar berseronok dengan usia
Lalu tiba2..menjelmalah usia di angka 30 
Sebentar kemudian 40
Tidak lama terasa menjadi 50 
Dan kemudian.. orang mula memanggil kita dengan panggilan tokwan, nek, opah..menandakan kita sudah tua
Lalu sambil menunggu sakaratul maut tiba
Diperlihatkan catatan amal yg kita pernah buat
Astaghfirullah...
Ternyata sedekahku tidak seberapa  dan infaqku cuma sekadarnya shj
Mengajarkan ilmu tidak pernah ada
Silaturrahim tidak pernah dibuat 
justeru
Apakah roh ini tidak akan melolong meraung menjerit menahan kesakitan disaat berpisah daripada tubuh ketika sakaratul maut
Tambahkan usiaku ya Allah... aku memerlukan waktu lagi dan lagi dan lagi 
utk beramal sebelum engkau akhiri ajalku
Belum cukupkan kita menyia-yiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 thn
Perlu berapa rahun lagikah utk mengulang siang, mengulang pagi, mengulang petang dan mlm?. 
Perlu berapa minggu, berapa bulan, berapa tahun lagi agar kita benar2 bersedia utk mati
Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala
Maka seribu tahun tidak akan pernah cukup bagi orang2 yg terlena.



Thursday, 7 September 2017

Apa kata pokok?

Resmi pokok, banyak memberi kurang terima..

Andainya pokok boleh berbicara...


Dititipkan kita kata nasihat persis kehidupannya. 
Hidup biarlah berbudi. Lebarkan potensi diri. Mampu mengeluarkan daun yang lebat. Maka merendanglah pokok.  Sebagai tempat melepaskan lelah sang burung yang bermusafir. Juga tempat selesa dan menyejukkan bagi yang ingin berlindung dari bahang sang mentari.

Selagi terdaya, usahakan utk menebarkan kebaikkan. 
Dahan2 yang tumbuh bercabang menjadi tempat reakreasi buat kanak2 aktif. Dahan yang banyak dijadikan tangga menuju ke atas pohon. Dahan yang tumbuh elok dijadikan singgahsana sementara. Pd kedudukan di aras yang lebih tinggi seakan menjana inspirasi utk terapi minda. Hasilnya fikiran jadi lebih kreatif dan produktif.

Akar tunjang yang satu. Manakala akar yang selainnya berselirat mencari punca air bagi membekalkan sumber kehidupan buat pokok. Batangnya yang gah, selain bertindak logistik sumber makanan, memberi keteguhan buat pokok agar gagah merendang dengan daun yang lebat serta menyokong tumbesaran dahan & ranting yang memberi bentuk pada pokok. Perhatikan dahan yang paling bawah. Ianya menjangkau lebih panjang berbanding dahan pokok yang dibahagian atasnya. Ini dapat mencipta keseimbangan.  Pokok tidak mudah tumbang walaupun diusik angin kencang.

Alamat buat kita, bersumberkan wahyu yang satu, pelbagai hal kebaikkan boleh dicambahkan dari sumber yang satu. Pelbagai cabang ilmu pengetahuan pula yang terhasil dari sumber ilmu yang satu ini. Ilmu dan amal saling bergantungan. Protokol utama untuk keseimbangan kehidupan di alam fana. Aplikasi ilmu memungkinkan peluang, ancaman dan bahaya dalam rencah kehidupan dikenalpasti. Aplikasi amal memastikan tenaga kerja boleh digemblingkan. Strategi kehidupan dirangka berdasarkan ilmu yang benar. Dengan itu segala peluang kecemerlangan natijah dari ilmu yang berguna dapat diekplotasikan utk manfaat bersama. Manakala ancaman dan bahaya yang mendatang dpt dikenalpasti.  Ditangani secara bijaksana. Implikasi kerosakkan dan kemusnahan pada tahap minimal. 

Carilah pokok yang berbicara tentang hal ehwal debunga dan buah2annya. Dengar2kan apa yang pokok nak dibicara...amiklah kita mana2 hok bleh guna.. ;-)

Sekian.

Friday, 25 August 2017

Optimumkan Masa yang Terhad.

Bertindaklah setelah berfikir. Bukannya membuta tuli. Tindakan yang penuh keikhlasan setelah dirancang teliti berdasarkan idea pemikiran yang betul pasti akan memberi hasil kerja yang terbaik. 



Hassan al-Banna pernah berkata: "Kerja kita lebih banyak dari waktu yang kita ada, Setelah selesai suatu ibadah, mulakan ibadah yang seterusnya". Allah berfirman: "Apabila selesai suatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain pula" (Surah As-Sharh 94:7).

Optimumkan ruang waktu yang ada;

#1 Dengar dengan baik and kuasai sepenuhnya. => Bila saja berpeluang mendengar nasihat, atau mempelajari ilmu baru, dengar dengan teliti. Lebih baik sekiranya boleh dicatat isi pentingnya. Kerana dengan memberi tumpuan sepenuhnya akan mengundang keberkatan. Selain berguna untuk membetulkan diri sendiri, ilmu yang didapati akan dapat dikongsikan dengan lebih ramai orang.

#2 Melakukan kerja dengan panduan ilmu yang mantap. => Ilmu adalah asas kepada tindakan. Orang yang berilmu bertindak dengan penuh hikmah. Impaknya besar dan manfaatnya boleh tersebar luas. Menyediakan ruang syafaat kepada pelakunya, yang terkesan dengannya, dan yang mengamalkannya. Dengan ilmu, kesilapan amat minimal dan dengan waktu yang singkat dapat membetulkan kembali kesilapan yang berlaku.

#3 Fokus sepenuhnya. => Ketelitian akan mengundang kepada keberkesanan amalan yang dilakukan. Kerja yang berfokus adalah suatu usaha bagi memastikan kecemerlangan. Tanpa fokus segala kerja jadi tergendala dan terbengkalai disebabkan konflik halatuju telah membantutkan usaha untuk menyempurnakannya. Tanpa fokus, bebanan kerja menjadi besar kerana berlaku ulangan tanpa kemajuan, malah tetap ditakuk yang sama.

#4 Rancangan yang teliti.=> Merancang itu MESTI. Sebarang tindakan tanpa rancangan, risikonya GAGAL. Merancang dapat uruskan masa terhad dengan baik. Masa yang ada dengan mudah dapat disusun mengikut kesesuaian dan keperluan sesuatu tugas yang perlu diselesaikan. Dengan adanya panduan/ rancangan kerja yang teratur dan tersusun akan memastikan urusan diselesaikan secara lebih sistematik dan mudah. Yang paling penting tanpa cela.

#5 Elakkan ganguan. => Gangguan merupakan hal utama yang membuatkan kita terbuai dengan perkara yg menyeronokkan. Lupa pula dengan agenda utama yang perlu segera dilangsaikan. Cemerlang sukar digapai disebabkan gangguan. Ianya membantutkan usaha kecemerlangan. Teknologi sering dikaitkan sebagai ganguan yang  menyekat usaha untuk merealisasikan objektif yang utama. Sebaliknya, teknologi mungkin menjadi pemangkin. Kitalah yang menentukannya, membiarkan teknologi mencuri masa yang ada, atau memberi kesan positif sementara masih ada masa.

#6 Melakukan agihan tugas. => Bagi pelaksanaan tugasan secara berkesan, agihan tugas boleh jadi sebab  untuk mempercepatkan proses. Agihan sangat membantu kerana tugasan menjadi lebih baik apabila ianya dikendalikan oleh seseorang yang cekap dan mahir dalam bidang tersebut. Belajarlah untuk menyerahkan tugas2 tertentu supaya ianya dikendalikan oleh tangan yang lebih berhak. 

#7 Usah bertangguh.=> Bersegera melakukan tugasan yang diamanahkan. Bersegera dalam pelaksanaan akan memastikan lebih ramai dapat menyumbang kepada keberhasilan sesuatu kerja. Bertangguh akan mengurangkan kualiti masa. Ini kerana, kebanyakkan hal menjadi kurang kerana kurangnya sentuhan berhati-hati dalam tugas, sesetengah tenaga kerja tidak dapat dikerah sepenuhnya kerana kesuntukkan masa. Ini adalah antara hal kerugian sekiranya bertangguh dijadikan rutin.

"Manfaatkan Setiap Saat yang Ada, Setiap Hasil dijamin Tinggi Kualitinya"

Wassalam.

Wednesday, 23 August 2017

Perjalanan kita seakan jauh..tp pertolongan-Nya amat dekat.


"Sesekali-kali tidak! Bersamaku ialah Tuhanku, Dia akan membimbingku" (Al-Syu'ara' 26:62).

Doa yang diilhamkan kepada nabi Musa A.S. ketika baginda dan kaumnya sedang menghadapi saat2 cemas lantaran agenda kianat musuh agama. Firaun mengerah bala tenteranya memerangi kaum yang beriman. Laut Merah menjadi saksi mukjizat nabi. Tongkat yang yang sebelum ini pernah bertukar menjadi ular besar kini diberi kuasa membelah lautan luas.

Keyakinan jitu nabi Musa A.S. dengan pertolongan-NYA, menjadikan nabi optimis dalam setiap liku2 perjuangan agama suci. Sistem pengurusan Allah penuh teliti dan teratur. Dan bantuan-Nya terhadap hamba-Nya yang soleh sesekali tidak pernah menghampakan.

Menyedari hal ini, hati bersemarak dengan semangat juang yang tinggi. Optimis untuk menjangkakan sesuatu yang luarbiasa kerana Pengawal yang Maha berkuasa akan menunjuk jalan bagi mencapai sesuatu yang belum pernah dimiliki sebelum ini.."bersamaku, tuhanku"....,

Imbau kembali & perhatikan sejauh manakah kita telah memulakannya.  Strategi berkesan yang memungkinkan kekuatan dalaman diaktifkan.  Dengan menganalisis ibrah kehidupan yang telah dirasai,  dapat mengenalpasti sudut2 kbaikan yang boleh dieksplotasi bagi  menghasilkn sesuatu yang lebih hebat.  Selayaknya yang tidak baik diketepi untuk mengelak sebarang salah & silap yang padanya kemajuan tertahan dan tertangguh. Dengan itu, rasai kasih sayang Allah pada kita & syukur kita menjadi insan pilihan-NYA. Segala nikmat yang dikecapi akn disalurkan untuk jana lebih banyak cemerlang di masa mendatang.

"Cukuplah Allah bersamaku"

Warkah buat sahabat dimedan juang.

....Perjuangan kita belum selesai sehingga kita didaftarkan ke dalam syurgaNya. Sementara itu berjuanglah terus-terusan sbb bantuan Allah itu dekat. Saat kita kalut dan rasa tak leh nak melangkah dah tu..rasakan sebenarnya Allah yang Maha Mengetahui dan  Maha Melihat sedang memerhatikan dan mengamati kita, solat dan ngadu lah kat dier. Inshaa Allah pasti di makbulkan dan akan terlerai segala kebuntuan yang merantai. Sememangnya susah bagi kita yang serba lemah, tp amatlah mudah bagi Allah yang Maha Perkasa. Oleh itu, serahkan pada-NYA, mohon Allah selesaikan untuk kita. Usah pegang yang susah itu, lepaskan dia...

Dalam perjuangan ini, kalu terasa penat..berehatlah sekejap, tapi jangan layan perasaan dan bisikan negatif yang boleh menyekat kita dari terus mara ke depan!!

Inshaa Allah, segala yg hadir dalam perjalanan ini ader hikmah disebaliknya. Yang pasti kita telah diletakkan di posisi tertentu dalam sistem kawalan-Nya. Dan kita yakin penuh yang Allah akan menjaga kita sepenuh kasih sayang-Nya melebihi kasih ibu pd anaknya. Ujian mendatang pula rahmat-NYA, anggaplah ia sebagai lampu suluh yang dihantar untuk kita meneroka lebih jauh melihat potensi diri dengan lebih jelas dengan matahati kita. Mungkin selama ini, tanpa sedar kita telah membiarkan kelebihan& keistimewaan diri di suatu sudut yang sangat gelap dan jauhhh. Tanpa lampu itu, kita tak mampu menggapai potensi diri itu! Gelap gelita tak nampak aper, potensi diri yang suram tanpa sebarang kerlip makin mereput dan lapuk! Ruginya kiter..disebabkan  kita tak nampak! tidak mampu menggunaknnya apatah lagi nak bangunkan dier pada suatu tahap yang lebih baik! 

Tapi Subhanallah, Allah bekalkan kita dengan kudrat untuk melancarkan operasi khas,  Usaha, Sabar dan Redha (USR- Inspirasi dr idea Dr. Nik Zaharah dalam Majalah Solusi! ;-)) Jazakillahu khair) Ketekunan & keberkesanan operasi ini ler yang akan menentukan sinar pada lampu kita, berterusanlah (istiqamah) menggilapnya! kerana ia mampu bergemerlapan sehingga menyinari keseluruhan ruang yang ada sesuai dengan kesempurnaan yang Maha Pencipta yang mengurniakan ia pd kita. Tiba masa dan tikanya, bersujud syukur kita  mengenangkan kesempurnaan aturan-Nya melingkari kehidupan kita di bumi sementara. Bahkan banyak lagi dalam khazanahNYA yang kita belum teroka. Berapa banyak lagikah kesempatan yang kita ada? Bertangguh hari ini bukanlah strategi yang bijak, kerana tiada jaminan yang esok pun milik kita..

Semalam kita dah merasa, sekarang kita punya, esoknya tah setaro mano kita punyer... Wallahu 'alam.

Astaghfirullahal 'azhim. Ya Rabb, bimbing kami menuju redha-Mu....

Wassalam.

Tuesday, 22 August 2017

Bijak Mengurus Modal

PENGUMUMAN!! Ada satu pertubuhan khas telah menawarkan akaun bank percuma, yang mana didalamnya telah didepositkan dengan wang sejumlah USD86,400. Wang ini boleh digunakan sebagai modal pelaburan bagi menjana lebih banyak keuntungan. WOWWW!! Hebat tawarannya!! Mungkinkah ada yang menolak peluang sehebat ini?? Tawaran ini ada disediakan setiap hari, bermula seawal pagi dan nilai modal akan menyusut seiring dengan peredaran waktu disepanjang hari tersebut. Semakin awal ianya dituntut, semakin banyak peluang pelaburan yang boleh diusahakan, dan semakin besar pula kemungkinan keuntungan yang boleh diraih pada hari tersebut. Berikutan itu, modal yang diberikan tidak akan diganti sekiranya ada yang gagal meraih sebarang laba (balik-modal jer) atau lebih parah yang mengalami kerugian teruk (melabur ditempat yang salah) sehingga tempoh sehari tersebut tamat. Ianya tidak pula disediakan pendahuluan bagi sesiapa yang benar2 melaburkan modalnya secara aktif yang menyebabkan mereka kehabisan modal harian maksimum yang ditetapkan penaja! Dan antara resepi keuntungan berganda untuk suatu pelaburan itu adalah dengan bergerak secara berkumpulan. Lebih ramai yang menyertai, maka lebih besar peluang keuntungan! Adapun amalan2 pengurusan modal juga turut disediakan secara percuma bagi sesiapa yang ingin mengamalkan teknik2 pelaburan yang berjaya tanpa sebarang kerugian.
Apa tindakan kita utk peluang seumpama ini ?? Semestinya, ingin memaksimumkan setiap sen yang ada melabur dalam projek yang menguntungkan! Setiap sen amat berharga! Sen yang kita ada hari ini merupakan masa selama 86,400 saat = 24 jam. Usahakan segala aktiviti yang bermanfaat & ikhlas keranaNYA. Waspada dalam tingkahlaku supaya tidak tersalah langkah dan  terjebak dalam kerugian. Strateginya, dengan mencari kelebihan melalui amalan2 utama. Seumpamanya, solat berjemaah, dampingi al-Quran, pelajari ilmu agama, dan berbuat baik sesama saudara Muslim. Hari yang mendatang itu anugerah, kerana setiap dari kita telah ditetapkan sejumlah deposit maksimum sedari 4 bulan dalam kandungan ummi. Tiada lagi modal yang disumbangkan setelah akaun telah mencecah deposit maksimum.  Akaun akan ditutup. Close deal. Dan pada suatu waktu yang telah ditetapkan, Penyata Pendapatan hasil pulangan modal kita akan dibentangkan. Impaknya sangat besar, kerana perusahaan yang untung dan rugi akan didaftarkan ditempat yang berbeza. Syurga dan neraka jadi taruhan kita.
“Jadilah pengurus yang bijak, kerana modal yang hilang takkan diganti”


Setiap detik yang dinikmati ada perinciannya dalam buku rekod amalanmu.
Tadabbur surah 82_Al-Infitar: Ayat 10-12.

Wassalam.

Thursday, 10 August 2017

Gaya penulisan..semput ker sempat?

Mengejutkan!

  • Takder ler terkejut sangat pun..Hehehe!  Corak penulisan cikno yang ala2 penulisan semput (i.e. long and winding sentence), ni pernah ditegur oleh ramai. Nasihat yang macam2 versi oleh ramai pakar bahasa pun telah diterima. Namun, perubahan gaya penulisan 'semput' kepada gaya 'sempat' perlukan masa untuk digilap.
  • Dikongsikan cara mudah utk kesan gaya penulisan 'semput'. 
    • Anda perlu menarik nafas baru sebelum dapat menghabiskan keseluruhan ayat yang ditulis. 
    • Belumpun habis ayat dibaca, terlupa pula tentang isu yang diutarakan pada permulaannya. Maka, isi & makna keseluruhan ayat tidak sampai kepada pembaca.
  • Elakkan gaya penulisan haru biru ini. Cerakinkan idea satu persatu. [omputih kata, Keep it simple & short (KISS)]
  • Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Inshaa Allah.. ;-))

Wednesday, 9 August 2017

Zalimkah kita...

Kita termasuk dalam suku yang menzalimi diri sekiranya..

1. Apabila berdoa, tidak sama mendoakn orang lain
2. Tidak berusaha meluangkan waktu untuk membaca al-Quran
3. Berpeluang memasuki masjid, tidak pula menunaikn solat sunat tahyatul masjid
4. Melalui kwsn perkuburan, tidak disapa saudara2 kita yang telahpun pergi lebih dulu dari kita dengan salam dan doa. Paling kurang sedekahkan Al-fatihah.
5. Tidak mengambil peluang/ menghadiri majlis ilmu ketika ada orang alim berkunjung
6. Tidak bertanyakan nama seseorang kala bertemu
7. Tidak memenuhi undangan apabila dijemput ke majlis keraian/ kenduri.
8. Tidak berusaha untuk belajar / bekerja ketika usia muda
9. Membiarkn jiran kelaparan sedangkan diri dalam kekenyangan.
10. Meninggalkan solat jumaat ketika berada di sesuatu tempat.

Sayangi diri, Sebarkan Salam.

Potensi berubah untuk semua..

Tapi..hanya yg istiqamah merasai perubahan.

Sunday, 5 February 2017

Sabar itu indah

Kualiti ini merupakan satu cabang dari ilmu Tasawwuf. Ilmu yang berkaitan hal hati, pembersihan hati; servis hati la bahasa mudahnya, idealnya dilakukan secara berterusan, dan bukannya macam kereta yang servisnya berkala..; tapi hasilnya sama per servis kereta; dapat menghasilkan keadaan yang lebih baik dari yang sebelumnya; makin diservis, makin terserlah kilauan hati yang baik, penyebab utk mudah lekat segala input, ilmu dan hikmah yang baik serta mudah pula jalan menuju ke syurga Allah. 
"Allahumma ja'alnaa minhum fil Jannah". Aminnnnnnn... Katanya orang, cabang ilmu tasawwuf senang nak belajar, senang jer kita faham bila disebut perkataan seperti sabar, ikhlas, redha, tawakkal, pemurah...etc...tapi tang aplikasi dan peng-amalan-nya perlu banyak berdoa mohon dikurniakan kualiti2 mahmudah ini.. 

Bertepatan dengan topik yang diberi, jom baca pasal sabar ari ni. Sabar itu menjadi suatu perkara yang terindah kerana implikasinya terhadap hati kita. Mujahadah diri dalam bersabar mampu melahirkan hati yang tunduk dan mudah menyerap segala kualiti dan moral yang baik.  

Sabar mempunyai tiga cabangnya;

  1. Sabar dalam melakukan ibadah; Kalau tidak ada kesabaran kita tidak mampu untuk menyempurnakan ibadah solat 5 waktu sehari semalam. Kita juga mungkin tidak berjaya untuk berpuasa di bulan Ramadhan kerana tidak sabar menahan lapar & dahaga. Berbekalkan sabar, solat dan puasa menjadi mudah utk dilaksanakan, bahkan sabar jua penyebab amalan2 sunat bagi menampung segala kekurangan dalam amalan fardhu. Hati yang sabar menyumbang khusyuk dalam solat, amalan pertama yang akan dihisab. Dan ketika di luar solat pula hati sentiasa berwaspada dan penuh sedar yang Allah Maha Mengamati setiap tindakan yang dilakukan. **Amalan: Sedaya mungkin, pastikan diri sentiasa dalam keadaan berwudhuk kerana semua yang dilakukan ketika diri ada wuduk dikira ibadah. 
  2. Sabar menahan diri dari melakukan maksiat dan perkara yang sia2: Dengan kesabaran kehidupan seharian menjadi semakin proaktif dan lebih bermakna. Segala perbuatan maksiat yang menyumbang dosa dan titik hitam di hati dapat dielakkan. Begitu juga dengan perkara sia2 yang tidak menyumbang apa2 pahala kebaikkan dapat kita sisihkan dari diari harian kita. Hati terdidik untuk menghargai masa yang terhad didunia ini sebaiknya. Seharian yang dilalui ingin saja diisi dengan perkara2 yang boleh menyumbang kepada pahala dan mengundang rahmat-Nya. *** Amalan: Seharian dihabiskan utk melaksanakan rancangan hebat yang telah diprogramkan pada hari sebelumnya. Dan dipenghujung waktu pada hari ini akan diagendakan pula program utk diselesaikan esoknya. Mula gerak kerja dengan lafaz mulia, Bismillahirrahmannirrahiim dan akhiri dengan Alhamdulillahi rabbi 'aalaminn..
  3. Sabar ketika diri diuji dengan kesakitan, kekurangan dan kehilangan: Segala perkara yang kita tidak inginkan atau jangkakan sememangnya akan menguji ketahanan jiwa. Berbaik sangka pada Allah terhadap segala apa jua yang terjadi dalam hidup. Hati orang2 yang beriman mengakui, Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana dalam keputusan-NYA mengatur segala hal ehwal hidup kita; hal keadaan hamba-Nya yang diuji  dalam pengetahuan-NYA. Hal ini membuahkan hati yang redha pada menjangkakan kesudahan yang baik jua diakhir cerita. **** Amalan: Allah amat dekat di saat diri diuji. Terkadang, perlu meluangkan masa menziarah orang2 yang diuji. Apabila kebanyakkan pintu2 telah tertutup, tangan menadah penuh harap pada pertolongan dari Allah yang Maha Mengasihani. Tiada sebaik-baik penolong/ sandaran kecuali Allah; yang tidak sesekali akan mengecewakan hamba-NYA yang berdoa. Waallahu 'aalam.
Wassalam. Jumpa len waktu plop ler. ;-))

Monday, 30 January 2017

Rancang kehidupan & kuasai dua-pertiga potensi diri

Alhamdulillah berpeluang pula menjengah bonda dan ayahanda ketika cuti bersempena kaum cina merayakan perayaan mereka. Mereka plop ler sibuk melebihi si anak sbb jemputan kenduri sana sini! Nak diketengahkan disini tentang perbualan bersama si Angah ni.. banyak plak ler buah fikiran dier.. happy kiter sbb melalui pemerhatian kiter, banyak idea dan buah fikir tu menunjukkan dier tu sihat walaufiat! Alhamdulillah, Tabarakalah. Bersyukurku pada Allah dan semoga Allah menambahbaikkan potensi Angah. Menariknya pada perbincangan dengan Angah bleh membawa otak kiter meneropong dalam diri..masih banyak lagi usaha dan mujahadah yang perlu dilakukan bagi pembangunan kendiri...

Tak larat nak merekodkan segala isi bicara, lebih2 lagi berkenaan forum yang tidak formal ini, audience tak tentu hala! sat orang nin.. sat orang sebelah sini/sana nak bercerita.. belum lagi diceriterakan selingan yang secara semulajadinya berlaku pada setiap setengah saat! kalut dan riuh ngan kanak2 dan dewasa yg sibuk mengendalikan hal ehwal minat masing2.

Dipendekkan cerita, ungkapan penting datang forum itu adalah kata2 keramat oleh Saidina Ali Karamallahu wajhah..Sahabat Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Kebenaran tanpa tanzim (penyusunan terancang dan systematik) akan dikalahkan oleh kebatilan yang mempunyai perancangan penuh systematik.

Arabnya berbunyi begini; Al-haqqu biduunin nazham yaghlibuhul baathili binnazham.

اَلْحَقُّ بِدُوْنِ النِّظَام يَغْلِبُهُ اْلبَاطِلِ بِالنِّظَام

Peri pentingnya utk melaksanakan sesuatu berdasarkan perancangan rapi amatlah diperlukan. Atas alasan apa lagi kita nak sangkal keboleh percayaan strategi ini dalam hidup kita?! Manakan tidak dengan kualiti sebegini, sahabat2 nabi mengetuai armada untukmenguasai 2 pertiga dunia! Subhanallah! Amat bangga sbb kita pewarisnya..


Biasanya peri penting utk bertindak secara terancang disebut2 sebagai resepi khas untuk ahli ekonomi dalam memiliki perniagaan dan empayar business yang besar dan berkuasa. Tanpa kita sedari unit terkecil dalam pembentukan sesuatu organisasi adalah diri kita.. setiap dari kita perlu ada rancangan yang rapi bg menempatkan diri dikalangan orang2 yang menyumbang kepada pembangunan pada skala yang lebih besar.. dengan itu diri menjadi asset bernilai untuk pembangunan keluarga, agama dan bangsa kita...

Berbalik pada unit terkecil itu, setiap diri haruslah bertindak secara terancang. Perancangan kehidupan kita bermula sedari diri mula mampu membezakan antara pilihan terbaik di antara pilihan2 yang ada..sebelumnya mungkin ditatang dengan rancangan kasih sayang bonda & ayahanda...ikut sajer kiter nin. Disini disenaraikan 7 sebab utama yang menyebabkan tindakan secara terancang perlu dilakukan dalam pelan kehidupan kita ;

1- Memungkinkan hasil pencapaian yang lebih baik. Tiada yang merancang untuk GAGAL! Bahkan GAGAL sering pula dikaitkan dengan kegagalan untuk merancang! Ini adalah kerana setiap rancangan yang dibangunkan adalah bermotif kan kejayaan. Buat apa nak bersusah diri bagai untuk menempah gagal! karut sangat la! Rentetan itu, pada setiap kerja yang dilakukan berdasarkan perancangan teliti terlebih dahulu akan membuka ruang dan peluang utk kita mencipta lebih banyak kejayaan yang lebih baik dan hasilnya kepuasan hati yang berganda! Setiap impian selayaknya membuka lebih ruang dan peluang kejayaan, maka impian akan mudah termakbul apabila pelaksanaan menuju impian dilakukan dengan penuh teliti dan terancang!


2- Menjadi batu loncatan untuk mara ke depan bukannya membatu pada takuk lama. Sekiranya merancang untuk menuju impian kejayaan yang dicitakan, maka semestinya pelan rancangan yang dihasilkan telahpun mengambil kira tentang segala aspek kemungkinan yang wujud di sepanjang perjalanan menuju kepada impian. Dengan itu, segala keputusan terhadap strategi dan pelan tindakan yang diformulasikan dalam perancangan tersebut dibina berasaskan kepada pilihan terbaik yang didapati. Degan itu, rancangan yang terhasil dipenuhi dengan pilihan2 yang meyakinkan untuk merealisasikan pelan kejayaan yang berkesan dan mencapai impian pada tahap yang optimum. Rancangan untuk bertindak pada tahap maksimum sehabis usaha dan daya bagi memastikan kejayaan lebur di genggaman! Motivasi yang terbentuk akan menyebarkan semangat kegigihan yang melebihi tahap kebiasaan diri. Dengannya, usaha yang kental dan kuat bertahan dengan liku2 kejayaan menjadi rutin diri secara berterusan sehingga dapat menguasai cita-cita yang diimpikan.

3- Mempermudahkan keputusan berkesan dibuat dalam waktu yang singkat.- Apabila rencana perancangan untuk suatu tindakan telah tersedia, pada hakikatnya target utama dan jangkaan tempoh masa untuk menggapainya telahpun dikenalpasti. Oleh itu, pada saat menyiapkan suatu perancangan gerak kerja itu, gambaran kesudahannya telah ada pada pemikiran perekanya. Maka sebarang keputusan yang diambil menuju matlamat itu akan jadi lebih fokus dan tepat pula dengan matlamat yang telah dibina tanpa ada banyak kona2 lagi. Dengan terbinanya pelan perancangan sedari awal, pilihan2 dan tindakan2 yang tidak wajar dan tidak munasabah serta  tidak pula menyumbang untuk mencapai matlamat yang dirancang dengan mudah dpt dikesan dan boleh disisihkan ketika proses pertimbangan lagi. Ini akan memastikan kelancaran tugasan dan kemungkinan untuk risiko kesilapan dan masalah yang menyekat perancangan asal dapat dikurangkan.

4- Flexibility- Fungsi perancangan amat bermakna terutamanya bagi tugasan2 yang baru dan sukar kerana perlaksanaannya memerlukan ketelitian dan segala tindakan yang tidak teratur menjadi sebab kepada berlakunya kemungkinan2 yang tidak pasti. Contohnya perancangan amat berguna utk individu yang kali pertama merancang untuk keluar negara. Hal ini kerana kebanyakkan tugasan pada kali pertama punyai keunikan tersendiri dan dengan itu agak sukar bagi ‘standard procedures’ yang sedia ada boleh terpakai untuknya.  Dengan merancang, pelbagai tindakan alternatif boleh diformulasikan dengan mengambilkira kemungkinan2 yang bakal terjadi. Faktor penghalang dapat dianalisis dan memastikan matlamat yang dihajati tercapai.  

5- Meraih sokongan sejagat utk menuju matlamat- Perancangan yang jitu dapat membawa kepada penyatuan menuju matlamat yang sama. Ini kerana komunikasi terhadap rancangan yang jelas akan mendapat sokongan dan bantuan dari kalangan orang2 disekeliling. Kesungguhan dan konsisten dalam memperjuangkan rancangan untuk mencapai sesuatu itu, akan terwujud dengan sendirinya pasukan2 yang membantu dan ini akan mempercepatkan proses utk menggapai apa jua yg dihajati.


6- Penilaian dan pengurusan kawalselia- Perancangan mewujudkan ‘benchmark’ atau tanda aras untuk memastikan proses perlaksanaannya dilakukan dengan lancar dan berkesan. Sebarang kelainan yang mencapah keluar daripada benchmark itu dapat dikesan dan diawasi secara terkawal pada tahap paling awal ianya boleh dikesan. Semestinya apabila adanya rancangan, wawasan dan pencapaiannya telahpun ditetapkan. Tetapi rancangan yang dibuat perlu diselidiki semula pada bila2 masa utk mengetahui sekiranya perlaksanaannya mengikut jadual rancangan atau sebaliknya. Contohnya, rancangan asal kita hendak mengkhatamkan al-Quran (604 mukasurat) sebulan sekali. Ini bermakna dalam masa 24 jam sehari perlu menghabiskan 1 juzuk Al-Quran (20 mukasurat/sehari) atau membaca 4 mukasurat setelah selesainya setiap solat fardhu pada hari tersebut (4ms X 5solat =20ms=1juzuk). Tetapi katakanlah setelah seharian bermujahadah dengan segala macam tuntutan disiang hari, kita berjaya menghabiskan bacaan 15 ms (3ms X 5solat =15 ms Al-Quran), short of 5ms perlu difikirkan cara untuk mengatasinya! Mungkin boleh dibawa bacaan 5ms itu pada masa sebelum subuh, bangun awal dan menghabiskan 5ms; kerana Al-quran sebelum subuh akan jadi peneman setia dikuburan nanti. Takder ler menakutkan sgt kita bila der teman kala duk diperut bumi.
Pada masa yang sama, sekiranya rancangan asal ini terlalu mudah untuk dicapai dan setelah kemampuan sebenar telah dikenalpasti, sasaran asal boleh dipertimbangkan semula. Mengubahsuai rancangan mengikut kemampuan diri merupakan satu langkah bijak dan menepati saranan kaedah yang betul bagi mencapai sasaran pada tahap yang optimum. Dengan itu, pilihan untuk merealisasikan 45ms pada setiap hari boleh dipertimbangan. Hasilnya, rancangan asal diubahsuaikan dari 4ms pada setiap selepas solat ditingkatkan menjadi 9ms yang konsisten utk membolehkan kita khatam 30 juzuk Al-Quran dalam masa 2 minggu! Sebulan dah 2x khatam! Tak cukup mencabar lagi?! Ada pula strategi yang lebih bersemangat!! bleh khatam Al-Quran setiap minggu! Konsistent baca 90ms sehari ataupun diagihkan mengikut strategi mudah buat diri; pilihan (1) sebanyak 18ms pada setiap sesudah solat fardhu..ataupun pilihan (2) sebanyak 9ms sebelum dan selepas solat fardhu.

7- Memastikan sasaran terlaksana dengan jayanya- Rancangan amatlah penting utk segala manfaat yang telah disebut seperti diatas. Dengan adanya perancangan yang teratur, dapat mencapai sasaran yang dihajati. Perlaksanaan rancangan berdasarkan pilihan2 yang tepat dapat mengelakkan kesilapan dalam tindakan yang mungkin memerlukan lebih masa dan wang untuk membetulkannya kembali. Dengan itu, perancangan rapi dapat menjimatkan masa dan wang ringgit. Oleh itu, perancangan yang betul yang disertai dengan tindakan dan usaha yang optimum dapat merealisasikan pencapaian yang cemerlang.


Alhamdulillah..sempurnalah episod kita kali nin! yeaaayy! Wassalam.

Thursday, 19 January 2017

Theori rerama!


Theori rerama (butterflies). Aturan-Nya mengilhamkan perjuangan pd rerama bagi melepaskan diri dari penjara kepompong (chrysalis) dan mendapatkan gaya yang lebih menarik dengan sayap yang berhias cantik. Berpeluang pula meneroka bebas di dunia serba baru di taman2 bunga mewangi yang tidak mungkin dialami kiranya ia bertahan di kepompong. Suatu peringkat kehidupan penuh bahaya, terdedah dengan serangan pemangsa!

Demikian jua dunia ini, menjadi kepompong kehidupan kita. Kepompong itu akan ditinggalkan dan tiada perlu untuk dicintai kerana kehidupan bersamanya diselaputi dengan segala macam kesempitan yang menyulitkan dan menyusahkan..silap langkah, bimbang makhluk tanah ini tewas dituntun makhluk api pula! Maka, berterusanlah berjuang demi mengejar kehidupan yang lebih baik, kerana setelah kepompong dimusnahkan, tiada lagi nilai utk suatu perjuangan. Pada kehidupan mendatang, asas pembinaannya ada pada apa yang diperjuangkan ketika kehidupan sebelumnya. Beringatlah diri..semoga di kehidupan ini mendapat nilai juang penuh erti utk dicagarkan dengan kehidupan mendatang yang lebih mewah, elegant dan penuh gaya tanpa adanya kesal di kemudian hari...

Taqabalallahu minna waminkum, taqabbal yaa Kariim... Aminnnn.

Sunday, 8 January 2017

Optimist!

Setiap individu berharga, berkebolehan dan bertangungjawab. Tetapi nilaian harga dan potensi diri serta kebolehpercayaan berbeza setiap individu mengikut tahap pencapaiannya. Maka bagi yang membenarkan iman memacu hidupnya, kemuliaan dan kebahagiaan menjadi miliknya; bagi yang memartabatkan akal semata, kekayaan mungkin miliknya; paling teruk..jika membenarkan nafsu memuliakannya..juang hidupnya hanya menuju kehinaan agama dan rendah reputasi diri.